Assalamualaikum..
Panasnya cuaca hari ni..tapi tak terjangka juga kekadang tetiba saje mendung menjengah, namun tak juga hujan.Begitu telitinya perancangan Allah dan tiada siapa yang boleh menduga kan..
O.klah hari ni terlaksana juga membuat puding soya.Beberapa hari sebelum ni dah pergi dekat gerai orang jual soya, tapi hampa katanya soya tawar dah habis..makanya tertunda.Nampaknya hari ni memang exited nak makan puding ni, bila dah siap buat, terus snap pic n buat N3 n publish..n n n layan puding terusss.Zlsssss...Selamat mencuba.
PUDING SOYA GULA MELAKA
Resepi:Rohaisha
Bahan-bahan:
10gm agar-agar tali
900ml air soya tawar
1/4 sudu kecil garam halus
Cara:
1.Masak agar-agar bersama air soya dan garam hingga hancur.
2.Setelah agar-agar hancur, matikan api dan tapiskan agar-agar.
3.Masukkan agar-agar dalam cawan atau bekas yang sesuai.Sejukkan.
Bahan Air Gula:
1 1/2 cawan air
1 biji gula melaka (saiz sederhana) | potong
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Cara:
1.Didihkan gula melaka dan gula pasir bersama air dalam periuk sehingga larut.Masukkan juga daun pandan.
2.Matikan api setelah menggelegak dan gula telah hancur.Sejukkan dan hidang bersama puding soya.
saya guna agar2 jenama Ali Shan: ambil 10gm sahaja (potong 2)
4 ulasan :
Assalamualaikum Rohah :D
Bestnya puding ni...Insya Allah Kak Lin nak cuba.
Kak Lin ambil resepi...entah bila nak buatnya tai tahulah...
nk puding bentuk love dlm mangkuk comel tuh...kihkihkih..
Salam, nyamannya puding tu...trimakasih kerana berkunjung ke blog saya...Semoga jalinan alam maya ni terus berkekalan.
Aslmkum Rohah. comelnya puding bentuk love...nyaman dpt yg sejuk. pudingpun pasti sedap sbb letak soya...akk suka air soya tp kat tempat akk tak da jual...kena order tempat lain.nampak menarik kek lapis kat bawah tu....moist...
re; senyum sorang baca komen Rohah ttg kuih serimuka tu, akk pun sama kalau buat kuih yg kukus spt talam ke..lapis ke...suspen je tunggu hasilnya bila masak.maklumlah kalau tak jadi...bukan seketul dua tp seloyang terus tak jadikan..
Catat Ulasan