Rabu, 7 Mac 2012

UDANG GORENG BREAD CRUMBS


Assalamualaikum..
Selamat menjamu selera dengan Udang Goreng Bread Crumbs..



UDANG GORENG BREAD CRUMBS
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
400gm ++ udang | buang kulit & tinggalkan ekornya
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 cawan tepung goreng serbaguna/tepung kentucky
50gm bread crumbs (serbuk roti)
1 biji telur

Cara menyediakan:
1.Gaulkan udang dengan serbuk lada sulah dan telur.
2.Celupkan udang yang bersalut telur tadi ke dalam tepung goreng serbaguna sehingga rata, kemudian celupkan sekali lagi ke dalam lebihan telur dan golek-golekkan pula udang tersebut ke dalam serbuk roti.
3.Gorengkan udang ke dalam minyak panas menggunakan api sederhana besar.
4.Goreng sehingga masak.
5.Hidangkan

Nota:Saya tidak menggunakan garam kerana tepung goreng serbaguna sudah masin.

FILLET IKAN DORI GORENG BIJAN




Assalamualaikum..
Selamat malam dan bersiaran kembali..
Sajian ringkas dan enak untuk hidangan makan malam saya hari nie..Filet Ikan Dori Goreng Bijan.
Kerapkali juga makan, tapi baru pertama kali mencuba untuk menghidangkannya sendiri..Ternyata berbaloi..



FILET IKAN DORI GORENG BIJAN
Resepi:rohah_rohaisha

Bahan A:
700gm isi ikan dori | potong
1 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan B:
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
1 sudu kecil bijan hitam
1 sudu kecil bijan putih
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil basil whole
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1.Satukan bahan A dan gaul rata.Ketepikan
2.Satukan bahan B dan gaul rata.Ambil isi ikan dori dan golek-golekkan ke dalam bahan campuran tepung tadi (bahan B) hingga sekata.
3.Goreng dalam minyak panas hingga masak dan kekuningan dengan api sederhana besar.
4.Angkat dan toskan.



Isnin, 5 Mac 2012

KARI IKAN SEBELAH



Assalamualaikum..
Selamat petang dan salam mahabbah buat anda semua..Semoga anda berbahagia di samping orang2 tersayang.
Beberapa hari ni rasa tak berapa sihat, namun slow2 saya N3kan juga resepi kari ikan yang biase saya buat ni.Saya memang kerap gunakan susu sejat apabila masak kari.Alhamdulillah hasilnya memang tidak pernah mengecewakan.Walaupun saya sering menggunakan susu sejat dalam masakan kari saya nie, saya tetap akan bertanyakan super tester saya tu (siapa lagi kalau tak cik abangku yang sememannya gemar makan kari)."Ada rasa SUSU??"..jawabnye: "TIDAK..o.k je"..Semenjak dari itu memang saya gemar mengenakan susu sejat dalam sajian ini...So, siapa kata kari yang tak gunakan santan tak sedap??...sebab memang saya telah amalkannya...Tak percaya??? cubalah....hhehehe


Ikan yang saya gunakan ni adalah ikan sebelah (spesis besar) yang rupa bentuknya seakan-akan ikan bawal.Diapunya isi memang lembut, berisi dan enak.Memang sesuai sangat dijadikan masak kari, masak kicap ataupun asam pedas.




KARI IKAN SEBELAH
Resepi: rohah_rohaisha


Bahan-bahan:
850gm ikan sebelah | siap potong
4 ulas bawang merah | tumbuk
4 ulas bawang putih | tumbuk
2 inci halia | tumbuk
2 inci kunyit hidup | tumbuk
5 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili 
1 sudu besar jintan manis | tumbuk
1 sudu besar jintan putih | tumbuk
1/2 sudu kecil halba
2 kuntum bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 cawan susu sejat
1 biji tomato | belah 4
2 cawan air bancuhan asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga layu.Setelah itu dimasukkan pula bunga lawang, kulit  kayu manis, biji pelaga, halba beserta serbuk cili dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kacau sehingga naik minyak.
2.Masukkan susu sejat dan ikan.Biarkan seketika.Apabila telah mereneh masukkan pula bancuhan air asam jawa.Masukkan juga sedikit  gula dag garam secukup rasa.Apabila telah mendidih dan ikan kelihatan masak, masukkan belahan tomato, gaul sebentar dan matikan api.

