Selasa, 25 September 2012

PUDING SAGU GULA MELAKA DI HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN



Assalamualaikum..
Alhamdulillah berkat rahmatMu Ya Allah, kami bersyukur atas nikmat yang telah Engkau kurniakan selama ini.Itulah yang boleh saya ungkapkan..Mudah-mudahan Engkau panjangkan jodoh kami dan sentiasa kurniakan kami kelapangan waktu dan usia yang penuh barakah, kesihatan yang baik buat kami dan ahli2 keluarga kami.




Sebenarnya puding ni saya buat sempena hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang jatuh pada 1 September yang lalu.Memang tanpa kek2 bagai dan hidangan istimewa di atas meja, cukup sekadar pencuci mulut kegemaran suami tercinta.Hanya keberkatan yang kami mohon dari yang Esa insyaAllah..
Memang tak sempat nak masak2 special dan buat N3 khas..cukuplah seadanya.
O.klah, berbalik pada menu tertunda ni, kali ni saya buat puding sagu dari resepi kak Ummi, namun saya jumpa kat blog kak Yatie.Bezanya, sagu yang telah ditanak akan dilalukan air untuk keluarkan kanjinya.Pernah buat sebelum ni, tapi tak ada langkah demikian.Rasanya memang tetap sedap. 

PUDING SAGU GULA MELAKA
Resepi:Ummi
Sumber:Yatie

Bahan-bahan:
300gm biji sagu warna putih
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan | kisar dan tapis jusnya

Untuk Sirap Gula:
1 ketul gula melaka  | potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(Masak gula hingga larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

Bahan Untuk Kuah Santan:
1 cawan pati santan + 1/2 camca teh garam (boleh ganti dengan susu sejat)
(saya guna 1 cawan santan kotak dan tambah 1 cawan air + garam, sama mcm kak Yatie)

Cara menyedia:
1.Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau.Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
2.Masak sagu ditukar menjadi jernih.Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.
3.Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
4.Toskan dan isi dalam acuan/ mangkuk pilihan.
5.Simpan dulu dalam peti sejuk 1-1 1/2 jam.

Cara hidangan:
Keluarkan sagu dari acuan,masaukkan dalam mangkuk2 kecil.Tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat.Sedap dimakan sejuk.


14 ulasan :

Evelyn Gemina berkata...

Salam kak rohah, sorry baru dapat kesini, selamat ulang tahun perkahwinan saya ucapkan : ) muka akak dgn suami nampak seiras, org kata kalau suami isteri muka seiras, maksudnya memang serasi gitu : )Insyaallah semoga kekal hingga ke akhir hayat...

asyifamustaffa berkata...

hepi anivesary kak...
desert yg mmg kegemara sy juga...:)

Marsita Yahya berkata...

emm nyamannnnnn

ijayuji berkata...

Salam kak roha! selamat hari ulangtahun perkahwinan buat akak n suami, semoga rumah tangga akak diberkatiNya dan dipermudahkan jalan ke sana nanti insyaAllah! suke2!!! benda2 yg bersantan ni mmg kegemaran yg lemak2 ni ler selalunya yg sedap kan kak :D

Tanpa Nama berkata...

selamat hari ulangtahun perkahwinan ye

moga berkekalan hingga akhir hayat bersama, sedapnya sagu tu, tapi saya tak pandai makan mcm ni, kalau sagu bronok tu pandailah hehe mcm jakun je tak pandai makan kan

Yatie berkata...

Happy Anniversary Rohah, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin....
akak pun tak wat kek segala, cuma wat bubur putih bubur merah je tanda kesyukuran..puding sagu tu mmmng sedapkan..nyaman je lalu kat tekak....sedap dimakan sejuk....

Unknown berkata...

Assalamualaikum Rohah :D
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan, Semoga kekal bahagia sepanjang hayat..dilimpahi kasih sayang, dilimpahi kebahagiaan dalam kesejahteraan bersama anak2 tersayang.... Insya Allah...Ameen.

Cantiknya puding gambar love tu...

dZana berkata...

aslmkum rohah.. happy anvsry .. smga dlm keberkatan n berbahagia hingga ke hujung nyawa.. sedapnya menu penyejuk tekak ni.. lama tak buat la..

Qasey Honey berkata...

hppy anniversary Kak Rohah...semoga berbahagia n kekal selamanya...

comelll puding sagu cinta tu...mesti nyaman aje mnikmatinye...

hazila berkata...

Selamat ulang tahun perkahwinan. Moga sentiasa diberkati olehNya.

sHa AhM@d berkata...

sedapnyer..terliur nengok..

Chik Mimi berkata...

happy anniversary rohah ,lamanya saya tak buat kuih sagu ni sedapnya

Fadzillah berkata...

Salam perkenalan Rohah.
Sedapnya puding sagu tu. Nanti saya pun nak cuba juga lah resepinya.
Semoga selamat ya....

Unknown berkata...

kak rohah cun la pakai acuan tu...pasni zila pun nak cari la acuan tu...suami suka jgk kuih ni...selamat hari ulangtahun kak........moga kebahagiaan melimpah sentiasa.......