Assalamualaikum...
Tengok kepada bahan dan adunan, saya dah jangka rasa kuih lepat ni macam Getuk Pisang yang biasa nenek dan arwah mak pernah buat dulu2 kala.Cuma bezanya kuih kak CT ni dibungkus dalam daun pisang kemudian baru dikukus.Berbeza dengan Getuk Pisang, bahan seperti pisang tanduk direbus dahulu, barulah dilenyek dan diurap dengan kelapa parut dan gula, kemudian ditekan-tekan dalam loyang.Seterusnya bolehlah dihiris dan dihidang.Diapunya rasa memang sama, cuma penyediaannya ada sedikit perbezaan.
Sedap kuih lepat ni, sebab kelapa parut telah digaul sekali dengan pisang tu, kenyal2 lemak dalam mulut..Mengenyangkan sebab isipadu pisang yang padat dan tidak menggunakan tepung yang banyak...Tq Kak CT kerana berkongi resepi.
KUIH LEPAT PISANG
Resepi; Che CT
Bahan-bahan
2 batang pisang tanduk, lecek halus
5 sudu besar gula pasir
1/3 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut putih
Secubit garamn
Daun pisang secukupnya-dilayurkan dahulu [saya tak layur]
Cara-cara
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk dan digaul adunan hingga rata.
2.Sudukan anggaran 3-4 sudu besar adunan di atas daun pisang yang sudah dilayur.Lipat dengan kemas dan susun dalam periuk kukus.
3.Kukus kuih dalam anggaran15 minit.Selamat mencuba.
3 ulasan :
Salam kak rohah.. sedap! tp kuih2 tradisi mcm nih, adik2 tun ni slow sket mknnyer...
Kangen arek mangan lepet pisang... mbiyen cilik angger emak gawe ge sarapan, rebutan... enteng sak kendil!
salam rohah, kak ruby tak jemu mkn lepat pisang, mmang suka sngt....
Catat Ulasan