Isnin, 19 Disember 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI API

 
Assalamualaikum...
selamat malam kalian semua.Sebenarnya mata dah mengantuk ni, tapi hati masih bersemangat nak entri foto "dapur basah" yang dah tertunda sehari.Kalau terkumpul lagi, banyak pulak nanti.Saya nak sajikan mata anda semua dengan menu "ketam masak lemak cili api".


KETAM MASAK LEMAK CILI API
Sumber:Rohaisha

Bahan-bahan:
5 ekor ketam
10 butir  cili api (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (ketuk)
5 batang serai (ketuk)
Serbuk kunyit secukupnya
1 keping asam gelugur
Santan (1 biji kelapa)
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1-Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan.Masukkan pula serai, halia dan serbuk kunyit.
2-Masukkan santan diikuti ketam dan kacau mesra.Biarkan kuah mendidih lama.
3-Masukkan  pula asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula.
6-Apabila ketam sudah kelihatan masak barulah tutup api.




UDANG GORENG TEPUNG



Assalamualaikum..
Hidangan hujung minggu ni...mmm, memang sedap makan udang goreng tepung yang rangup dan lembut ni bersama nasi panas. Jomlah kongsi resepinya..


Saya ikut stail mak saya membancuh tepung untuk udang goreng tepung ni, cuma saya tambahkan pula dengan tepung jagung agar lebih rangup...hasilnya memang tidak mengecewakan.

UDANG GORENG TEPUNG
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
700gm udang putih (saiz besar)
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telur
Garam secukupnya
Kunyit secukupnya
Lada sulah secukupnya

Cara:
1.Buang kulit udang bersama kepala, dan tinggalkan ekornya sahaja.
2.Gaulkan udang bersama dengan garam, kunyit dan serbuk lada sulah.
3.Setelah sebati, pecahkan telur dan sebatikan sekali lagi.Kemudian barulah gaulkan udang bersama-sama tepung gandum dan tepung jagung.Gaul rata.
4.Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan.
5.Angkat dan hidangkan.





Sabtu, 17 Disember 2011

MUFIN KRIM KEJU

 
Assalamualaikum..
Tayang mufin lagi....Sebenarnya ada krim keju balance masak pai ari tu, so cari resepi mufin yang sewaktu dengannya.Secara kebetulannya ngam2 pulak tu timbangan krim keju kat fridge saya tu..Jom ahhhhhhh....jengah2 resepi mufin  ni..Lembut dan halus strukturnya..


MUFIN KRIM KEJU
Sumber: Noraini Zakaria (Kompilasi Hidangan Berkeju)

Bahan-bahan:
100gm mentega
50gm keju
150gm gula kastor
2 biji telur
200gm tepung kek
10gm serbuk penaik
50gm susu segar kotak
50gm minyak masak
Secubit garam
Taburan chip coklat secukupnya (saya tambahkan item ini)

Aising mentega: (saya tak buat)
200gm mentega
100gm gula aising
Pewarna merah

Cara membuatnya:
1.Pukul mentega,krim keju dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
2.Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
3.Tuangkan tepung, serbuk penaik dan diputar sebati.Kemudian masukkan susu sedikit-sedikit hingga habis.Akhir sekali masukkan minyak.Putar hingga sebati.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit.Sediakan cawan kertas dan masukkan dalam tin mufin.Isikan adunan 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit
5.Aising:Putar mentega dan gula aising hingga kembang dan gebu.Warnakan merah dan paipkan bentuk bintang di atas mufin. (saya tak buat aising ni tapi menggantikannya dengan coklat chip).





Jumaat, 16 Disember 2011

LASAGNA AYAM



Assalamualaikum...
Dah lama berangan-angan nak buat lasagna nih sebenarnya, tapi baru semalam tercapai hajat tu..alhamdulillah..dapat gak rasa macammane makanan ala Itali ni.Sedap memang sedap, iyelah, kisahnye banyak keju dalam masakan ni kan..


