Khamis, 2 Ogos 2012

IKAN DORI GRILL & SOS GARLIC


Salam..
Kelat juga mulut ni bila nak layan menu, kekadang boring juga nak jamah ikan yang lebih kurang same je.Agaknya sebab kita yang masak dan kita yang makan juga.
Teringin meng'grill' ikan kisahnya..Sempoi je ni, idea yang singkat dan nak cepat..

IKAN DORI GRILL & SOS GARLIC
resepi :rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg fillet ikan dori
1 sudu besar jus lemon
2 sudu kecil serbuk parsley (Parsley Flakes)
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk paprika secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak zaitun

Cara:
1.Cuci fillet ikan dori.Toskan
2.Sebatikan ikan dori dengan garam dan jus lemon.
3.Ratakan ikan tadi dengan serbuk parsley, paprika dan lada hitam.
4.Panaskan kuali leper untuk grilkan ikan.Curahkan minyak zaitun secukupnya.
5.Panggang ikan dalam kuali dan sesekali dibalikkan perlahan-lahan.Gril hingga masak anggaran 5-7 minit.

Bahan Sos Garlic:
1 biji bawang putih | diracik halus
1 Sudu kecil planta
200ml susu segar
1/2 kiub ayam knorr 
1 1/2@2 sudu kecil tepung gandum | bancuh dengan sedikit air
1/4 sudu kecil serbuk oregano (Oregano Whole)
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam (saya lupa nak bubuh pulak)

nota:Tak perlu bubuh garam, dah cukup rasa sebab guna kiub ayam knorr.

Cara:
1.Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih hingga wangi.Masukkan susu segar dan kiub ayam knorr. Renehkan sambil dikacau dengan hand whisk.
2.Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung gandum.Kacau rata,barulah bubuh serbuk oregano dan serbuk lada hitam.
3.Matikan api. 

Sajian tambahan:
Brokoli | dikukus
Salad
Hirisan lemon

14 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

sedapnya, terliur lah pulak tgk

Sheila Shafeareen berkata...

salam selamat bepuasa...sdp npk sesua juga manu bediet

dZana berkata...

menu fav anak bujang akk ni rohah.. klau anak dara akk suke yg pedas.. kurang western2.. nmpk sedap la..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

selamat berbuka puasa Rohah
macam kat restoren lah, mengancam kalbuku

Qasey Honey berkata...

wahhh bbuka dgn menu omputih yer...tliur tgknye tu...

FnF Simple Life berkata...

Salam kak... wah menu western ni... best nye...

Unknown berkata...

Assalam kak, sedapnya tgk ikan dori grill ni..sekali sekala layan western best juga kan:)

quinnie berkata...

slurppp!!! sedapnya..suka betul dgn menu2 western nih....nakkkkk!!!

zila norazila berkata...

amboiii ada ikan dori lg,bila buat nie rohah..x dapat akk nk join makan..he hee rajin sungguh adik akk nie.

ijayuji berkata...

Salam kak rohah! kita jakun dgn ikan dori, tak pernah makan ikan dori, kalau fish n chips yg ada jual kat restoren2 tu pun kita tak pernah order ehehe... sbb dia pun guna ikan dori kan? sedap tak eak rasa ikan dori ni, teringin jugak nak rasa si kakak dori nii :D

Amie berkata...

Wah! Kalau dah 1kg fillet ikan dori ko pakai Rohah... memang vareqqqq tenan-tenan weteng ehhhh.... aku pun wes bosen mangan panganan seng dimasak dewey....

Mamasya berkata...

Slmt berhujung minggu Rohah.nampak menyelerakan menu ikan fillet grill. bolehlah cuba resepi Rohah sbb biasa buat fish and chips je...

Nuwairani berkata...

tak pernah tahu lagi ikan dori ni jenis yang mana. ke kite kot yang tak kenal ikan. tp orang suke masak ikan dori ni. mesti sedap lembut je isinya kan?

Unknown berkata...

Assalamualaikum Rohah :D
Terima kasih sudi meninggalkan komen diblog Kak Lin.
Kak Lin Follow dan Kak Lin listkan blog ni di blog Kak Lin

Muaaahhh...:D