Isnin, 14 Januari 2013

TAUHU MAMBO



Assalamualaikum...
Hari ni berkongsi menu kudapan iaitu bebola atau senang nak diistilahkan sebagai jemput2 tauhu..Mungkin tak semua orang gemar makan tauhu, tapi sebagaimana yang kita tahu, tauhu mempunyai banyak khasiat sebagai penyumbang protein untuk tubuh kita.


Pertama kali juga saya cuba membuat bebola tauhu ni walaupun dah jumpa beberapa resepi yang lebih kurang sama untuk dicuba.Biasanya kita buat tauhu ni sebagai menu Tauhu Sumbat ataupun dicampurkan dalam rojak.Itupun dah cukup sedapkan.Jadi apa kata kita cuba resepi ni, ternyata enak dibuat kudapan waktu minum sore selain ianya menyihatkan..

TAUHU MAMBO
Resepi:Majalah SEDAP

Bahan-bahan:
2 ketul tauhu | dilecek halus
2 tangkai daun bawang | hiris halus (saya gantikan dgn daun sup)
2 biji telur | pukul ringan 
1 biji tomato | buang biji, cincang halus
1 sudu besar tepung ubi (resepi asal tak ada)
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah

Cara membuatnya:
1.Campurkan tauhu, bahan kisar, daun bawang dan tomato.Kacau rata.
2.Masukkan telur, tepung ubi dan kacau rata.
3.Ambil sedikit adunan (Perahkan sedikit).Bentukkan bulat.
4.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atasapi sederhana sehingga masak.

 *saya masukkan tepung ubi ke dalam adunan supaya mudah bebola tauhu dibentuk/ tidak terlerai semasa proses menggoreng.Jangan lupa juga memerah adunan untuk mengeluarkan lebihan kandungan air sebelum dibentuk bebola.

9 ulasan :

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Rohah..

Akak peminat tauhu.. kalau dah mambo macam ni mestilah lagi bnyk akak makan, kena buat triple adunan ni, hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

nampak sedaplah rohah... berselera pulak tengok.. kalau dah jadi jemput2 mcm ni... mesti anak2 suka... silap2 kena gandakan beberapa kali resepi tu barulah cukup utk sekeluarga... hehe...

hazila berkata...

Memang betul tu, tauhu memang bagus tapi kadang kala tak tahu nak masak apa.

Norzie hany berkata...

Akak pun minat makan tauhu....nampak sedap la Rohah.

Unknown berkata...

cantik dan pastinya sedap ni Rohah, akak pun nk simpan resepi ni bekenann lah

Amie berkata...

Nampak menyelerakan tahu tu Rohah... tentu anak-anak suka kalau buat bebola begini!

Qasey Honey berkata...

QH suka sgt mkn tauhu..nmpk mcm senang resepi ni...leh la try nti...nmpk sedap

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
tauhu buat bebola mcm best jek, rajinlah rohah ni

Shiela berkata...

hmm.. nampak sedaplah Rohah.. boleh cuba ni..