~LASAGNA AYAM~
LASAGNA DAGING
Resepi:Noraini Zakaria (Kompilasi Hidangan Berkeju)

Bahan-bahan:
6 keping lasagna segera (saya celur sekejap bagi kembang)

Bahan inti:
400 daging kisar (saya guna ayam kisar)
200gm keju Mozarella
2 biji tomato| potong dadu
1/2 batamg lobak merah | potong dadu
3 sudu besar minyak masak | menumis
1/2 biji bawang besar | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
1/2 cawan pes tomato | dadu (saya guna tomato puri)
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
Sedikit serbuk oregano
Garam dan gula pasir secukupnya

Bahan sos keju:
20gm mentega
2 sudu besar tepung gandum
240gm susu segar kotak
50gm keju Mozarella atau keju Cheddar
Garam dan serbul lada sulah secukupnya

Cara membuat:
1.Inti:Tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau.Masukkan lobak merah dan kacau hingga lembut.Kemudian masukkan air,daging kisar,pes tomato dan sos cili.Masak hingga daging empuk.

2.Masukkan tomato, garam, gulapasir dan serbuk oregano.Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit hingga kering airnya.Angkat dari api dan sejukkan.

Cara membuat sos keju:
1.Panaskan mentega hingga cair dan masukkan tepung gandum dan kacau rata.
2.Perlahankan api dan masukkan air susu.Kacau hingga adunan hingga menjadi agak pekat lalu masukkan keju.
3.Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukupnya.Angkat dari api.

Cara menyusun lasagna:
1.Sediakan tin berukuran 8"x8".Boleh juga gunakan mangkuk tahan panas.Sapukan minyak disekeliling tin tersebut.
2.Susun lasagna dua keping.Letakkan inti dan tuangkan sos keju di atasnya.Taburkan keju Mozarella.
3.Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 darjah Celcius.Bakar lasagna dengan api atas dan bawah selama 45 minit- 1 jam.
4.Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.

 

Tengoklah lapisan lasagna tu, mewah dengan keju...kalau makan banyak-banyak memang boleh tangkap muak jugelah...So, makan sikit2 dan berulang adalah cara yang terbaik.





Rabu, 14 Disember 2011

PUDING JAGUNG


Assalamualaikum...
Selamat malam semua..Dah lama tak jamah puding jagung...Cubalah rasa keenakan puding ni..Sukatan puding ni saya share dari seorang teman rapat semasa dikolej dulu..Lepas tu saya bikinlah diapunya tatacara resepinya.Memang pembikinannya amat senang, cepat dan enak insyaAllah..
PUDING JAGUNG
Resepi: Za

Olahan; rohah
 

Bahan-bahan:
1 tin jagung
1 tin tepung kastard
4 1/2 tin santan (ikut sukatan tin jagung)
Garam
Gula secukupnya

CARA:

1-Campurkan kesemua bahan dan kacau dahulu agar sebati.
2-Kemudian masak atas api sederhana dan kacau selalu agar tidak bergentel.
3-Tutup api apabila adunan telah menggelegak dan tuang ke dalam loyang.
4-Biarkan sejuk baru potong.



CUCUR JAGUNG


Assalamualaikum...
Selamat malam....
Kalaulah ada sesiapa beli jagung rebus tapi tak habis makan, buatlah style cam saya ni.Manfaatkan je jagung rebus yang tak terusik tu...bikinlah cucur jagung yang simple & sedap untuk santapan di waktu petang..

CUCUR JAGUNG
Resepi: Rohaisha

2 tongkol jagung} Saya guna jagung yg telah direbus & sisir isinya
300gm cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil garam
air secukupnya

Cara:
1.Campurkan kesemua bahan dan pastikan adunan tidak terlalu cair @ pekat.
2.Goreng hingga masak.





CUCUR SOSEJ BERSAYUR

Assalamualaikum...
Dah lama buat cucur ni, cuma nak disharekan resepinya di sini.Tak perlu risau dengan strukturnya yang tampak macam lembik di dalamnya, tetapi sebenarnya tidak,bahkan lembut je dimakan.Kalau tak caye cubalah...!! hehehe
CUCUR SOSEJ BERSAYUR 
Resepi:Rohaisha

Bahan:
3 cawan tepung gandum
4 batang sosej}hiris kecil
4 tangkai daun sup}hiris halus
4 tangkai daun bawang} hiris halus
1/2 batang lobak merah} potong dadu
1/2 biji bawang holland} potong dadu
2 camca garam halus
3 1/2 cawan air panas (secukupnya)
minyak utk menggoreng

Cara:
1-Campurkan kesemua bahan, kemudian curahkan sedikit demi sedikit air panas.Kacau hingga sebati.
2-Goreng sehingga masak.Hidangkan.

