Ahad, 5 Januari 2014

2 MINGGU SUDAH....

Assalamualaikum...
Genap 2 minggu Irsyad di asrama, bermakna 2 minggu juga kami sekeluarga merasa agak sunyi selama ketiadaan si abang kat rumah...Apa taknye, sebelum ni terasa anak semua cukup depan mata, tapi bila dah keluar rumah seorang, terasa kurang  je rasa...

Selama ni saya hanya mendengar suara hati ibu2 di luar sana yang merasa sunyi dan rindu bila berjauhan dengan anak, tapi kali ini giliran saya pula....Sudah tiba masanya, namun melangkahnya anak2 kita adalah dengan niat yang besar iaitu bermujahadah menuntut ilmu...Mudah-mudahan Allah sentiasa permudahkan urusan anak-anak kita.Sebagai ibu, harapannnya agar kita sentiasa berlapang dada dan mendoakan yang terbaik buat mereka. 
 Bersama rakan sebiliknya

Alhamdulillah seminggu yang lalu kami berkesempatan melawatnya di asrama, di raut wajahnya kelihatan tenang dan ceria..Berkesempatan berbual bertanya situasi baru yang dilaluinya, alhamdulillah jawapannya bersahaja,..'ok je..'



 Tengok kami makan je,sbb dah kenyang makan di asrama..

Semua pic kat bawah tu adalah pic di hari pertama selepas sesi pendaftaran, di mana pada sebelah malamnya bermulalah minggu orientasi selama seminggu.Bermulalah satu situasi yang baru dalam hidupnya.Doa ummi sentiasa mengiringi agar irsyad dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan persekitaran yang ada sekarang.Semoga Allah sentiasa permudahkan..Aamiin...
Baru selesai mendaftar dan urusan penempatan tingkatan 1/2014

Siap pasangkan cadar..

 6.00 ptg;Melangkah masuk ke dewan untuk sesi taklimat ringkas dari senior..


Makan dalam dulang...biasanya kalau kat rumah pun kami akan makan ''Nasi Ambeng'' pasar malam dengan dulang macam ni...seronok...


Time ni semua senyap membisu, sebab masing2 tak mengenali lagii...

 Wassalam...




11 ulasan :

asyifamustaffa berkata...

Kak...sekolah mna ni....? Sejuk mata memandang kak....

Insyallah...pasti Irsyad belajar rajin2 tu kak...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Rohah... rupanya anak kita sebaya ya.. sejuk jer mata tengok Irsyad ni. InsyaAllah, kalu tengok gayanya cepatlah nanti dia menyesuaikan diri. Belajar rajin2 ya Irsyad..

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah.
Wahhh..Irsyad dah masuk asrama ye.. Naik jer rupa anak rohah ni. InsyaAllah..berjaya Irsyad satu masa nanti. Selamat belajar ye Irsyad..

ps:Teringat kenangan makan nasi dalam dulang/talam masa belajar kat IPT dulu..oh..kenangan indah..

Unknown berkata...

salam Rohah, semoga Irsyad menjadi anak soleh berbakti utk negara dan agama, suka akak tngok kecik2 dah ada disiplin macam ni..

kak ruby berkata...

Assalammualaikum dan slmt thn baru juga Rohah, seronok kak ruby tengok sekolah Irsyad....slmt belajar buat anak Rohah, semoga Irsyad berjaya.

izahdaut berkata...

anak lelaki tabah sikit kan. maknya yg hiba tengok. heheh...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam rohah...
sejuk mata memandang tengok anak bujang rohah ni.. moga dipermudahkan ia untuk menuntut ilmu... amin..

p/s: boleh tau sekolah ni kat mana ye? sekolah tahfiz ke? email akak ye.. ratna@zagro.com
TQ rohah..

Mel berkata...

Mesti seronok anak dapat masuk asrama. Moga mudah jalan dan urusan anak kak rohah mencari ilmu.amin

fazianbatrisyia berkata...

Sejuk mata memandang tgk penampilan macam ni. Semoga berjaya dunia akhirat...

Sekolah kat mana tu kak Rohah?

Fizalgk berkata...

Salam K.Rohah...sama dengan anak saya disini pun masuk asrama tingkatan 1. Rindunya...maklumlah tak pernah berenggang. Tapi, sebagai ibu kita doakan yg terbaik utk mereka.

zila norazila berkata...

Rohahh akk plk tringt time duk asrama dulu..moga irsyd brjaya dunia akhirat.