Sabtu, 3 Mac 2012

AYAM PINDANG TAUCU





Assalamualaikum...
Salam jumaat yang dingin, syukur dengan nikmat yang Allah beri pada malam ini.Hujan yang turun agak lebat telah membasahi bumi miliknya.
Hari ni nak berkongsi ayam masak taucu.Biasanya saya asyik olah resepi masak taucu menggunakan ikan je.Terjumpa satu resepi ni, jadi dapat juga mencari kelainannya kerana menggunakan ayam.Dari sudut rasanya juga terdapat sedikit perbezaan, agak harum sebab ada aroma daun salam, limau purut dan ada lagi bahan2 yang menjadikan ia lebih enak dari biase.
*saya buat separuh sukatan je .


AYAM PINDANG TAUCU
Resepi:Majalah Sedap

Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 8 bahagian
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air perahan limau nipis
2 helai daun salam
2 sudu makan taucu masin
3 helai daun limau purut,buiang tulang
2 sudu makan kicap manis
1 biji tomato, dipotong-potong
5 biji (90 gram) belimbing buluh| dipotong-potong
1 3/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1000 ml air (saya kurangkan)
2 suud makan minyak untuk menumis

Bahan bakar:
8 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
4 biji cili kerinting | hiris serong (sy guna cili kering)
3 cm halia | di ketuk
5 cm kunyit hidup | hiris nipis
2 cm lengkuas| diketuk
8 biji cili padi merah (saya kurangkan)

Cara membuatnya:
1.Lumur ayam dengan garam dan air perahan limau nipis.Perapkan selama 30 minit.
2.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan  di atas api sederhana sehingga masak.
3.Tumis bahan bakar, daun salam, daun limau purut dan taucu sehingga terbit aroma.
4.Masukkan ayam.Kacau rata.Masukkan kicap manis, tomato, belimbing buluh, garam dan gula pasir.kacau rata.
5.Tuang air secara berpringkat.Masak sehingga matang dan menyerap.


Khamis, 1 Mac 2012

IKAN BAWAL GORENG BERSOS PLUM





Assalamualaikum..
Selamat malam buat teman-teman di luar sana.Menu berasaskan ikan bawal ni memang menjadi kegemaran anak-anak saya.Kali ni saya kongsikan resepi Ikan Bawal Goreng Bersos Plum.Simple je, coz cekup-cekup bahan yang ada je.Tapi memang sedap la walaupun tak banyak 'aksesori' nya.




IKAN BAWAL GORENG BERSOS PLUM
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal | dipotong & digoreng
1 labu bawang besar |cincang besar
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | cincang halus
½ biji tomato | dibelah
3 helai daun purut | potong
1 tangkai cili merah | potong bulat
1 tangkai cili hijau | potong
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos plum
2 sudu kecil tepung jagung*
½ cawan air* (dicampur bersama)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1.Gaulkan ikan bawal dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan.
2.Tumiskan bawang merah, bawang putih dan   halia hingga layu.Masukkan sos tiram, sosplum dan kacau rata.Masukakn bancuhan tepung jagung, tomato, daun limau purut.Sebatikan.
3.Setelah mereneh, perencahkan sos dengan garam dan sedikit gula.Bubuhkan pula cili merah dan cili hijau dengan menggaulkannya sedikit.Matikan api.
4.Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng.



TAUFU KUKUS




 Assalamualaikum...
Selamat petang semua.Idea untuk membuat taufu kukus ni rentetan dari resepi Sotong Sumbat Taufu Berkuah.Pada asalnya saya mahu menyediakan sosnya menggunakan olahan sos tiram, tetapi masa tidak mengizinkan masa tu coz dah lewat sangat time masak semua ni.Perut dah berkorocong...huhu..


Inailah taufu yang saya gunakan untuk membuat taufu kukus.



TAUFU KUKUS
Resepi:rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
1 paket taufu | dihancurkan sedikit (bergantung juga pada jumlah sotong)
1 biji telur
Sedikit daun ketumbar | cincang halus
Sedikit serbuk lada hitam
1 tangkai cili merah | buang biji dan potong dadu kecil
Garam

Cara penyediaan:
1.Panaskan kukuskan dan didihkan air.
2.Satukan taufu lembut, telur, cili merah, serbuk lada hitam bersama garam.Kacau menggunakan whisk.
3.Masukkan taufu ke dalam acuan kegemaran  dan kukus selama 15 minit .

