Selasa, 21 Februari 2012

KUIH SERIMUKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lemau sikit beberapa hari ni nak mengentri resepi2 yang semakin bertimbun menunggu Q.Tak apalah, asalkan jalan walaupun slow je nampaknya.Hari ni saya nak sharekan resepi kuih serimuka yang mudah untuk dibuat.Sebelum2 ni dah banyak kali saya buat kuih serimuka yang menjadi pebret saya, tapi asyik tak sempurna je hasilnya.Kali ni alhamdulillah, puashati rasanya..memang dendam kesumat untuk membuatnya, ni pun ntah keberapa kalinya.Ucapan tq buat tuan punya asal resepi ini, dan sumbernya telah saya dapatkan dari fb Kak Sue Hashim, tq sekali lagi untuk beliau pula.Cuma di sini saya ada olah sikit2 sukatannya, begitu juga dengan tutor tatacaranya.. 

KUIH SERIMUKA
Resepi asal:Cafe Serimuka
Sumber:Sue Hisham
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah:
300gm beras pulut | cuci & rendam 1 jam
2 cawan santan
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Tapiskan/toskan beras pulut, kemudian griskan loyang dengan minyak.Gaulkan sebati beras pulut bersama garam dan santan (ukuran santan hendaklah separas dengan beras pulut).
2.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit

Bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur (resepi asal tak letak telur)
2 sudu besar  jus pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan dan blendkan (saya kacau guna whisk je).
2.Angkat pulut yang dikukus tadi dan kacau alih.Kemudian alihkan ke alam loyang berukuran 8" yang dialas dengan plastik.
3.Tekan-tekan pulut agar padat.Carikkan sedikit permukaan pulut menggunkan garfu.
4.Tuangkan adunan yang diblend tadi ke atas pulut, kemudian tutup dengan foil.
5.Kukus selama 40-45 minit.
6.Biarkan sejuk baru dipotong.




Ahad, 19 Februari 2012

TIRAMISU CAKE







Assalamualaikum...
Apa khabar semua..Didoakan anda semua ceria di malam minggu yang indah permai ni..Saya sebenarnya sedang menanti kunjungan tetamu yang dikatakan bakal kunjung tiba walaupun malam sudah melabuhkan tirainya.Ting Tong, jam kat dinding tepat sudah pukul 12.00 tgh malam..Mane duhai tetamu ku ini??? Belum sampai2 lagi...Aku setia menanti...sesat ke?? mungkin tidak..Mereka ialah rakan-rakan2 sekolah rendah semasa kat kampung dulu..


Cake ini memang dah diplan untuk dibuat jumaat petang semalam.Kebetulan salah seorang rakan menyatakan hasratnya untuk buat program ziarah menziarahi start petang sabtu..Memang padan sangatlah, sekurang2nya ada tetamu yang nak jamah..So misinya alhamdulillah berjalan lancar..Inilah hasilnya.Sebenarnya daku teringan sangat nak merasa kek tiramisu...Dapat juge beri kat jiran sebelah rumah..Camne kak ngan rasa kek ni?? komen la sikit!!! Sedap tak..Hehe..moga my neighbour kat sebelah rumah ni dapat membaca  blog saya ni...




TIRAMISU CAKE
Sumber resepi:Mariana Osman

Bahan-bahan untukTiramisu Filling:
500gm Mascarpone Cheese (saya guna cream cheese)
125gm gula aising
500gm whipping cream
2 sudu kecil esen vanilla
20gm gelatin
80gm air panas
Biskut tiramisu (lady fingers) secukupnya
Sedikit serbuk koko sebagai taburan di atas kek nanti

Bahan-bahan untuk Coffee Syrup:
4 sudu besar serbuk Nescaffe (saya guna  Indocafe Coffemate)
250gm air panas mendidih
4 sudu besar gula kastor

Cara membuat Tiramisu Filling:
1.Kacau gelatine dengan sedikit air panas (kacau>larut).Ketepikan.
2.Pukul whipping cream bersama esen vanila menggunakan whisk (soft peak).
3.Dalam bekas lain pukul mascarpone cheese dengan gula aising (pukul lembut).
4.Masukkan aduan cheese dalam whipping cream tadi.
5.Pukul lagi pada kelajuan kecil.
6.Masukkan bancuhan gelatine dan pukul lagi.Ketepikan dulu.

Cara membuat cake:
1.Celupkan lady fingers sekejap dalam coffee syrup.
2.Susun lady fingers dalam springform cake pan (saiz 9").
3.Masukkan adunan cheese tadi.
4.Lapiskan dengan lady fingers lagi.
5.Tuang adunan cheese.
6.Simpan dalam peti sejuk semalaman.
7.Bila kek sudah keras, taburkan dengan serbuk koko.
8.Hias ikut kreativiti masing-masing.







Khamis, 16 Februari 2012

Orkid Ungu

Orkid Ungu
Tak henti-henti kau memekarkan bunga...Terima Kasih Ya Allah..






Indahnya Mekar Mu

Penghibur jiwa, penyejuk mata...............













Akar Dani Ku Mula Berputik





Indahnya mentari hari ni menyinarkan suria seindah pagi nan ceria hingga ke lewat petang.Girangnya hati ini bila Akar Dani ku mula memutikkan bunga.Penantian yang begitu lama ku rasa...alhamdulillah..



Rabu, 15 Februari 2012

PUDING ROTI BERKACANG



Salam sejahtera..

