Selasa, 29 November 2011

APAM SNOW WHITE


Assalamualaikum...
Lama sudah saya tak buat apam yang sangat enak ni...Memang setanding kesedapannya.Selama ni saya suka makan apam resepi mak mertua, tapi belum pernah cuba resepi beliau.Sekali dapat resepi ni, memang sama diapunya rasa.Cuma bezanya mak mertua guna tapai nasi untuk buat ibu apam ni.Tapi yang ni lagi mudah saya rasa, blend je nasi yang segar2 kita masak tu...memang jimat masa lah.. 

APAM SNOW WHITE
resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : bdaria@jurnalresepi
Sumber:Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan

* 3 cawan tepung beras

* 1 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula pasir
* 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
* 2 cawan nasi
* 3 cawan air
* 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara

* Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar

* Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
* Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
* Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
* Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
* Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .

NOTA dari kak.bdaria:

* Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.


* Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.


* Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

 

Nasi Pandan Jagung

Assalamualaikum...
Mudah aje buat nasi ni.Saya gunakan bahan mentah yang ada kat dapur ni je.....Jom tengok resepinya.

Nasi Pandan Jagung
Resepi: Rohaisha

Bahan-bahan:

3 cawan beras}basuh dan toskan
1 tongkol jagung} dibersihkan dan disisir isinya
1/2 biji bawang besar} hiris
2 ulas bawang putih} hiris
2 sudu besar minyak sapi} utk menumis
1 cawan jus pandan= (5 helai daun pandan+secawan air)} 
                                 di kisar
2 helai pandan} simpul
4 cawan air (ikut kebiasaan individu/bergantung pd jenis 
                   beras)
3/4 cawan susu cair
Garam secukupnya
1 sudu kecil perisa pandan
pewarna hijau secukupnya


Cara:

1.Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih beserta bawang merah hingga layu.Masukkan beras dan jagung. Kacau.Kemudian masukkan susu cair, daun pandan , jus pandan, air, garam, perisa pandan dan pewarna.Kacau rata.
2.Tanak nasi hingga masak.




Memang sesuai sangat nasi ni digandingkan dengan Ayam Samba..Rasa lazat gitu.

Jumaat, 25 November 2011

BLACK BEAUTY CHOCHOLATE CAKE


Kek Sempena Aidil Adha..separuh daripadanya ditransfer ke kampung..

Bahan-bahan kek ni same ngan kek coklat kukus yg selalu saya buat,cuma versi yg ni dibakar dalam oven..sedap..tq kepada penyumbang resepi dan especially kak Yatie coz dapat resepi ni dari dapur basahnya.

BLACK  BEAUTY CHOCHOLATE CAKE
Sumber :Maklang
sumber :Yatie

Bahan A:
• 2 cwn tepung gandum/superfine
• ¾ cwn serbuk koko
• 2 sudu kecil soda bikarbonat
• 2 sudu kecil b.powder

Bahan B:
• 2 cwn gula castor
• 1 cwn susu cair
• 1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
• 1 cwn air panas suam
• 1 sudu besar coklat emulco
• 3 biji telur

Cara-Cara:
1. Ayak bhn A, ketepikan.
2. Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
3. Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
4. Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
5. Guna loyang 8x8

Topping mudah tapi sedap:

• 1/2 cwn serbuk koko
• 1 cwn gula
• 2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
• 1/2 cwn tpg jagung
• 2 sudu besar majerin/ butter

Cara- Cara:
1. Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Ternyata memang sedap rasa kek ni, my husband memang suka..Yang paling best ialah diapunya topping yang rasa kenyal-kenyal lembut macam puding..Saya bole explain kat sini ianya topping sihat sebab tak guna mentega yang banyak dan tak berminyak..
                                                                                     
mmmm,,,, yummy


Kek Sarang Semut


Salam ..Semoga sihat semua.Kek sarang semut ni lebih kepada jenis makanan tradisional.Biasanya warga emas macam  nenek dan ibu2 kita lebih gemar makan kek ni berbanding kek2 moden yang tumbuh macam cendawan kebelakangan ni..Kita tinjau dulu eikk resepinya...
 