Agak rangup diluar, lembut di dalam ..camtulah gambaran pada cucur yang telah saya hasilkan ni.Laju je kami sekeluarga menikmatinya..Cicah ngan sos..UMMMPHH!!



HATI LEMBU BEREMPAH

Assalamualaiukum.....
Hari raya korban dah sebulan berlalu,tapi dagingnya masih berbaki lagi di dalam freezer.Hati lembu ni dibeli sehari sebelum hari raya korban, tapi belum diusik-usik pun.Suami dah bagi signal suruh saya masak hati lembu tu.Maklumlah, lauk kegemarannya.Saya pon sebenarnya!!..hehehe...mmm masak apa yea!! Alhamdulillah, dapat idea.Kat sini saya nak ketengahkan resepi hati lembu yang menjadi 'kegemaran' saya dan cik abang ..First time saya masak hati lembu dengan resepi ni hasil cetusan idea sendiri.Biasenya saya buat masak kicap je...Jom try!!!


HATI LEMBU BEREMPAH
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
600gm hati lembu |  dicelur empuk dan dipotong sederhana besar
1 labu bawang besar | hiris untuk ditumis
1 labu bawang besar | hiris  untuk ditabur
1-2 tangkai cili merah | hiris untuk ditabur
4 ulas bawang putih | tumbuk
3cm halia | tumbuk
2 sudu besar ketumbar biji | tumbuk
1 sudu besar jintan manis| tumbuk
1sudu besar jintan halus | tumbuk
Serbuk kunyit secukupnya (lebihkan yang ini)
1/2 cawan air
Sedikit bancuhan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis (Lebihkan yang ini ketika menumis)

Cara:
1.Gaulkan hirisan  hati lembu dengan kunyit, garam dan gula.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga layu dan masukkan hati lembu.Kacau rata dan tutup kuali dengan tudung periuk.Biarkan lama agar hati lembut dan sesekali dikacau agar tidak hangus.
3.Setelah itu masukkan air bersama bancuhan air asam jawa.Boleh tambah garam sekiranya adunan rasa masih belum lengkap.Tutup semula kuali dengan tudung periuk dan renehkan hati sekali lagi sehingga benar-benar empuk.Barulah bole masukkan hirisan cili besar dan bawang besar.Kacau lagi.
4.Tutup api apabila kuah telah pekat. 

 
Yang buat jadi sedap tu sebab rempah ratus yang melekat-lekat kat hati lembu ni...mmm..memang sedap ratah-ratah macam tu je.


KERABU PUCUK PAKU

Assalamualaikum..
Kerabu lagi....Ari tu saya ada post kerabu pucuk paku yang sinonim dengan masyarakat jawa.Kali ni satu dua bahan perencahnya agak berbeza..Memang enak dimakan begitu saje..

KERABU PUCUK PAKU
Resepi:Majalah RASA
Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku | dicelur sehingga masak dan toskan
2 genggam taugeh| dicelur sehingga masak dan toskan
300gm kerang direbus (saya tak letak)
2 biji bawang besar| hiris menegak
2 sudu makan lada hitam | tumbuk
1cm halia tumbuk | tumbuk
2 batang serai | hiris dan tumbuk     
1/2 kelapa|digoreng dan tumbuk (saya gantikan dgn 2 s/b kerisik)
5 biji cili padi |dipotong dan ditumbuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara memasak:
1.Masukkan pucuk paku,taugeh dan kerang ke dalam sebuah bekas.
2.Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dihiris dan ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa.Gaul sehingga rata dan sebati.

Saya buat separuh je dari sukatan resepi asal.Saya tak bubuh isi kerang dalam ni, maklumlah takde perancangan pada mulanya.Pakai bahan yang ada kat dapur je, tapi tetap sedap...



