Jumaat, 20 Januari 2012

ENGKONG AYAM

Assalamualaikum....
Mudah je nak buat engkong ayam ni..cuma nak cari ayam pencen tu sukarlah sikit.Tapi yang ni saya buat pakai ayam biase je..kalau betul2 pakai ayam pencen memang best rasanya.Pernah makan di suatu majlis..ayam tu posing kat pinggan ala2 ayam golek kat hidangan makan beradab pengantin camtu..Terima kasih bebanyak untuk rakan fb, kak Juriah Saian yang memperkenalkan resepinya.Tapi disebabkan sukatan khusus takde, saya olah sendiri untuk sukatan bahannya, namun "bahan asas" tetap saya rujuk melalui catatan beliau di group fb. 




ENGKONG AYAM
Ilham resepi: Juriah Saian
Sukatan bahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
850gm ayam (seeloknya guna ayam kampung dan tidak perlu dipotong kecil-kecil)
1labu bawang besar | kisar
5 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
4 cm halia | kisar
3cm kunyit hidup | kisar (saya guna serbuk kunyit je, x de stock masa ni)
2 sudu besar ketumbar biji | kisar
2 sudu besar jintan manis | kisar
4 batang serai | ketuk
Santan | sukat ikut separuh paras ayam
Garam dan gula secukupnmya

Cara:
1.Lumurkan sebahagian bahan kisar pada ayam dan perap selama 1 jam.
2.Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam periuk.Tuangkan santan, baki bahan kisar dan garam dan ke dalam periuk.(Sukatan santan hendaklah separuh dari paras ayam).
3.Rebus ayam hingga separuh empuk kemudian terbalikkan ayam untuk bahagian sebelahnya pula.Rebus ayam dengan api kecil sehingga kuah menjadi sedikit kering.
4.Taburkan gula dan kacau sebentar.
5.Matikan api apabila ayam telah benar-benar empuk.

Khamis, 19 Januari 2012

SEKAYA PANDAN



Assalamualaikum...
Salam ceria di pagi yang bersinar ini...
Saya dah try buat buat kaya prasa pandan..Tapi saya bubuh pewarna kuning, coz suka tengok kaya warna ni...sama dengan warna kaya untuk kuih cakoi di pasar malam tempat saya..Bios betul,,hihhi..Sebab kobar2 nak buat cakoi,so saya buat adunan kaya ni dalam kuantiti sikit je..itupun masih berlebih lagi.Kat bawah tu saya dah sertakan sekali sukatan  yang telah saya olah sedang2 cukup untuk menyantap hidangan cakoi,yang lebih sikitnya tu bolehlah wat sapu kaya nagn roti..Tq ye wifemuda kerana share resepi kaya ni.Kaya akak memang cantik saya lihat..cuma masa saya buat ni saya tambahkan sedikit tepung gandum supaya kaya pekat sedikit.



SEKAYA PANDAN
Resepi:wifemuda@myresipi.com

Bahan-bahan ( Satu bekas sederhana besar )

  • 1 mangkuk telur *
  • 3 mangkuk santan * ( daripada sebiji kelapa )
  • 3 mangkuk gula *
  • sedikit perwarna hijau ( pandan )
  • sehelai daun pandan ( disimpulkan )
  • ( Bahan yang bertanda * disukat menggunakan mangkuk yang sama ) cth mangkuk seperti didlm gambar.

Cara-cara:

  1. Blender telur dengan gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan santan kedalam adunan telur dan blender sekejap.
  3. Kemudian masukkan adunan ke dlm kuali bersama daun pandan dan sedikit perwarna - masak dgn api yg perlahan
  4. Kacau sentiasa sehingga likat dan agak pekat.
  5. Tutup api dan biarkan ianya sejuk ( boleh dicicah dgn roti , kuih jala @ dibuat inti ) 
  --------------------------------------------------------------------------------
Sukatan oleh Rohaisha:
1/2 cawan telur
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan
Sedikit pewarna kuning
Sehelai daun pandan
1 sudu kecil tepung gandum (saya tambahkan item ini)

*Cara: ikut step resepi asal

* saya dapat satu cup penuh sekaya seperti dalam gambar di atas.