KEK SARANG SEMUT
Sumber:SAJI

BAHAN-BAHAN:

5 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan air a cawan susu pekat
 1 cawan mentega
2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
1 sudu kecil perisa vanila


 CARA:

1-Masak gula pasir hingga kekuningan.Tuangkan air dan kacau rata untuk dijadikan gula hangus.Ketepikan.
2-Mentega diputar hingga lembut bersama susu dan esen vanila.
3-Pukul telur hingga kembang dan masukkan tepung dan serbuk soda bikarbonat.Kacau rata.
4-Akhir sekali masukkan mentega dan kacau rata.
5-Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak pada suhu 170 drjh celcius selama 45 minit.


Mungkin selain  sukatan resepi untuk kek yang telah saya buat ni, ada lagi sukatan2 berbeza mengikut citarasa individu di luar sana.InsyaAllah bolehlah saya try di lain masa pulak..Kek yang ada ni memang lembap sebab sukatan marjerinnya banyak dan tahan lama.



Onde-onde Keladi

Salam semua..
Biasanya jumpa kuih onde-onde time bulan puasa di bulan ramadhan..Tapi kalau kat kampung saya onde2 sememangnya ada dijual untuk di warung kopi.Onde-onde yang nak saya share ialah onde-onde keladi.Ada kelainan sikit pada rasa dan warnanya.




Onde-Onde Keladi
Resepi:Nor Shamimi (Majalah Rasa)

Bahan-bahan:

1 biji keladi sederhana besar }potong dadu & direbus empuk
200gm tepung pulut
1 ketul gula melaka }potong dadu
1/2 biji kelapa } parut
Garam secukup rasa
Pewarna ungu secukupnya
Air secukupnya

Cara memasak:

1-Lenyek keladi secukupnya dan digaul sebati dengan tepung pulut.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
2-Seterusnya masukkan pewarna ungu dan gaul rata.
3-Buat bebola kecil dan letakkan gula melaka ditengah-tengahnya.Tutup dengan kemas.Lakukan sehingga adunan habis.
4-Masukkan onde-onde ke dalam air rebusan yang telah mendidih.Angkat apabila terapung.
5-Golekkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan garam.




Apa-apa kuih kalau bertemakan warna purple memang nampak cantik je dipandang.Biasanya warna purple ni memang sininom dengan "keladi".Cakap pasal keladi, memang jadi kegilaan saya...Laaagi saya suka nak mencuba kalau ada bahan yang  bernama "keladi" ni...



Ha...yang ni pulak sebelum disalut kelapa parut, nampak botak je..Anak saya mmg suka kuih gula melaka yang hijau tu..tapi bila dah nampak yang warna purple macam ni, langsung dia tak nak..Dia mintak gak yang warna hijau.Kena gak beli kat bazar ramadhan.."Hari-hari" membeli kuih tu, ni bukan cerita palsu ..kenyataan tau.. Memang dia tak jemu.



Cara Berlauk


Salam...
Saya tak pernah buat cara berlauk.Buat ni time bulan puasa.Tapi memang sedap, sebab ada campuran ayam.Lagi2 kalau berbumbukan udang, lagi mantap diapunya rasa...Saya buat separuh adunan, itupun dapat dua loyang..Resepi ada kat bawah..meh jenguk2...


Cara Berlauk
Sumber: SAJI
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
5 cawan santan
3 biji telur
1 sudu kecil ladasulah
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam


BAHAN TABURAN:

*250gm daging kisar} gaul bersama serbuk rempah kurma
*2 sudu besar serbuk rempah kurma
*1 labu bawang besar}POTONG DADU
*sedikit garam

2 tangkai cili merah} HIRIS HALUS
3 tangkai daun sup} HIRIS

*bahan bertanda (*) ditumis bersama


CARA:
1-Daging kisar digaulkan rempah kurma.Kemudian tumiskan seketika dengan sedikit minyak.masukkan bawang besar.Gaulkan rata.Ketepikan dan dibiarkan sejuk seketika.
2-Satukan tepung gandum dengan santan.Pecahkan telur dan kacau rata hingga sebati.
3-Masukkan lada sulah,udang kering,minyak masak,serbuk kunyit dan garam.Gaul rata (nak kisar pun boleh).Ketepikan.
4-Ambil acuan, sapukan sedikit minyak.
5- Tuangkan tepung ke dalam acuan.Kemudian taburkan daging kisar diikuti bahan hiasan seperti hirisan cili merah dan daun sup.
6-Bakar  adunan dalam oven  pada suhu 17drjh Celcius lebih kurang 30 minit @ sehingga masak.
                                   Haa...pakai acuan tart boleh gak..ehe,,he..


