Alhamdulillah bersua lagi hari ini dilembaran maya.Apa khabar rakan-rakan yang dikasihi, moga kalian semua dalam rahmat Ilahi.
Hari ini merupakan genap setahun usia blog kesayangan saya yang masih diibarat setahun jagung bertatih.Masih kerdil rasanya jika dibandingkan dengan rakan2 lain yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogger.Apapun terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan lama dan baru yang sentiasa sudi bersama saya, kerana bagi saya anda semua adalah pendorong utama untuk saya terus melangkahkan kaki dalam jalinan & perkongsian ilmu di maya ini.
Sebenarnya sebelum2 ini saya tidak terlintas sama sekali untuk berblogging seperti rakan2 di luar sana.Saya fikir pada masa itu minat saya untuk mencuba pelbagai resepi hanya diaktifkan di fb saya sahaja iaitu atas nama Mesra Selera.Namun terdetik pulak pada suatu masa untuk mewujudkan sebuah blog sebagai tanda kenangan untuk resepi2 masakan yang telah saya cuba dan kian bertambah dari hari ke sehari.Alhamdulillah pada tanggal 20 November 2011 tercetuslah blog Damai Qalbu walaupun simple saje bunyi dan tampaknya, dan masih berlari anak-anak dengan kelengkapan yang serba ringkas ini.Kini walaupun catatan followers saya masih di angka 300, saya tetap bersyukur seadanya dan berharap ianya memberi ilmu yang bermanfaat buat saya dan sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke sini.Terima kasih atas sokongan semua.
Jadi sebagai tatapan umum, untuk pertama kalinya N3 saya muncul pada tanggal 21 November 2011 dengan resepi CHOCHOLATE CHIPS MUFFIN.
Satu pengalaman untuk saya yang masih terkapai2 nak memulakan aktiviti berblogger pada masa itu ialah N3 pertama yang telah dipublish telah terdelete oleh tangan saya sendiri iaitu APAM KELEDEK.Hampa jugak masa tu, makanya termanggu sekejap dan terus tukar kepada menu muffin yang saya tulis tadi tu..Alhamdulillah dari masa ke semasa walaupun tidak pakar saya mula celik mata dengan penyediaan dan aktiviti yang telah menjadi satu minat saya pada hari ini.
Sempena menyambut hari kelahiran blog yang serba kekurangan ni, terdetik jugalah saje2 merajinkan diri membuat Pink Roses Ombre Cake yang bertemakan kalerr pink, rasa sweet gitu rasanya.Lagipun sebenarnya ikut warna yang ada kat simpanan je.Resepinya insyaAllah akan menyusul di N3 seterusnya ye.
Justeru itu di sini saya juga ingin mohon kemaafan kepada semua di atas segala kekurangan yang ada ketika berwasilah di maya ini.Segala yang baik adalah dari yang Esa, dan mana2 yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.
Justeru itu di sini saya juga ingin mohon kemaafan kepada semua di atas segala kekurangan yang ada ketika berwasilah di maya ini.Segala yang baik adalah dari yang Esa, dan mana2 yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.
JUMPA LAGI..
9 ulasan :
tahniah...
happy blog anniversary
akak pun hampir terlupa rasanya nov 2011 jg buka blog he he
Tahniah Rohah... happy blogging...terus sumbangkan resepi untuk tambah meriahkan dunia masakan tanahair kita!
congrats n hepi first bloggersary ;) canteknye kek ombre tuuuu...
tahniah!:)
Happy 1st anniversary!!! ^^ tahniah! semoga terus rajin berblogging :)
Tanhniah Kak Rohah..happy blogging..
happy bloggersary buat Rohah...
hepi aniveseri seri...wahh dah setahunn....
tahniah rohah.. hepi 1st anniversary buat Damai Qalbu... teruskan berkarya..
Catat Ulasan