Assalamualaikum
Salam jumaat semua, hari yang penuh keberkatan..Cerita lauk pagi ni, manalah tahu ada yang teringin nak masak kari hari ni, bolehlah terus pick-up..
TQ buat penyumbang2 resepi atas resepi yang sangat sedap ni..Saya dapatkan sumbernya dari Kak Yatie.Mula2 baca memang rasa sedikit hairan sebab tak tulis pun serbuk kari dalam bahan-bahan utamanya, tapi kat tajuknya ada pulak tertera perkataan ''kari''.Lantas teruja nak mencuba sebab nak rasa kari hasil resepi Chef Wan ni.
Ternyata hasilnya tak mengecewakan, tak lari rasa dia dari tajuk asalnya,''kari''..Kalau macam ni, bila stock serbuk kari habis, bolehlah pakai resepi ni..Asalkan bahan asasnya mencukupi..
KARI IKAN GAYA GOA
Resepi;Chef Wan
Bahan-bahan;
600 gm ikan tenggiri [saya guna bawal emas]
3 biji tomato, dikisar halus
3 biji cili hijau [saya guna cili merah]
3 camca besar serbuk ketumbar, dikisar halus
3 camca besar serbuk jintan putih, dikisar halus
2 camca teh serbuk kunyit, dikisar halus
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar
500 ml santan
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya;
1.Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
2.Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
3.Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata.Bila mendidih masukkan ikan dan jus asam jawa.Kacau perlahan.Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
4.Masukkan tomato dan masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api.Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata.
6 ulasan :
Bestnya
Tapi bahan kena cukup ye baru jadi, chef wan punya resepi guna bahan byk sangat tp biasanya sedap
baru ingat nak masak tenggiri tapi tak tau nak masak ape. Last2 kuarkan ayam je tuk tgri nanti. Bolehlah buat esok ni, nampak sedap. Pekat btl kuahnya.
mmng sedap kari ikan gaya GOA ni Rohah, Yatie bnyk kali guna resepi ni...mmng best...nmpk pekat kuah kari tu...sedapnya...
Assalam Rohah
Sedapnya, akak jarang masak kari tp kalu kat kg tu rajin sb ayah akak suka mkn pastu esknya buat roti canai atau lempeng blh cicah he hee
Lamanya kak ina tak masak kari ikan..asik masak kari ayam aje..he he...
Sedapnya akak tengok Rohah... boleh dicuba ni ;-
Catat Ulasan