Selasa, 21 Oktober 2014

OPOR AYAM



Assalamualaikum..
Tuan rumah ni baru nk post menu hari raya tempohari..hehehh..Dibuat pada 30 ramadhan di rumah Ayahanda n arwah Bonda.Yang pastinya, paling terasa suasana agak berbeza pada syawal tahun ni berbanding setiap kali hari raya ialah ketiadaan Bonda di sisi.Selalunya arwahlah insan yang paling sibuk di dapur bila menjelmanya syawal untuk membuat persediaan masak memasak sambil dibantu anak2 yang ada.
Menyelongkar resepi di dapur Melley/ Diana, semata2 mencari resepi OPOR untuk dijadikan menu istimewa di pagi syawal yang lalu.Tak lain tak bukan untuk memeriahkan suasana dipagi raya, terutama buat Ayahnda yang telah kehilangan insan tersayang dalam hidupnya...dan pastinya selepas ini tak ada lagi santapan hasil air tangan arwah Bonda untuk dijamah.Walaupun insan seusia beliau sudah kurang gemarnya untuk makan berasaskan ayam, sekurang2nya dapat mengubati kesedihan di hati Ayahanda kerana masih ada anak memantu yang boleh menyediakan hidangan hari raya walaupun ketiadaan arwah Bonda.Sedap tak sedap, belakang kira...kan...
Anak Dara sunti saya berulang2 menyatakan masakan opor ni lebih sedap berbanding rendang...saya pun setuju, tak tahu sebab apa, memang sedap.Mungkin ada aroma serbuk buah pala kot.Lepas ni bolehlah dibuat menu ulangan.Kalau nak tahu, tinggal ni je lah ayam yang berbaki ketika mana gambar hendak diambil...sebab dok sibuk, sampai lupa nak ambik gambar.Jadilah sebagai bukti kan..hihiii
OPOR AYAM
Resepi Asal: OPOR DAGING (Chef Hanieliza)                                                     (Buku Resipi 50 Hidangan Penambat Selera)

Bahan
500 gm daging, dihiris kecil (saya gantikan ayam)
1 biji kelapa (2 cawan santan)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan A (di gaul rata)
3 sudu makan rempah daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan B (tumisan)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih

Bahan C (dikisar)
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai

Cara
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.
2.Masukkan bahan C dan bahan A.Kacau rata.
3.Masukkan daging/ ayam dan kacau rata sehingga nampak pecah minyak.
4.Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api sederhana kecil sehingga mendidih dan daging/ ayam lembut.
5.Masukkan gula merah, garam, asam gelugor dan kerisik.Kacau dan biarkan pecah minyak dan pekat.
6.Sedia untuk dihidang.











5 ulasan :

Amie berkata...

Sayu je baca coretan Rohah tentang suasana raya... saya pun setuju opor lebih enak, sebab pertama kali mencicipi opor aku terus jatuh cinta!

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) berkata...

x pernah rasa lg opor ni...
maaf ye kalau komen ni agak kejakunan sikit...
hihiii...

Fadzillah berkata...

Saya pun tak pernah rasa lagi opor ayam ni. Nampaknya pun dah tahu memang sedap.....teringin lah nak cuba.

Gee® berkata...

Opor di Pahang warnanya gelap dan hitam sikit... teringin nk mencuba opor yg ini pulak... nmpk mengguda...!

kim_possible76 berkata...

Maaf, boleh saya tanya rempah daging di Bahagian A tu rempah Kari atau rempah Beriani?