CAKOI




Assalamualaikum...
Camne nak buat cakoi ye?, sebab kalau nampak perkataaan  "Alum" atau "Tawas" memang garu kepala dulu..Hari ni dapat  gak try resepi cakoi yang mudah..Kalau baca step camne nak buat cakoi macam susah je nak buat..Apapun terima kasih buat ina di atas kesudiannya berkongsi resepi ni.Saya ada olah penyusunan ayat kat bahagian tatacaranya..



CAKOI MUDAH
Resepi:ina_lyna@myresipi

Bahan-bahan:
400gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin | cairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sud bsar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1.Campur semua bahan kecuali tepung.Kacau sebati.
2.Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli.Jikalau terlembik sangat dan susah untuk menguli, tambahkan tepung sedikit lagi.
3.Perap doh selama 30 minit atau lebih, selepas itu bolehlah diuli lagi.
4.Canai agak-agak 4-5cm memanjang.Potong pendek anggaran 1-1.5 inci.Untuk mencantumkan kedua-dua cakoi, basahkan lidi dan gores di tengah-tengah cakoi pertama.Tujuannya untuk memastikan  lapisan cakoi itu melekat.Selepas itu ambil satu bahagian lagi dan letak di atas cakoi pertama. (saya celupkan lidi sekali lagi ke dalam air dan tekan ke bawah kat tengah2 cakoi tu)
5.Setelah minyak panas, angkat cakoi tadi dan tarik sedikit sebelum dimasukkan ke dalam kuali.Saiz cakoi akan nampak panjang berbanding saiz asal iaitu setengah je,,,



Rabu, 18 Januari 2012

TELUR KUKUS


Assalamualaikum...
Selamat malam untuk sahabat di luar sana...Semoga ada ketenangan dan kedamaian dalam diri anda semua.Sebenarnya dah kali kedua saya buat telur kukus ni..Kira menu simple je lah yang terhidang di atas meja makan saya hari ni..Ringkas je, sekejap je siap..



TELUR KUKUS
Sumber:Majalah RASA

Bahan-bahan:
5 biji telur

1 ulas bawang merah | hiris
1 biji tomato | potong dadu
1 tangkai daun bawang | hiris
Sedikit daun sup (saya tambahkan item ini)
1 tangkai cili merah | hiris
100 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

1.Gaul kesemua bahan | kacau

2.Kukus 20 minit

 

Selasa, 17 Januari 2012

TERUBUK MASAK LEMAK BERSAMA SAYUR LABU

Assalamualaikum...
Menu simple je..coz nak perabihkan terubuk masin yang dah bermustautin lama dalam freezer..


TERUBUK MASAK LEMAK BERSAMA SAYUR LABU
Resepi:Adaptasi( TERUBUK MASAK LEMAK)/Majalah RASA

Bahan-bahan:
1/2 ekor terubuk masin
80gm labu | potong kiub besar 
1 batang serai | ketuk
150ml santan pekat (kotak)
4 cawan air
1 helai daun kunyit
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam

Bahan kisar:
5 tangkai cili padi merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga naik bau.Tuangkan santan dan masukkan daun kunyit.Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
2.Tambahkan garam secukup rasa.Selepas itu, masukkan ikan terubuk.Kacau perlahan-lahan, kecilkan api.Masak sehingga kuah sedikit pekat.





STRAWBERRI CLAFOUTIS

Assalamualaikum...
Sedapnya rasa dessert ni, tak sangka sesedap yang dirasa...Dah setahun lebih asyik membelek2 resepi ni,tapi asyik keberatan je nak membuatnye..Alhamdulillah berpeluang juga..Rasa clafoutis ni kurang manis, jadi jangan khuatir tentang tahap kemanisannya..Saya hanya dapat buat  separuh adunan sahaja untuk resepi asal di bawah, memandangkan stock strawberi yang ada  hanya cukup2 banyak tu je.Saya olah sedikit susunan ayat pada resepi ni untuk kemudahan semua.



