Jumaat, 22 Mac 2013

BAK CHOY BERSOS TIRAM

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat bagi penghulu segala hari...Terasa singkat dan pantas rasanya masa yang kita lalui...Rasanya baru je melalui jumaat minggu yang lalu, tahu2 dah menjengah jumaat lagi..Astaghfirullah, subhanallah..

Sesungguhnya dah lama tak jamah bak choy..seriesss!!..Tapi dek teringat resepi ala2 chinese ni, teringin lah pulak nak makan..Bergegas ke Tesco nak cari baby bak choy, tapi tak ada.Sebaliknya hanya ada bak choy yang gumok gedempol batangnya..Sauk je, asalkan boleh dimasak.Nak cari tempat lain, kalau ia compem ada!..macam tu lah biasanya kalau cari barang..

Resepi mudah je, kita suka dengan kuahnya yang ala2 pekat tu dan rasa sos tiram.Makan dengan nasi yang masih panas2..memang syok sekejap..hehee..Ratah macam tu pun sedap..
BAK CHOY BERSOS TIRAM
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
6 pohon bak choy | buang sikit hujung batangnya, celur
3 ulas bawang putih | cincang halus
10 gm udang kering | rendam sekejap dengan air panas
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu kecil kicap pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Sedikit minyak bijan
Garam 
Sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Didihkan air dalam periuk bersama sedikit garam, celur bak choy dan toskan.
2.Untuk Kuah:Panaskan minyak, tumiskan bawang putih cincang hingga beraroma.Masukkan udang kering, kacau rata.
2.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan kacau.
3.Tuangkan air dan biarkan mendidih.Titiskan sedikit minyak bijan agar naik aromanya.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga mereneh sekejap.Perisakan dengan garam jika masinnya belum mencukupi.Masukkan sedikit gula (sikit je) agar seimbang rasanya.
5.Susun bak choy dalam pinggan dan siramkan kuah ke atasnya.Hidangkan.

9 ulasan :

Mori Said berkata...

Salam jumaat rohah.... mmg skrg nie masa cepat betul berlalu yer... bakchoy tu maveles betul laa...

Marsita Yahya berkata...

salam Rohah...kita pun suka Bak Soi masak cam ni...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sedap ni rohah.. akak pun suka jugak. anak yg sulung paling suka bok choy masak style gini... siap dia belajar buat sendiri sbb suka sgt.. hehe... jd kalau ada sayur bok choy.. dia rasa nk mkn style gini.. akak biar je dia buat sendiri.. tp now dah dok asrama takde la dia nak tolong kat dapur lagi.. hee..

Tanpa Nama berkata...

ok petang karang nak carik bak choy jugaklah, dah 2 3 kali nampak menu bak choy ni, teringin pulak nak try

Shiela berkata...

Sayir peberet akak ni.. Mmg selalu akan masak camni gak.. Sedap kan Rohah..

rahel berkata...

Memang sedap sayur ni...selalu order kalau pegi kdi makan...hehe

suryabil berkata...

kesukaan ku.....lama x buat..:-)

ady berkata...

as-salam
simple, easy and delicious...

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. mmg cepat betul masa berlalu. pejam celik pejam celik dh akhir bulan 3 thn nih.. xterkejar nk buat mcm2. huhu
sedap bak choi nih. ni antara sayur yg paling tun suka makan.