Selasa, 13 Disember 2011

AYAM MASAK MERAH



Assalamualaikum...
Hari ni makan nasi tomato berlaukkan Ayam Masak Merah.Resepi simple ini saya ambil  dari majalah RASA.Saya buat sekali ganda dari sukatan resepi asal.


AYAM MASAK MERAH
Resepi:Majalah Rasa

Bahan-bahan:
1/2 kilo ayam
3 sudu makan cili giling (saya kurangkan)
2 labu bawang besar| kisar
2 ulas bawang putih| kisar
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan cili sos
3 sudu makan jus limau nipis/ cuka
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan  perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara:
1.Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam secukup rasa.Panaskan minyak masak di dalam  kuali.Goreng ayam tadi sehingga separuh masak.Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3.Selepas itu masukkan cili giling.Kacau sehingga pecah minyak.
4.Masukkan jus limau nipis dan sedikit air.Kacau rata sehingga mendidih.
5.Kemudian masukkan tomato dan cili sos.Gaul sehingga rata dan sebati.
6.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Kacau sehingga mendidih.
7.Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata dan sebati.
8.Angkat dan sedia dihidangkan.



NASI TOMATO

Assalamualaikum...
Selamat menjamu selera.. Inilah menu untuk hari ni..Memang  dah lama saya tak masak nasi tomato..
 
NASI TOMATO
Resepi:Majalah Rasa

Bahan-bahan:
960gm beras basmathi
1.25 liter air
1 tin susu cair
250gm pes tomato
5gm kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
4 biji tomato masak-tanpa biji
4 sudu makan minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10gm halia
15gm bawang putih
20gm bawang besar

Cara memasak:
1.Basuh bersih beras dan toskan airnya.
2.Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang.
3.Masukkan bawang kisar bersama tomato dan biarkan hingga naik baunya.
4.Kemudian masukkan air bersama susu cair, beras dan pes tomato secukupnya.Kacau rata.
5.Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan daun pandan.Biarkan hingga nasi masak.


Sebagai rujukan, saya olah sukatan resepinya seperti  dibawah:
Adaptasi olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan beras
Air secukupnya (ikut kebiasaan)
1 cawan susu cair
8 sudu besar pes tomato
1 biji kulit kayu manis, 2 biji bunga lawang, 7 kuntum bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga
2 biji tomato masak-tanpa biji
3 sudu makan minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
3cm halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (saiz kecil)

Cara memasak:
1.Basuh bersih beras dan toskan airnya.
2.Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang.
3.Masukkan bawang kisar bersama tomato dan biarkan hingga naik baunya.
4.Kemudian masukkan air (agak2) bersama susu cair, beras dan pes tomato secukupnya.Kacau rata.
5.Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan daun pandan.Biarkan hingga nasi masak.

Macam biase, ayam masak merah sememangnya sinonim dengan nasi tomato ni.Jadi, gandingan lauk inilah yang saya buat untuk nasi tomato saya.





PUDING CENDOL



Assalamualaikum...
Puding ni di buat time baraan adik-beradik sebelah suami pada aidilfitri yang lepas.Sedap sangat puding ni.Terima kasih buat tuntung 15@myresipi.com.Izinkan saya c&p resepi asalnya di sini...


PUDING CENDOL
Resepi:tuntung15@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
•    500ml air
•    180gm gula pasir
•    300ml santan pekat
•    10gm agar - agar powder
•    500gm cendol
•    sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
•    500ml air
•    200gm gula merah
•    300ml santan pekat
•    10gm agar - agar powder
•    1 biji kuning telur
•    sedikit garam

Cara-cara :
Bagi Lapisan Bawah
1.Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3.Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
1..Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
2.Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
3.Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
4.Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
5.Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.




BUBUR KELADI


Assalamualaikum.... 
Inilah salah satu menu kegemaran yang pastinya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu...Cuma dalam resepi kali ni saya tambahkan jagung dan sedikit pewarna dan perasa keladi untuk wujudkan kelainan..Yang pastinya memang saya obses dengan KELADI..
 

