Ahad, 17 Mac 2013

AYAM AROMA SELASIH


Assalamualaikum..
Selamat malam..Alhamdulillah dapat bersua lagi malam ni.Bersiaran dengan hidangan lauk pula.

Terhasilnya resepi ini kerana masih berbaki lagi stock daun selasih yang dibeli tempohari.Resepinya simple dan mudah sahaja, di samping menggunakan bahan- bahan yang sedia ada di dapur ketika itu.Hasil dan rasanya seakan-akan rendang, dan dibayang2kan enak jikalau di makan dengan pulut.Bolehlah lintas langsung resepinya di bawah.

AYAM AROMA SELASIH
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
500 gm ayam
1 labu bawang besar | hiris
5 helai daun limau purut | hiris
3 tangkai daun selasih | ambil daunnya
Sedikit air
Sedikit bancuhan air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak


Bahan kisar:
3 ulas bawang putih 
3 biji buah keras
2 cm halia
2 inci lengkuas
5 tangkai cili api (lebihkan jika mahu pedas)
1 tangkai cili besar hijau 
6 tangkai daun selasih | ambil daunnya sahaja

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar dan bahan kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ayam, kacau rata.Tuangkan sedikit air.Biarkan mereneh.
3.Setelah ayam kelihatan hampir masak, masukkan bancuhan air asam jawa, hirisan daun limau purut beserta helaian daun selasih.Biarkan seketika.
4.Perisakan dengan garam dan gula.
5.Matikan api.


10 ulasan :

Unknown berkata...

memang wangi bangat ayam ni kan Rohah selasih banyak kat luar tu boleh lah akak try esuk lusa mesti sedap ni kasi cili padi banyak2 haha

ady berkata...

as -salam
wahh mesti wangi ayam tu kan..npk berselera..

Yatie berkata...

tngk bahan2 pun dah tau sedap ni..nak kena cari daun selasih dululah....nnti leh cuba resepi ni ...tq Rohah..

Melly Octaviana berkata...

pasti sedap dan wangi yah ayam tuh.. enak sekali di makan dengan nasi hangat.. slurrp

rahel berkata...

Bila la dapat merasa masakan Kak Rohah ni....ermmm tahan jer la...

CT Delima berkata...

As'salam Rohah, kak ct punya daun selasih pun ada berbaki lagi, sedap tengok bolehlah cuba resipi ni nanti :)

Azie Kitchen berkata...

Aduh tengok gambar pun dah meleleh. dah terasa rasa mengunyah dg nasi impit ni

Amie berkata...

Memang cukup membangkitkan selera! Enak eh lah Rohah....kemecer jadinya aku!

tun_telani berkata...

Slm kak rohah.. tun kan, biji selasih je tau, daun selasih xkenal rupa pun. kui kui

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

nampak sedap pulak lauk ni rohah.. menyelerakan...