Isnin, 15 April 2013

MERAH BERSERI SI AKAR DANI


Assalamualaikum..
Bertemu lagi alhamdulillah.Hari ni bersiaran langsung dengan tanaman yang bisa menyejukkan pandangan mata.N3 sebelum ni SINI mencoretkan bunga Akar Dani saya yang baru belajar berputik setahun yang lalu.Itupun setelah setahun saya menanam pokoknya yang mana saya ambil anak pokok tersebut dari rumah bonda di kampung.Pertumbuhannya agak lambat dan terasa lama untuk menanti bunganya merimbun pula.

Cantik dijadikan sebagai pohon gerbang jika mahu, tapi saya ketepikan niat itu sebab dedaun kering yang bakal berguguran tidak sanggup untuk saya bersihkannya.Saya hanya mencantas jika untaian dahannya sudah terlalu panjang.Bolehlah baca info mengenai Pokok Akar Dani ni yang menghasilkan bunga yang cantik dan mengeluarkan keharuman yang mengasyikkan.

MERAH BERSERI SI AKAR DANI 
Sumber:Wikipedia (POKOK AKAR DANI)


Pokok Akar Dani merupakan penjalar Asia yang memiliki rumpun-rumpun bunga merah yang menarik.Boleh didapati di belukar atau hutan sekunder Filiphina, India dan Malaysia serta di banyak kawasan lain di dunia, baik sebagai pokok hiasan yang ditanam mahupun sebagai pokok liar.Nama botaninya ialag Quisqualis yang membawa pengertian sebagai "Apakah itu?" dalam bahasa Latin.

Pokok ini dikategorikan sebagai pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya.Antara ciri-cirinya ialah:

1.Daunnya berbentuk elips dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat.Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan.
2.Bunganya wangi dan berbentuik tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah.
3.Buahnya 30-35 milimeter panjangnya, dan rasanya seakan-akan buah badam apabila matang.Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara.Buah ini disebarkan melalui air.Pokok ini juga dikenali sebagai "Drunken Sailor".

Kegunaannya boleh dikhususkan untuk dijadikan perubatan tradisional.Rebusan akar, biji atau buahnya boleh digunakan sebagai antihelmintik serta juga mengurangkan cirit birit.Rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam.Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dan lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.

16 ulasan :

JaSSNaNi berkata...

canteknye bunga dia...
memang berseri2 lah...
kegunaannya pun baik.. mmg tak rugi kalau tanamnya kan.. leh jadi ubat.. secara tak langsung penyeri laman..

Kak Nik Ja berkata...

oooh itu ke nama dia...selalu akak dok tengok kat rumah jiran berbangsa india..tq share info..suburnya pokok rohah tu yek!

Tanpa Nama berkata...

Cantiknya, untunglah ada tempat nak tanam

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. cantik sgt bunga dia..

kak ruby berkata...

cntik nyer Rohah....kak ruby suka lah......

Amie berkata...

Sukanya saya kalau dapat tanam pokok bunga yang keluarkan bunga yang catik dan wangi baunya... tapi mikir rongkalilah angger godong garinge akeh banget he he ehh.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Canteknya... geram pulak tengok ;-)

Mamasya berkata...

Aslmkkum Roha
cantik bunga itu....ada dwi warna lagi...mmg menyerikan laman rumah.

Unknown berkata...

kat rumah akak banyak orkid je yg ni tak de lah cantik kan boleh jugk ni di tanam

Cheq Sue berkata...

cantiknya bunga tu...nama pun unik

Ayu berkata...

cantik pokok bunga akar dani ya roha..
akak baru ni lah firts time tengok..selalu tengok yang semuanya merah aje tu..yang ni ada 2 warna pulak ya..

Mori Said berkata...

Asalamualaikum Rohah... femes bunga nie yer.... umah mori pun tanam juga... bila musim hujan menjadi jadi bunga nya... dan bila waktu malam harum semerbak...

Chah berkata...

Sejuk aje pandangan bila dikelilingi munger2....susah x nak jaga?

Suzana Ibrahim berkata...

bunga kesukaan saya!mengusik kalbu...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

cantiknyerrrr... kita pun suka tgk pokok ni.... tp tak tau pula apa namanya... tp mmg sukalah! ada sejenis lagi seakan2 ini juga warnanya.. tp bentuknya lain sikit.. pun cantik juga.. kdg2 tumbuh liar je pada pagar2...

Unknown berkata...

Salam.... teruja saya dgn akar dani...bagaimana saya boleh mendapatkan benih nya di kawasan utara iaitu di alor setar?

tq

fns37@yahoo.com