Bahan Kuah/Sos:
½ biji bawang Holland | cincang
2 ulas bawang putih | racik
2cm halia | racik
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil rempah kari | bancuh sikit dgn air
¼ sudu kecil serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan susu segar (jika suka kuah/sosnya agak pekat kurangkan yg ni)
4 biji limau kasturi | ambil jusnya

Cara  penyediaan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.Kemudian masukkan serbuk kunyit, rempah kari dan daun kari.Kacau hingga pecah minyak sedikit.
2.Masukkan pula susu segar dan mayonis.Renehkan.
3.Setelah mendidih, perasakan sos dengan gula dan garam secukupnya diikuti serbuk lada hitam.Perahkan pula jus limau ke dalamnya dan matikan api.
4.Siramkan kuah/sos ke atas taufu.

*Boleh juga makan taufu ni dengan sos cili biase jika sukakan versi sos yg simple.


SOTONG SUMBAT TAUFU BERKUAH




Assalamualaikum..
Selamat bersiaran di waktu petang yang cerah ceria...
Santapan yang nak dikongsikan ialah Sotong Sumbat Taufu Berkuah.Sotong yang dibeli ni memang besaaaar sangat, jadi saya dapat inspirasi yang dirasakan sesuai untuk menjadikan sotong ni  sebagai sotong sumbat.Resepi terhasil berdasarkan bahan-bahan yang ada kat dapur ni je..


Ni lah sotongnya, yg saiz besar punye..



SOTONG SUMBAT TAUFU BERKUAH
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
3 ekor sotong bersaiz besar | dibersihkan
1 paket taufu | dihancurkan sedikit (bergantung juga pada jumlah sotong)
1 biji telur
Sedikit daun ketumbar | cincang halus
Sedikit serbuk lada hitam
1 tangkai cili merah | buang biji dan potong dadu kecil
Garam
Lidi untuk mengepil sotong


*jika guna sotong yang kecil saya syorkan kurangkan penggunan taufu (kena agak2 jugelah), takut berlebih saja nanti.

Cara penyediaan:
1.Panaskan kukuskan dan didihkan air.
2.Satukan taufu lembut, telur, cili merah, serbuk lada hitam bersama garam.Kacau menggunakan whisk.
3.Sumbatkan bahan yang digaul tadi ke dalam sotong dan kepilkan hujung badan sotong menggunakan lidi agar isi yang disumbat tidak keluarkan.
4.Susun sotong ke dalam loyang yang sesuai secara menegak sedikit agar isinya tidak terkeluar.
5.Kukus selama 15-20  minit dan toskan.
6.Potong sotong dan ketepikan.

Bahan Kuah/Sos:
½ biji bawang Holland | cincang
2 ulas bawang putih | racik
2cm halia | racik
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil rempah kari
¼ sudu kecil serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan susu segar (jika suka kuah/sosnya agak pekat kurangkan yg ni)
4 biji limau kasturi | ambil jusnya

Cara  penyediaan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.Kemudian masukkan serbuk kunyit, rempah kari dan daun kari.Kacau hingga pecah minyak sedikit.
2.Masukkan pula susu segar dan mayonis.Renehkan.
3.Setelah mendidih, perasakan sos dengan gula dan garam secukupnya diikuti serbuk lada hitam.Perahkan pula jus limau ke dalamnya dan matikan api.
4.Siramkan kuah/sos ke atas sotong yang telah dipotong dan hidangkan.


KEK NANAS TERBALIK





Assalamualaikum..
Salam ceria dan berbahagia buat semua.Tak nak celoteh panjang2.Hari ni sesaje nak share resepi Kek Nanas Terbalik ni.Orang lain dah lama menjamah kek ni, tapi saya baru nak cari bahan-bahnnya..hik3.
Resepinya saya ambil dari buku Kompilasi Hidangan Kek yang dicatat oleh Nor Aini Zakaria.
*Saya buat separuh adunan je dari resepi asal.



KEK NANAS TERBALIK
Resepi: Nor Aini Zakaria

Bahan-bahan:
250 mentega
220 tepung kek | di ayak (A)-(saya pakai tepung gandum)
1 sudu teh serbuk penaik | (A)-di ayak (saya tambah yang ini sebab guna tepung gandum)
200gm gula kastor
30gm mentega | dicairkan
4 bijitelur gred A
5 sudu makan air sirap nanas
3 sudu makan gula perang
10 keping nanas bulat (dalam tin) | dilap dengan tuala bersih
10 biji ceri merah | dibelah 2

Cara membuat:
1.Sediakan acuan empat segi berukuran 8 inci atau acuan bulat 9 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit. 
(saya lupa nak lapik dgn kertas, tu yang gelap semacam je kalernya,,)
2.Satukan mentega, gula kastor dan pukul hingga kembang dan putih.
3.Masukkan telur sebiji- sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.Seterusnya masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau berselang seli dengan air sirap panas.
5.Ratakan mentega cair dalam acuan.Taburkan gula perang.Susun nanas dalam tin.Masukkan ceri di bahagian tengah yang berlubang.Tuangkan adunan kek dan ratakan.Bakar selama 1 jam.
6.Setelah masak, sejukkan kek di dalam acuannya selama 1 jam. (saya tak tunggu lama)
7.Terbalikkan kek ke dalam pinggan.Kepingan nanas hendaklah di bahagian atasnya.Hiaskan.