BUBUR KELADI
Resepi: Rohaisha

Bahan-bahan:
900gm @ sebiji keladi} potong dadu dan direbus separuh empuk
1 tongkoljagung} disisir dan direbus separuh empuk
1/3 cawan sagu biji} dibersihkan dan  direndam air panas 5 minit
2 kotak santan (400ml)
6 cawan air
3/4 gula
1 sudu kecil garam
2 titik pewarna dan perisa keladi} terpulang sama ada nk bubuh tidak

Cara:
1-Cuci/lalukan air pada sagu menggunakan penapis.Kemudian rendam sagu selama 5 minit dengan air panas.Tapis sagu apabila telah kelihatan separa mengembang.
2-Didihkan air secukupnya untuk merebus jagung selama 5 minit, kemudian disusuli keladi.Rebus jagung dan keladi hingga separuh masak.Angkat dan toskan.Ketepikan .
3.Campurkan santan, air,garam,sagu dan gula dalam satu periuk.Masak atas dapur dengan api sederhana sambil mengacau selalu.Kacau lebih kurang 10 minit.
4.Masukkan rebusan jagung dan keladi tadi.Titiskan perewarna dan perisa keladi.Kacau lagi hingga naik wap dan mendidih sedikit , barulah tutup api.


Puding Roti Sos Kastard

Assalamualaikum...
Memang saya suke sangat dengan puding roti ni..Tak puas2 makan..Terima kasih kepada tuan asal resepi;  maya.zakry myr & F&N myr  juga buat hana atas perkongsian resepi puding rotinya yang enak.. 


Puding Roti Sos Kastard
Sumber resepi :maya.zakry myr & F&N myr
Sumber :hana

Bahan-bahan:
•    8 keping Roti
•    * 500 ml Susu segar
•    * 4 sudu besar Gula halus
•    * 2 sudu besar Butter- cairkan
•    * 2 biji Telur
•    * 1 sudu teh Esen vanilla
•    * 1 sudu besar Tepung Jagung
•    * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
•    2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard
•    1 tin susu cair
•    2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
•    2 s/b gula

Cara-cara:
1.    Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2.    Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3.    Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4.    Taburkan kismis diatas adunan.
5.    Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6.    Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7.    Tuang ke atas puding roti tadi.



Isnin, 12 Disember 2011

NASI GORENG KACANG PANJANG

Assalamualaikum...

Biasenya saya buat nasi goreng resepi sendiri yang dipelbagaikan.., tapi kali nak cuba pulak nasi goreng variasi Chef Nor Asmawati.Simple nampaknya, tapi guaranty sedap..Saya buat sekali ganda lagi dari resepi asal beliau..
 
NASI GORENG KACANG PANJANG
Resepi:Chef Nor Asmawati Nor Din
300gm nasi putih
10 ekor udang-dibuang kulit (saya gantikan dengan 100gm daging  
                                                yang dipotong kecil)
3 batang kacang panjang-dipotong serong
3 biji bawang merah| mayang halus
2 biji bawang putih| mayang halus
5 biji fishball-dibelah dua
1 keping fishcake-dihiris
1 sudu besar sos tiram
Bawang goreng untuk hiasan
Serbuk lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara menyediakan:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan dimayang hingga naik bau.
2.Masukkan kacang panjang dan sos tiram.Kacau lagi.
3.Masukkan udang dan kacau hingga masak.Masukkan fishball dan fishcake.Masak hingga agak garing.
4.Bubuh serbuk lada sulah dan garam.Goreng seketika.
5.Masukkan nasi.Gaul sekata.Hidangkan bersama bawang goreng.


BUBUR KACANG MERAH



Assalamualaikum dan selamat malam buat semua.Hidangan manisan selepas makan malam kami sekeluarga untuk malam ini...Simple aje bubur merah saya nie...


BUBUR KACANG MERAH
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 3 cawan kacang merah
  • 2500 liter air
  • 300ml santan kotak (boleh tambah & saya guna ayam brand)
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit garam 
Cara:
1.Rebus kacang merah bersama air hingga empuk.
2.Masukkan gula dan garam kemudian kacau.
3.Masukkan pula santan dan kacau hingga sebati dan menggelegak.
4.Tutup api dan hidangkan.