Saya nak sharekan resepi puding roti yang sangat enak diapunya rasa.Lemak, lembut , semua ada dan cukup rasa..Di tambah pula ada kekacang yang terisi di dalamya, dah macam kek carrot la pulak rasanya.Strukturnya lembut macam bingka pun ia, sesiapa yang gemarkan puding sebegini memang menepati citarasa bagi saya..Cubalah..



PUDING ROTI BERKACANG
Resepi: Kay Raz (majalah SAJI)

Bahan-bahan:
3 biji roti ban | siat
1 cawan susu segar
1 cawan susu cair
3 sudu besar isi kuaci 
3 suu besar kacang walnut
3 sudu besar hirisan badam
3 sudu besar marjerin | cair
2 biji telur | pukul
1/2 cawan gula pasir

Cara menyediakan:
1.Satukan semua bahan dan gaul sebati kecuali isi kuaci.
2.Tuangkan dalam bekas dan taburkan isi kuaci dibahagian atas.
3.Bakar selama 35 minit pada suhu 190 darjah celcius

note saji:selain roti jenis ini roti Perancis juga boleh digunakan.Roti perancis hendaklah dipotong 4cm tebal.




Selasa, 14 Februari 2012

KERABU PUCUK PAKU BERCENDAWAN





KERABU PUCUK PAKU BERCENDAWAN
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
Secekak pucuk paku | celur
100gm taugeh | celur
10 biji cendawan butang (dalam tin) | celur
5-6 tangkai cili api merah | hiris kecil2
2 sudu besar kerisik
1/2 labu bawang besar | hiris
5-6 biji limau kasturi | ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan :
1.Satukan kesemua bahan yang siap dicelur bersama hirisan bawang, kerisik, cili api, garam dan gula secukupnya.
2.Perahkan jus limau, gaul rata.
3.Hidangkan.



KARI SOTONG BEREMPAH





Assalamualaikum...
Salam ceria di petang Selasa yang redup ini...Seminggu yang lepas makan sotong...hari ni sotong lagi...Jangan hari-hari makan sotong sudah...
"Pelbagaikan resepi sotong", itu yang saya suka..Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba...



KARI SOTONG BEREMPAH
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
600gm sotong | dikelar2 tapi tak putus
1 labu bawang besar | Cincang
4 ulas bawang putih | hiris
2 cm halia | Cincang dadu/halus
1 sudu kecil cili giling (terpulang kuantitinya ikut citarasa)
4 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar *                 |
1 sudu kecil serbuk jintan putih *              | *dibancuh bersama dengan sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk rempah campuran* |
1sudu besar kicap manis
1 cawan air (Kurangkan air jika mahu kuah yang pekat)
2 tangkai daun kari
1 keping asam gelugor
2 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
Garam & gula secukupnya
Minyak

Cara menyediakan.:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga layu.Masukkan cili giling, bancuhan serbuk kari dan rempah2 tadi bersama daun kari.Tumiskan hingga naik minyak.
2.Masukkan kicap manis, air dan renehkan sebentar.Masukkan asam sotong dan asam gelugor.Kacau rata dan tutupkan kuali dengan tudung periuk seketika.(Jangan didihkan terlalu lama, nanti sotong menjai liat).
3.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Taburkan cili merah dan cili hijau.
4.Matikan api.


KUIH LAPIS SERI WANGI



Salam buat semua..
Keinginan nak membuat kuih lapis versi kak yatie ni memang membuak2...,apalagi kalau tengok hasil air tangan beliau dalam bab talam menalam & lapis melapis ni, memang cantik dan tersusun rapi.Memang menyerlah hasil kerja beliau.Alhamdulillah, dapat juga saya mencubanya dengan kalam bismillah dan selawat..Sampai macam tu ye..Faham-faham je lah, saya memang gerun kalau buat kuih2 talam ni, takut saya buat tak menjadi.Tapi bila sebut pasal ni, memang saya tak serik, selagi hasilnya tak memuaskan hati,memang akan dicuba lagi..Sebab saya memang SUKA MAKAN KUIH TALAM..hehe...Thanks kak Yatie, memang terbaik resepi akak..











KUIH LAPIS SERI WANGI
Resepi:Yatie @ Yatiememories


Bahan-bahan (loyang 8")
BAHAN A:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat

BAHAN B:
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan | disimpul

BAHAN C:
3 sudu besar rata serbuk koko*
4 sudu besar air suam untuk bancuh koko* | digaul rata (saya guna 1 sb coklat emulco)
Pewarna hijau, perisa pandan

Cara-cara:
1.Masak bahan B sehingga larut, biarkan suam sedikit.
2.Sementara itu satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
3.Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4.Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/ perisa pandan dan satu lagik letak bancuhan koko atau coklat emulco.
5.Panaskan pengukusdan balut penutupnya dengan kain.
6.Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dengan plastik di dasarnya.
7.Apabila air dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
8.Masukkan adunan koko 1 cawan dan kukus selama 5 minit.
9.Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
10.Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit.Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
11.Kuih benar-benar sejuk barulah cantik dipotong.Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya.Selamat mencuba.


nota rohaisha:
Saya telah gantikan santan dengan krim masakan masa buat kuih lapis ni.Pada pendapat saya, kuih2 sebegini memang terserlah keenakan /keaslian rasanya jika menggunakan santan ...(tp sebab nk perabihkan stock krim masakan, sengaja saya gunakan krim tu).