Selasa, 28 Februari 2012

Di Satu Penjuru Sudut Majalah AROMA Keluaran Mac 2012





Assalamualaikum….
Salam ceria buat semua.Semoga anda di dalam rahmat Illahi dan hidayahnya.



Secebis pengalaman yang tak seberapa ini ingin saya kongsikan di sini atas kemunculan resepi hasil air tangan ku sendiri dalam majalah AROMA keluran Mac 2012.



Terungkapnya rasa kesyukuran dan setinggi2 penghargaan buat orang-orang tersayang terutama suami tercinta, anak-anak & keluarga tersayang.Sekalung penghargan dan jutaan terima kasih untuk rakan FB ; Puan Reen Khan Sharif atas usaha murni & sokongan beliau di atas kemunculan saya ini  mengisi di satu penjuru sudut  majalah AROMA.Juga satu penghargaan buat Puan Dimiati selaku editor majalah AROMA yang sememangnya menjalankan tugasnya dalam menjayakan tugasnya ini.Tidak lupa juga buat rakan-rakan fb yang saya kasihi, rakan terdekat dan juga rakan blogger yang setia menemani saya selama ini walaupun hakikatnya kita berada di alam maya. Ketahuilah bahawa kehadiran anda semua sebenarnya menjadi ilham rasa buat saya untuk saya lasak di dapur semata-mata ingin menyediakan sajian buat family tercinta.Semoga ilmu yang baik yang telah kita perolehi bersama akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Saya anggap semua ini adalah satu pengalaman dan perkongsian rasa dari saya untuk semua.






______________________________________________________

"Bagi saya memasak adalah satu hobi yang realiti kerana boleh dikatakan hampir setiap hari kita melakukannya dan mempelajarinya".

______________________________________________________

“Setiap insan ada kelebihan tetapi jika kelebihan yang Allah beri itu dikemudi di jalan yang benar insyaAllah akan mendapat ganjaranNya.Sebaliknya setiap orang juga mempunyai kekurangan, tetapi jangan anggap kekurangan itu sesuatu yang  boleh membutuhkan diri kita selama-lamanya..”

Nukilan rasa:
rohah_rohaisha
http://rohaisha.blogspot.com

Ahad, 26 Februari 2012

AYAM GORENG KUNYIT





Salam ceria dihujung minggu..
Menu simple inilah yang menjadi kebiasaan untuk hidangan saya sekeluarga.
Bila masak resepi ni kebiasaannya saya 
ambil bahagian ayam yang mempunyai isi yang berserat.
Kalau nak digoreng besar2 ramai yang tak suka terutamanya bahagaian dada ayam.
Jadi bila dipotong kecik2 macam ni
automatik dagingnya lembut je bila dah dimasak.





AYAM GORENG KUNYIT
Resepi:rohah_rohaisha
Bahan-bahan:
  • 3 bahagian isi ayam | potong kecil
  • 6 tangkai kacang panjang | potong pendek
  • 1 labu bawang besar holland | hiris
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 cm halia | cincang halus
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 1/2 biji cili benggala hijau | hiris
  • 1 kiub perencah ayam (perencah knorr)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Gula secuykup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam **jika perlu (saya tak bubuh)

Cara menyediakan:

1.Gaulkan ayam dengan garam dan  serbuk kunyit.

Ketepikan.

2.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia 

sehingga kekuningan.

3.Masukkan ayam tadi bersama kiub ayam dan gaul

rata.Biarkan lebih kurang 5 minit agar isi ayam masak.

Masukkan juga sedikit gula.

4.Setelah itu masukkan kacang panjang, kacau dan 

tutup kuali sebentar.Apabila sudah hampir masak, 

taburkan cili benggala dan cili merah.

5.Tutup api.


Nota:**Tidak perlu menambah garam kerana kiub 

ayam yang sedia ada sudah cukup mengadun rasa

masin resepi ini.