Rabu, 14 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRAH, DOA AKHIR TAHUN HIJRIAH DAN AWAL TAHUN HIJRIAH:1433/ 1434H

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRAH,
DOA AKHIR TAHUN HIJRIAH DAN AWAL TAHUN HIJRIAH:1433/ 1434H

Rujukan 1:Surah Yasin
Rujukan 2:Sitik
Assalamualaikum...
Salam mahabbah, Selamat menyambut tahun baru Hijrah dan salam ceria.Hari ini telah masuk tanggal 29 Zulhijjah merupakan akhir tahun hijrah bagi tahun 1433H yang jatuh pada 14 November 2012 (Rabu).Untuk tahun baru hijrahnya pula iaitu 1 Muharram 1434H telah jatuh pada 15 November bersamaan hari Khamis.

Kaifiat membaca kedua2 doa ini agar segala amal perbuatan yang telah kita lakukan pada tahun sebelum ini mendapat keredhaan dan pengampunan dariNya.Di samping datangnya tahun baru Hijrah kita juga bermohon agar mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan syaitan yang direjam.Amin Ya Rabbal Aa'lamin...
Untuk pic doa ini saya share dari Sitik' s Blog, terima kasih atas perkongsian ilmunya.Minta halal dari akak untuk dikongsi di sini pula ya..

Doa Akhir Tahun
Dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib (akhir waktu asar)

Sumber:Sitik

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Dibaca selepas daripada menyempurnakan solat fardhu maghrib awal tahun

Sumber:Sitik

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





8 ulasan :

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Ssalam maal Hijrah buat Rohah.. Semoga tahun ini kita menjadi lebih baik dari segala segi berbanding tahun lepas..insyallahhhh...

Marsita Yahya berkata...

Salam Maal Hijrah juga buat Rohah.

dapurmerahibu berkata...

salam Maal Hijrah Rohah..

Unknown berkata...

salam maal hijrah jugak dari kak noor Rohah, sama2 lah kita membaca doa akhir tahun dan awal tahun petang ni ya thnks berkongsi tazkirah yg sangat baik

Amie berkata...

Salam Maal Hijrah Rohah.... Tahun ini amat bererti dalam hidupku! Mudah-mudahan aku tidak terlepas doa ini.... terima kasih.

Unknown berkata...

Selamat tahun baru kak..sama kita merebutnya

Shiela berkata...

Salam Maal Hijrah Rohah.. Terima kasih atas perkongsian yg sungguh bermakna ini..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Cantik gebu...kak Rose suka corak paper cup tu...