                       Yang ni pulak pakai acuan kuih bakar..janji siap..


Khamis, 24 November 2011

APAM KENTANG

Salam semua,
Apam lagi....sedap!!! lembut n lemak..Walaupun apam saya ni tak merekah tapi stil enak dan gebu..

APAM KENTANG
Sumber resepi:majalah rasa

Bahan-bahan:

175 gm kentang dikukus, dilecek untuk dijadikan 150gm
200gm tepung beras
100gm tepung gandum
200gm gula pasir
1 sudu teh yis segera-1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garm halus
1/8 sudu teh pes pandan 
3 titis pewarna  hijau
Kelapa parut secukupnya
1 helai daun pandan {disimpul}
250ml santan 
175ml air kelapa
25ml air suji/air suam
 
 Cara menyediakan:

1-Renehkan gula pasir, air kelapa, air suji daun pandan dan  pes pandan sehingga mendidih dan menjadi 300ml.Biarkan suam.
2-Tuangkan  bahan reneh ke dalam adunan tepung beras dan kentang lecek yang telah digaul sebati..Kacau rata.
3-Apabila adunan telah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik dan garam halus.Sebatikan.Setelah itu masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau selama 10 minit dan sehingga adunan menjadi sebati.
4-Masukkan pula esen pandan dan pewarna hijau.Sebatikan dan rehatkan selama 40-50 minit. (Saya lebihkan masa untuk  rehatkan adunan ni sehingga 1 jam).
5-Seterusnya apabila adunan sudah siapp, tuangkan ke dalam acuan yang telah dikukus kosong selama 1 @ 2 minit.Apabila apam telah naik dan merekah, angkat dan sejukkan.Note:*saya sapukan minyak ke dalam acuan agar adunan tidak melekat kemudian baru kukus acuan lebih kurang 2 minit.

Saya dapat merasakan apam ni ada sedikit kelainan pada "rasa"...rugi kalau tak mencuba.Rasa lemak yang ada memang terbaikk..

Setakat ni pada saya Apam Kentanglah yang paling sedap berbanding apam-apam yang pernah saya buat...Lemak-lemak manis...itulah yang dapat digambarkan...

Teruja tengok gelembung2 udara pada apam kentang ni, memang naik cantik.Pekena pulak dengan kelapa parut..memang sedap..




Ikan Merah Santan Berlada

Salam...

Inilah salah satu resepi  yg kerap saya buat.Kuahnye tak pedas utk anak-anak nikmati. Lazat je rasanya...
 


Menu ni tercipta time saya masih bujang dulu..Baru lepas habis sekolahlah katakan,berhijrahlah ke bandar nak belajar cari duit poketlah kononnya.Duduk serumah dengan orang2 bujang, so masak kena ikut jadual...Itupun untuk sementara waktu je.Satu hari secara spontan tetiba je dapat idea untuk memasak kuah kepada ikan yang telah digoreng tu.Kuah yang dimaksudkannya tu cam ginilah resepinya...

IKAN MERAH SANTAN BERLADA
Resepi: Rohaisha


Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan merah/ kerisi  | goreng mcm biasa (garam + kunyit)
  • 6 tangkai cili merah | kisar
  • 4 ulas bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 labu bawang besar | hiris bulat/tabur
  • 2cm halia | kisar
  • 4-5 helai daun limau purut | tabur
  • Sedikit belacan
  • 200ml santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 biji tomato | belah empat
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis


Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
2.Masukkan santan dan air.Biarkan separa menggelegak.Kemudian masukkan ikan dan kacau rata.
3.Masukkan garam dan gula secukupnya diikuti tomato,daun limau purut dan taburan bawang yang hiris bulat..
4.Apabila benar-benar mendidih dan masak, matikan api.





Kalau banyak daun limau purutnya lagi sodapp..harumnya pun naik sekali ganda lagi..ehehe..Kat luar dapur saya tu memang ada tanam pokok limau purut.Bila nampak daun2 tu dah agak gemuk, memang resepi inilah yang saya bikin..Lazat untuk dinikmati tau..





