Kredit; manchuping.blogspot.com
Source;http://www.darussyifa.org/
Assalamualaikum...
Selama 7 hari saya mengalami demam diikuti sakit kepala dan pening berterusan.Telah dirujuk di hospital dengan membuat ujian darah dan doktor mengesyaki saya mengalami demam denggi.Namun tidak ditahan di wad kerana bacaan platlet saya masih kategori stabil, tetapi perlu berulang alik ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat ujian darah ulangan bagi memastikan tahap bacaan platlet saya bertambah ok atau tidak.Semalam hari last saya membuat ujian darah, namun doktor yang memeriksa saya menafikan pula saya mengalami tanda2 demam denggi kerana darah putih saya pula bertambah.Mungkin disebabkan jangkitan virus dalam badan.Bertambah tak tenang pulak rasanya hati saya.Walaupun demam dah stabil, tetapi gejala pening, sakit kepala dan lemah badan masih dirasai sesekali.Nasihat doktor yang bertugas supaya saya banyak minum air kosong..Doakan saya terus pulih..Jumpa lagi, insyaALLAH..
10 ulasan :
Syafakillah Rohah.... semoga cepat sembuh...
Cuba makan sup ketam dan buah kiwi hijau atau buah delima utk tingkat darah merah tu... akak dulu masa kena denggi mcm tu bila check darah putih pulak tinggi...
Jaga kesihatan ye Rohah, bnykkan rihat dan ikut nasihat doktor.
alahai....lama tu...agak bahaya juga denggi tu...tp syukur la...x tinggi sngt kan bacaannya....
moga cepat sihat kak....jgn lupa mkn ubat..
moga Rohah cepat pulih dgn izin Allah swt...amiiin!
Salam, Rohah. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Rohah, bersabar ya...
Semoga kakak cepat sembuh. Sakit ini ujianNya & sembuh itu juga datang daripadaNya. Yg penting ada usaha mencari ubatnya. Sabar & redha pasti ada hikmah & ganjaran.
assalam Rohah
moga cepat sembuh ye
dulu akak penah camtu tp tak admit sb ank masih kecil so ulangalik ambil darah dan dok suh minum 100plus byk
Aslmkum Roha
beberapa hari tak singgah....baru tahu Roha tak sihat. ikut nasihat doktor dan mkn ubat. moga Roha cepat semboh dan sabar dg ujian sakit.
Harap kak Rohah cepat sembuh. Mungkin cuaca panas/ jerebu menyebabkan demam/ sakit kepala. Saya selalu beli ubat herbal kat sinseh untuk mengurangkan panas badan/ sakit kepala.
Apa khabar dik? Semoga cepat sembuh dan aktif kembali.
Catat Ulasan