STRAWBERRI CLAFOUTIS
Resepi:majalah RASA

Bahan-bahan:
300gm buah strawberi | belah 2
80gm tepung kek | saya guna tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu kecil baking powder
80gm mentega tanpa garam | cairkan (saya guna buttercup)
60gm gula perang
100gm telur
150ml susu UHT
100ml esen vanila

Cara memasak:
1.Panaskan ketuhar  pada suhu 200 darjah Celcius dan griskan dulang.
2.Pukul telur perlahan-lahan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi tepung kek.
3.Seterusnya pukul mentga cair dan masukkan gula,esen vanila serta susu UHT.
4.Masukkan buah strwaberi di dalam acuan dan tuangkan adunan di atasnya.
5.Bakar selama 10 minit pertama pada suhu 180 darjah celcius dan selama 25 minit atau sehingga masak untuk masa seterusnya pada suhu 200 darjah celcius.(saya bakar dari mula sampai akhir guna suhu 200 darjah celcius).
6.Untuk memastikan ia telah masak, cucukkan pisau di dalamnya.Kek telah masak apabila ia tidak melekat pada pisau.
7.Akhir sekali, taburkan gula perang di atasnya dan biarkan seketika.Sedia untuk di makan.

Note dr rohaisha:
Sedap dimakan semasa masih suam-suam lagi..






SAGU GULA MELAKA



Assalamualaikum...
Selamat malam buat semua...Hari ni saya tunaikan hajat anakanda sulung yang meminta dibuatkan sagu  gula melaka.Sedap katanya masa dia makan time jamuan di sekolahnya.Mmang sedap pun..Memang saya dah pernah makan 10 tahun yang lalu dirumah abang arwah abang ipar, tapi alkisahnya tak pernah buat sendiri..Nak membuatnya pun asyik tangguh2 je.Hari ni memang dah pasang niat di hati nak buat juga dessert yang cukup mudah mengadunnya.."makannya pon mudah!!..hehehe"..Apapun tq buat rossitamz kerana sudi berkongsi resepi.Ada sebahagian susunan  resepi ni telah saya olah ikut kesesuaian saya..


SAGU GULA MELAKA
Resepi:rossitamz@myresipi.com

Bahan-bahan:
Bahan A:
2 cawan sagu
5 cawan air

Bahan B:
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir (saya tak letak)
1 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Bahan C:
1 keping gula melaka
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

______________________________________________________
Cara-cara adunan A:
1.Panaskan air hingga mendidih.Bersihkan sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2.Masak hingga sagu menjadi jernih.Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3.Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan sejukkan.

Cara-cara adunan B:
1.Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2.Buang daun pandan dan sejukkan.

Cara-cara adunan C:
1.Masakkan gula melaka, gula merah, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan sejuk.

Cara menghidang:
1.Keluarkan sagu dari acuan-acuan kecil dan letak dalam mangkuk atau pinggan menghidang.
2.Curahkan adunan B diikuti adunan C.
3.Siap untuk dimakan.



Isnin, 16 Januari 2012

MEE KUNG FU SEAFOOD


Assalamualaikum...
Salam ceria dan mahabbah untuk anda semua..
Siang tadi dah jamah nasi putih berlaukkan Singgang Daging..Habis licin!!! Malamnya pulak tukar selera dengan Me Kung Fu Seafood.Dah kali kedua saya buat me kung fu nie..Mudah je bahan-bahannya..



MEE KUNG FU SEAFOOD
Resepi: Sa'adiah Mohamad (Buku Kompilasi Hidangan Mi)

Bahan-bahan:
  • 300 gm mee kuning
  • 400 ml air rebusan ayam
  • 150 gm sotong | dipotong
  • 120 gm bebola ikan | diblah dua
  • 100 gm sawi | dipotong
  • 100 gm udang basah | dibuang kulit
  • 3 sudu makan minyak
  • 2 biji telur (saya pecahkan dan kacau dalam kuah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan tepung jagung  | dibancuh
  • 100 ml air                                | bersama
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • Garam dan serbuk lada sulah scukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.Tumiskan bawang putih.
2.Bila naik bau, masukkan udang dan sotong.Kacau selama 1 minit.
3.Tuangkan air rebusan ayam, sos tiram, garam dan serbuk lada sulah.
4.Bila mendidih, masukkan bebola ikan, sawi dan mi.(saya pecahkan telur sekali masa ni)
5.Kemudian tuang campuran tepung jagung.Kacau rata dan angkat.


Ahad, 15 Januari 2012

SINGGANG DAGING


Assalamualaikum......
Selamat berhari minggu..Hidangan yang ringkas dan meyelerakan setelah penat memerah tenaga di halaman rumah..Rasai kesegarannya..





