Salam..
Selamat malam semua,yakin ada yang dah beradu dibuai mimpi yang indah, dan saya yakin juga masih ramai lagi yang on9 ketika ini.
Bercerita tentang kek lapis, memang saya suka sangattt!! Biasanya saya beli je dan kali ni berkesempatan nak mencuba.Sangat teruja dengan hasil tangan kak Dj, jadinya untuk pertama kalinya mencuba resepi kek lapis dari koleksi beliau.Cuma saya tak gunakan mentega yang berkualiti tinggi, sebab pada saya mahu mencuba terlebih dahulu...Namun hasilnya sangat enak walaupun rupa parasnya tak secantik hasil tangan kak Dj.
KEK LAPIS 4 RASA
Resepi:DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan:loyang 8"x8"
- 10 biji telur gred A
- 500gm mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya)-sy guna mentega biasa
- 300gm tepung Hong Kong/ tepung gandum | diayak
- 150gm gula kastor
- 100gm serbuk horlicks
- 150gm serikaya
- 300gm susu pekat manis
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar pandan paste (Dj menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe @ campuran serbuk koko & coffee emulco (dibancuh sedikit dengan air panas)*boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
- 1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu
Cara-cara:
1.Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
2.Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
3.Satukan adunan telur dan mentega tadi.Sebatikan.
4.Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks.Gaul-gaulkan sebati.
5.Akhir sekali masukkan tepung.Kacau hingga betul-betul sebati.
6.Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberikan esen vanila, satu bahagian lagi diberi paste pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe/ pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
7.Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya.Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180 darjah C mengikut kepanasan oven masing-masing).
8.Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar.Buat sampai habis.
9.Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
10.Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
11.Cara-cara menyimpan kek:alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yang bersesuaian.Kemudian masukkan kedalam peti sejuk.
NOTA :
1.Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan kek yang lembut dan sedap.2.Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis.
3.Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan pati pandan/pandan emulco+pewarna hijau tua.
4.Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9"x9" jika tak nak kek terlalu tinggi.Ikutlah citarasa ,masing2.
5.Suhu bergantung pada jenis oven masing2.Sila adjust sendiri.
6.Sukatan gula boleh dikurang/ tambahkan mengikut citarasa sendiri.
7.Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan.
10 ulasan :
Salam kak rohah...
baru nampak kek dah terbayang akan keenakannya..belum lg makan..konfirm bole habis satu ketul kek..hihihi...rajin ko buat kek yer kak...cantek banget kejadiannya kekmu itew...tergoda i...
cantik la kek nih...mesti sedap...terliur je tgk pepagi nih!
rajinnya rohah melapis.Bundo ni kalau yang cerewet2 bundo beli je..haha memang dasar malas.
pirang jam nak ngenteni mateng kiye...
salam kak rohah wahhh cantik lah kek lapis akk....rajin akk lapisan cantik...gebus...ada lg ke dah habis...:-) Selamat hari Raya kak
Salam kak rohah!!!! Kebetulan pulak kak kita pun melapis tp lapisan akak sekata kitanya lapisan mcm ala2 tsunami kikiki... Minggu dpn update kita 2 3 hari ni bz :D
woww..cantiknye kek lapis rohah wat nih..bak akak 2 potong..leh x?
Rajinnya Rohah buat kek lapis? kalau akak la, ntah raya bila agaknya baru buat, tidak cukup kesabaran.
salam rohah.
mmg rajin adik akk nie la..nak sepotong..kecur akk tgok:)
Assalam Rohah.
Suka makan kek lapis tapi belum pernah buat sendiri....mcm tak yakin aje.Suka tgk kek lapis 4 rasa Rohah ni....cantik kejadiannya.
Catat Ulasan