Ikan Masak Kunyit

Ikan Masak Kunyit


Dari kecil sampai sekarang saya memang menggemari menu ni yang dah masuk dalam top list keluarga.Sebabnya masa kecik2 dulu mudah sangat nak dapatkan ikan duri ni..Apa taknya,apek naik basikal dah canang awal2 pagi:"Ikan Luli...Ikan Luli...."
Satu kampung dia promote ikan-ikannya.Freshhh pulak tu, murah.....dan yang berbaloinya kita takde susah payah nak ke pasar.Macammane nak bikin??? Senang je..Bahan-bahannya pun mudah je....

Ikan Masak Kunyit
Sumber :Rohaisha

Bahan-bahan:
4 bahagian ikan duri (ni jenis yg besar,klu yg kecik2 tu kena masak byk le gamaknye)
3 batang serai} dititik
3 ulas bawang merah} tumbuk
2 ulas bawang putih}tumbul
1 sudu kecil serbuk lada putih}tumbuk
3 inci halia} diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit bancuhan air asam jawa
Air secukupnya
Gula dan garam


Cara menyediakan:

1)Tumis bawang merah,bawang putih halia dan serai hingga kekuningan.
2)Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
3)Masukkkan ikan dan gaul rata.Kemudian masukkan air dan bancuhan asam jawa.Tutup seketika.
4)Perasakan dengan garam dan gula serta masukkan lada putih.Biarkan sehingga kuah agak pekat dan masak.Tutup api.





Sampailah saya berumahtangga saya tetap kekalkan tradisi bonda tercinta saya nie...Rupa-rupanya anak sulong saya gelisah kalau dah lama tak makan resepi neneknya nie..tapi alhamdulillah, ikan ni mudah nak dapatkan kat pasar malam..Yang bestnya kalau ikan2 ni bertelur...perrghhhh, sedapnyeee..


Rabu, 23 November 2011

Ikan siakap Kukus


Gambar dirakam pada bulan puasa yang lalu..Sesekali makan ikan siakap steam ni memang menyelerakan..Kena pulak dengan bahan-bahannya yang mencukupi, mmg tangkap selera... biasanya time bulan puasa kalau hidangan berbukanya makan kuih -muih, mmg tak berapa jalan nak jamah nasi lepas tu.Tapi bila hidang je dengan ikan ni, automatik perut yang kenyang pun akan jadi lapar..mmm... layannn..eehh, layan resepinya dulu la...

IKAN SIAKAP KUKUS
Sumber:Majalah SAJI
Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
1/2 biji  bawang holland} hiris
5ulas bawang merah} hiris
4 ulas bawang putih}hiris
3cm halia} hiris
2 batang serai} ketuk
2 sudun sos tiram
3 sudu kicap cair
1 tangkai cili besar} hiris
Hirisan lobak merah secukupnya } hiris
1 biji tomato} belah 4
1 Sudu kecil minyak bijan
Daun ketumbar secukupnya} hiris
50ml air @ lebih
Beberapa tangkai thin fungus
Garam dan gula secukupnya

Cara:

1.Gaulkan ikan bersama sos tiram dan garam.
2.Susun ikan bersama semua bahan-bahan yang ada.Taburkan daun ketumbar. Masukkan ke dalam periuk kukusan.
3.Kukus selama 20 minit.Hidangkan.



Untuk saya anak beranak, ikan seekor ni dah cukup dah...
 
Hmmm...time mengedit ni tetiba terliur pulak rasanya dengan Siakap Steam nie..InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah try resepi ikan kukus yang lain pulak...Penyediaannya taklah susah kan...

Udang Mustard Oat

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..Dah makan ke belum?  Saya baru je menikmati Udang Mustard Oat hasil idea sendiri.Bukannya nak cerita pasal terror masak ke apa...Cuma, bila check benda2 yang ada kat fridge dah mestilah kita akan tengok "expired date" barang yang kita simpan tu.Kekadang kita membeli sesuatu produk hanya digunakan untuk 1-2 jenis masakan.Lepas tu terperap lama.Mmmm...krim mustard saya ni akan luput tarikh pada hujung desember 2011 ni.Bila tengok bahan-bahan yang ada macam sesuai je dengan idea tu, apalagi...saya teruskan projek 'dapur basah ' sayalah...