SINGGANG DAGING
Resepi:Majalah RASA

Bahan-bahan:
1 kg daging tanpa lemak | dihiris
1cm lengkuas | diketuk
2 biji bawang besar | dimayang
6 biji bawang putih | dimayang
5 keping asam gelugur
1 sudu teh makan ketumbar
1 liter air
20gm bendi (tak letak)
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1.Masukkan air ke dalam periuk bersama daging,lengkuas, bawang besar, bawang putih, asam keping dan ketumbar.
2.Rebus daging sehingga empuk.
3.Selepas itu masukkan bendi dan perasakan dengan garam secukup rasa.Kacau rata dan biarkan mendidih.
4.Angkat dan sedia dihidangkan.


DONAT COKLAT



Assalamualaikum..
Teringin sangat mulut ni nak makan donat coklat..hhmmm..selera mengalahkan anak-anak!!.Buat style sendiri je.. janji "anak suka...ibu pun sukeeee.."





DONUT COKLAT
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
2 sudu kecil yis
2 sudu besar air suam
21/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar shortening
1 sudu besar mentega
3 sudu besar gula halus
1 biji telur.
1/4 cawan air | untuk membancuh (boleh tambah jika kurang)

1.Bancuh yis bersama air suam dalam cawan sehingga mengeluarkan kembang dan berbuih.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, baking powder, serbuk koko, garam halus, gula halus, shortening dan mentega.Kacaukan sebentar menggunakan mixer agar sebati.
3.Masukkan telur dan pusing mixer sekali lagi agar telur sekata.Kemudian barulah masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan kelihatan tidak melekit.Boleh tambah  @ taburkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sekiranya adunan kelihatan sedikit lembik.Putarkan adunan selama 20 minit sehingga adunan nampak licin dan tidak melekat.
4.Tutupkan mangkuk doh dengan plastik wrap. (Saya 'on'kan oven ketika mula membancuh untuk tujuan mengembangkan doh dalam oven agar cepat naik dan kembang).Biarkan adunan naik dua kali ganda dengan memerapkannya selama 30-40 minit.
5.Setelah doh kembang, keluarkan doh dan tepuk-tepukkan ia untuk mengeluarkan angin.Tabur sedikit papan uli dengan tepung untuk memudahkan doh diterap dengan acuan donut.
6.Setelah donut habis diterap, biarkan adunan donut tadi mengembang sedikit lagi lebih kurang 15 minit.(Time ni pun saya masukkan donut yang sudah diterap ke dalam oven yang di 'on' kan tadi agar cepat kembang).
7.Panaskan minyak dengan  api sederhana hingga donut masak.
8.Boleh toppingkan donut dengan coklat atau gula serbuk.

Bahan topping coklat:
200gm coklat masakan
1 sudu kecil shortening
Twin coklat chip secukupnya untuk taburan.

Cara menyediakan:
Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.Setelah cair celupkan donat ke dalam coklat kemudian taburkan permukaan donat dengan twin coklat chip.



Jumaat, 13 Januari 2012

APAM LOBAK MERAH




Assalamualaikum...
Selamat malam dan berbahagia buat anda semua.Alkisahnya petang tadi cuba nak perabihkan balance lobak merah yang telah diparut untuk buat kek lobak hari tu..Sebabnya masih elok je kejadiannya, tak berkulat atau basi..Alhamdulillah, secara automatik berputar2 idea dalam fikiran ni, apa yang sesuai untuk ku olah dengan parutan lobak ku itu??.."Apam Lobak"...!!! Itulah yang menerjah dalam hati dan fikiran time tu..hmmm, menjadi juge apam lobakku ini..
 



APAM LOBAK MERAH
Resepi: Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan lobak merah
  • 1/2 cawan gula pasir halus
  • 1 sudu kecil ovalett
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon powder)
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Sedikit pewarna oren

Cara menyediakan:
1.Satukan tepung gandum, baking powder, serbuk kayu manis dan garam halus dalam satu bekas dan ayakkannya.Ketepikan.
2.Dalam satu bekas yang lain satukan pula telur, ovalett dan gula.Pukul hingga gebu dan kental.Setelah itu barulah dimasukkan esen vanila, susu segar dan minyak masak.Pukul lagi hingga sebati.
3.Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan kaup balikkan menggunakan senduk.Titiskan sedikit pewarna oren dan sebatikan.
4.Didihkan air dalam periuk kukusan dan panaskan acuan seketika.Kemudian sapukan minyak pada acuan, barulah diisikan adunan ke dalamnya.Kukus adunan selama 10 minit dengan api yang kuat.