Sabtu, 30 November 2013

KREP VICO


Assalamualaikum..
Krep Vico permintaan anak-anak..Memang dah lama tak mengkrep pun iye, rasa rindu pulak nak makan..Jamu mata lah ye...

KREP VICO
Resepi Asal;Adaptasi dari Krep Mangga
Oleh;Wendy Kor

Bahan-bahan Untuk Krepe [menghasilkan 24 keping krepe]
100 gm tepung [saya guna tepung gandum]
25 gm tepung kastad
10 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi kentang
2 biji telur
60 gm gula [saya guna gula halus]
100 gm susu cair
250 gm air
10 gm minyak/ mentega cair

Cara Membuat Krepe
1.Ayak semua tepung dalam mangkuk besar.Kemudian masukkan gula, telur , susu cair dan kacau dengan menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
2.Campurkan air, minyak dan gaul hingga sebati.Tapiskan adunan sekiranya adunan berketul.
3.Panaskan kuali pada api sederhana dan sapukan minyak atau mentega.
4.Tuangkan satu senduk adunan ke dalam kuali.Putarkan kuali dengan membentuk krepe yang bulat dan nipis.Setelah masak biarkan sejuk.

Bahan Untuk Inti
300 gm krim putar
Serbuk Vico/Milo secukupnya

Cara Membuat Inti
1.Pukul krim putar sehingga kembang.
2.Sudukan krim putar di tengah-tengah krep.Bubuh serbuk Vico/ Milo secukupnya.Sudukan lagi krim putar untuk menutup serbuk vico tadi.Lipat kedua-dua tepi krep dan gulungkan dengan kemas.






8 ulasan :

asyifamustaffa berkata...

Iya la kak...sy pun lama x buat crepe...mcm nak buat je nnti ni...

ummiaisyah berkata...

ni kalo anak2 sy dpt...mmg menjilat jari la kan..makdepa yg maleh nk buat.

cheq da berkata...

Sedap ker ni akak..pernah bt durian jea sekali

Tanpa Nama berkata...

sedap nmpknya roha...

ady berkata...

salam
petang2 mcm ni mkn KREP VICO mmg terbaikkk

Tanpa Nama berkata...

Adui sedapnya

Jujurnya tak penah buat crepe tp penah lah mkn, tah bilalah rajin nak buat sendiri

zila norazila berkata...

Akk pun rindu plk nk mkn crepe..sdopp ne rohah

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam rohah
ha kan rindu jg nak makan crepe he hee kalu oreo/vico memang sedapp