Assalamualaikum...
Salam ceria untuk rakan2 maya yang dikasihi.Jumpa lagi di sini, semoga anda semua ceria menjalani kehidupan seharian bersama insan2 tersayang.
Alhamdulillah dapat juga bersiaran pada malam ini.Beberapa hari ni berehat kerana kesihatan tidak berapa mengizinkan mentelahan cuaca @ musim tengkujuh yang melanda negara kita akhir-akhir ini.Sebelum2 tu pun dah rasa tak berapa selesa ditambah pula ngan hal2 luar jangka.Apapun kita patut bersyukur dengan nikmat yang masih banyak lagi Allah beri..Amin.
Kali ini berkongsikan lagi menu kudapan iaitu Kuih Lapis oleh Kak Iza Akma, di mana ianya merupakan inspirasi dari resepi Talam Roti Lapis Coklat oleh Citarasawan.Sebelum2 ni pun telah 2 kali saya buat resepi dari Kak Wan ni, memang sedap dan lembut je.TQ buat kedua2 mereka ini.Jadi untuk resepi Kuih Lapis ni, bolehlah lihat resepinya di bawah ye.Saya buat 2 ganda dari sukatan asal dan guna loyang 10", so lapisannya kelihatan nipis.
KUIH LAPIS GARDENIA
Inspirasi dari:Talam Roti Lapis Coklat @ Citarasawan
Source:Iza Akma SSK
Bahan-bahan:
6 keping roti sandwich | buang kulit tepi, siat kecil dan rendam dengam 150gm air
75gm gula pasir
3/8 tsp garam
300gm santan
150gm air
90gm tepung beras
30gm tepung sagu
1 tsp coklat emulco
Pewarna kuning & oren
Caranya:
1.Panaskan kukusan.Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi (kalau tak ada empat segi yang bulat pun boleh), alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
2.Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut.Biarkan suam.
3.Masukkan roti yang direndam, bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar.Kisar hingga halus.
4.Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas.Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati dan tidak bergentel.
5.Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning. Bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren.
Bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco.Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.
6.Bila kukusan dah betul2 mendidih, letakkan loyang dalam kukusan.Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit.Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit.Diikuti dengan selapis adunan oren.Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan.Untuk lapisan seterusnya boleh rujuk kat gambar tu ye.Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
6 ulasan :
morning kak rohah~ rajinnyer melapis... antara byk2 kuih yg tun suka makan, kuih lapis ni antara kuih yg tun maleh nk buat. huhu.. mmg kurang penyabor nk melapis satu2.. tumpang makan buleh?
Assalamualaikum Rohah.
mmg sedap resepi k.wan ni kan rohah. aritu iza buat seloyang kecik kejap jer dh licin..tak cukup..len kali kena buat double. btw tq rohah sudi mencuba...:)
as-salam
rajinnye melapis.. cantiknye KUIH LAPIS GARDENIA tu..
cantik kuih ny tu..
assalam Rohah
pantasnya Rohah memintas akak ni he he akak masa tgk iza buat terus cp resepi konon nk buat la tp lum jg terjadi ni ha ha
cantikkan lapis tu, sedap ehehe mestilah kan
nampak sgt menarik kuih lapis ni
nak rasa sepotong dulu boleh he he
Rohah... kok ayu temen kuihnya tu.... rapi. kemas! Mesti buat dengan penuh ketenangan ni...
Catat Ulasan