Bila sentuh bab 'rasa' resepi udang ni, ianya seakan-akan rasa Udang Herba Mentega yang dah pernah saya buat dulu.Namun apa pun, kita check bahan-bahan mentahnya dulu..

UDANG MUSTARD OAT
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 450gm udang} di buang bucu ekor dan muncungnya
  • 1 biji bawang holland                   
    -separuh dihiris kecil & separuh lagi dihiris memanjang  untuk taburan  ketika udang separuh masak                     
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 2 sudu besar krim mustard
  • 2 sudu besar bijirin quaker oat
  • 150ml susu cair
  • 100ml yogurt plain
  • 1/2 biji cili benggala hijau} dihiris kecil
  • 1 sudu kecil thyme whole
  • 2 sudu besar planta} untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
 
Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga layu.Masukkan krim mustard, bijirin oat dan kacau,barulah dimasukkan pula susu cair dan yogurt.Biarkan ia mendidih seketika.

2.Apabila telah sekata, masukkanlah udang dan dikacau rata.Tutupkan kuali untuk beberapa ketika.Pastikan udang sudah separuh masak bolehlah dimasukkan pula hirisan bawang holland dan thyme whole.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kaup balikkan hingga sekata dan tutup api.

3.Ketika menghidang taburkanlah sedikit lagi serbuk thyme sebagai hiasan dan menambahkan lagi aroma hidangan.


Memang berselera anak-anak saya makan berlaukkan udang ni..sampai tak ingat orang belakang..he he..Kat sini saya nak tunjukkan krim mustard yang saya gunakan dalam masakan ni..Kalau letak banyak2 dalam masakan akan terasa sedikit pahit..So, sedang2 je lah kita membubuhnya dalam masakan kita..



Mmmm..bertambah seleralah kalau dihidangkan bersama nasi panas...memang lazat, terutamanya pada kuah mustard yang menyaluti udang2 tu..Kalau guna udang mahal mmg berbaloilah.Tapi time ni saya guna udang murah je..Bolehlah cuba kalau berkenan di hati..ehehhe..









    
                                                           
                                                             






MUFFIN KELADI COKLAT CHIP

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua.Cuaca hari ni tak berapa panas, gamaknya nak hujan kot...kita tunggu je lah ye..Hari ni nak share muffin keladi yang saya buat 3 hari lepas..Yummy..lembut tau muffinnya.
Kalau sesiapa yang obses dengan keladi macam saya memang pantang dengar resepi yang ada perkataan 'keladi'.Mesti terpanggil punyalah!! betul tak??O.k lah tak nak celoteh panjang2..saya sharekan resepinya di sini.Saya ambil dari mesra.net dan copy n page je di sini..Terima kasih kepada mamasya yang telah memanjangkan sumber respinya..Jomlah::::

Muffin Keladi Coklat Chip
Resepi:Anika Muffin (Aneka Roti)
Sumber: mamasya
Olahan:Rohaisha

Bahan-Bahan:
400 gm tepung gandum
350 ml minyak jagung(minyak masak pun boleh)-saya guna minyak masak
200 ml air suam
250 gm gula pasir
30 gm serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm susu tepung
3 biji telur
Bahan perisa: Coffee Emulco,Keladi,Pisang,Black Current
(saya guna 2 sudu kecil perisa & pewarna keladi)

*Coklat chip}secukupnya-(saya tambahkan item ini)
                      Saya masukkan coklat chip dalam adunan  
                      dan sebahagiannya untuk taburan.
*Badam hiris}taburan secukupnya-(saya tambahkan item ini)


Cara:
1-Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan.Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel.
2-Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolehlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang.
3-Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai dan diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan.

Cadangan Hidangan:
Muffin ini boleh ditambah dengan pelbaga perisa dan hiaslah atasnya mengikut kretiviti masing-masing.

Note:
Juadah ini sangat mudah di sediakan dan sedap rasanya tak perlu menggunakan mesin pemutar kek.
Saya memang terpikat dengan colour purple keladi ni...bukan tu je, harummmm je baunya.Muffin yang telah saya hasilkan ni saya bubuhkannya dengan coklat chip dan hirisan badam.Sudah tentu anak-anak saya terpikat nak menjamahnya..

