Assalamualaikum..
Kembali bersiaran di sini, apa khabar semua?.Mudah-mudahan dalam rahmat Ilahi dan sentiasa dalam hidayahNya.Amin.Berkisahkan tajuk ikan sembilang hari ni, sebenarnnya dah terlalu lama saya tak makan ikan sembilang.Biasanya kami sering beli ikan keli yang sememangnya jadi kegemaran berbanding ikan sembilang yang jarang2 ada di pasar.Kedua-duanya memang tak jauh beza, enak je dibuat gulai, asam pedas mahupun goreng sahaja.
Kali ni saya hidangkan gulai yang sengaja dibuat cair sedikit, tapi kuah tetap nampak pekat sebab saya bubuh buah keras yang memainkan peranannya tersendiri.Jom cuba..cicah ngan roti pun o.k, seriessss...
GULAI IKAN SEMBILANG
resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
4 ekor ikan sembilang | potong
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
3 biji buah keras
3 sudu besar serbuk kari | bancuh bersama sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3tangkai cili kering | potong pendek
3tangkai cili kering | potong pendek
1 biji tomato | belah 4
2 tangkai cili besar hijau | belah 2 @ tidak putus
2 sudu besar santan pekat
Air asam jawa | bancuh pekat
Gula Garam
Minyak untuk menumis
Cara:
1.Kisarkan bawang merah, bawang putih , halia dan buah keras.
2.Tumis bahan kisar tadi hingga kekuningan dan masukkan bancuhan serbuk kari beserta potongan cili kering.Kacau hingga naik minyak.
3.Masukkan air secukupnya.(Saya bubuh air banyak sebab mahukan gulai yang agak cair kuahnya).Renehkan.
4.Setelah mula mendidih masukkan ikan beserta serbuk kunyit.Kacau rata dan tutupkan sekejap dengan tudung periuk.
5.Masukkan bancuhan air asam jawa, garam dan gula.Biarkan sekejap.
6.Masukkan santan pekat, tomato dan cili besar hijau.Kacau sekata hingga ikan masak.
7.Tutup api.
12 ulasan :
Salam, Rohah.. kalau di Johor ikan sembilang selalu masak asam pedas, tak pernah lagi makan lauk begini. Mesti sedap, tengok cara hidangannya tu pun dah taw, mantap!!
Sedapnya kak.....lama x mkn nie....slalu ikan sembilang ni msak sambal je....Se
Sedapnya gulai... di tempatku tak ada ikan keli, jadi untuk tutup kempunan makan ikan sembilanglah jawabnya Rohah...
Assalamualaikum Rohah,
menyelerakan sungguh tngk gulai ikan sembilang ni...tetiba lapor lerrrrrr...
nyum sedapnya
selalu ikan ni buat masak tempoyak atau goreng cabai jer....tak pnh buat kari lagi tapi sedap gak...sbb mmg suka ikan ni tak kira masak apa pun suka..
nmpk sedap..tp QH kalau ikan memilih sikit..ikn jenis xmkn..sbb mak QH xmkn ikan..jd anak2nya xjmpa la ikan ni kat umah...hihi
salam rohah
sama mcm sari ,klu kt johor mmg kami akn masak asam pedas jew..ikan fav arwah ayah akk nie..mmg sedapp..masak mcm nie akk x pernah try lagi..leh cuba nnt;)
Assallamualaikum Rohah..
Lama dah tak makan ikan sembilang. Selalu jumpa ikan keli jer. Mintak sikit rohah.. sedap hirup2 kuah tu..
sedapnya....mmg lama tak mkn ikan sembilang kat pasar pun jarang2 nmpk ikan sembilang hehee.. hemm ikan keli kerap jumpa tp kebykan yg di bela.
Memang sedap... Saya selalu pegi memancing ikan sembilang nie... Kalau nak beli susah dapat, mahal pulak tu... Sekali pegi mancing 4-5 ekor dapat...
Sape yg xpernah mkn gulai sembilang mesti kene cube...mmg terbaik..
Catat Ulasan