Semenjak kebelakangan ni camera buat hal...setiap gambar yang di"candid" nampak kabur..maklumlah, camera biase je.Maybe nak kena hantar kedai juga gamaknya.Nak tahu gak apa sebabnya jadi camtu..Tengoklah pic2 saya, semuanya agak kabur je kan...O.k lah..berundur dululah ye... assalamualaikum. 

Isnin, 21 November 2011

MUFFIN AISKRIM CORNETTO

Assalamualaikum.....
Semoga hari ini dan seterusnya menjanjikan sebuah ketenangan untukku & sahabat semua.Kali ni saya nak kongsikan resepi aiskrim cornetto yang lembut strukturnya...Muffin ni dah lama saya buat.Time tu nk celebrate kecil-kecilan hari ulangtahun anak saya yang ke-3 dan yang telah mencecah usianya 3 tahun pada 20 Ogos 2011 yang lalu.Apalagi??Jom jenguk jap foto pendahuluan muffin ala-ala aiskrim cornetto ni.. 
Niat nak buat muffin ni memang dah lama..tp asyik tertunda2.. Lastly ambik keputusan membuatnya pada tarikh hari ulangtahun kelahiran Si Kecik saya ni, Ismail Harraz..Semoga bertambah berkat kehidupan anakanda ummie ni..

Untuk sahabat semua, bolehlah mencuba resepi yang eksklusif ni.Saya dapatkan sumbernya dari kak Ayu Jalinan Rasa, tq kak...Terima kasih juga buat rakan FB; Rohaimi Ahmad yang sudi share resepi muffin yang lembut ini.Jengahlah resepinya di bawah tu ye.Saya telah olah sedikit pada sebahagian kecil susunan ayat dalam resepi ini.

MUFFIN AISKRIM CORNETTO

Bahan Untuk Muffin:
50gm mentega
100gm gula halus
200gm tepung gandum
2 biji telur | gred A
2 sudu besar serbuk koko
Hujung kfc soda bikarbonat
1/2 sudu kfc baking powder
1 sudu kecil esen vanila
50ml air

Cara-cara: (guna mixer)
A:
Pukul gula dan mentega sehingga kembang
Masukkan telur (kacau lama sedikit)
Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, esen vanila (kacau sehingga sebati)
Masukkan serbuk koko, kacau.
Masukkan air, kacau.

B:
Masukkan adunan ke dalam kon tersebut setengah sahaja, takut adunan akan mengembang nanti.
Sediakan periuk kukusan, apabila sudah panas kukuslah selama 15 minit.

C:
Angkat dan keluarkan.Rehatkan seketika di luar.Tanggalkan balutan kertas pada kon tersebut dengan perlahan-lahan, supaya hujungnya tidak patah.

D:
Apabila telah sejuk, sapukan aising/krim pada permukaannya, kemudian ditaburi dengan coklat urai secukupnya.
Siap!!

Dibawah ni merupakan resepi krim oleh kak Rohaimi juga,tetapi telah diubahsuai sukatannya oleh kak Ayu Jalinan Rasa sebagai rujukan di masa akan datang.

Bahan Untuk Aising/Krim:
3 sudu besar marjerin* (saya tak guna)
3 sudu besar shortening* (saya tak guna)
3-3 1/2 sudu besar gula aising
1/2 sudu kecil esen vanila
*Saya tidak menggunakan bahan-bahan di atas (*), tetapi saya tukarkannya dengan krimwell.
Coklat rice untuk taburan di atas krim


Cara-cara:
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan gebu.

Nota AMY:
Boleh simpan dalam peti ais untuk mengeraskan aisingnya (macam kek birthday juga rasanya)



Kelazatan muffin aiskrim ni memang terbukti. Saya salutkannya dengan topping krimwell.Memang sedap...Belum habis menyalut topping, Si Kecil saya dah rasmikan dulu...Time ni bulan puasa, x dapatlah nak 'cuba-cuba' rasa.Seronok dan teruja gak bila Si Kecil ni menemankan sambil kacau2 saya siapkan salutan topping pada corong muffin..Nah,,, tengok aksi Si Cilik nie..