Jumaat, 15 Jun 2012

PULUT PANGGANG



Salam rakan-rakan yang disayangi..
Terima kasih kepada yang masih sudi bertandang ke Damai Qalbu, semoga anda dalam keberkatan senantiasa..mohon maaf di atas segala kekurangan yang ada ye..
Malam-malam ni, kita jamu mata dengan Pulut Panggang sudahnye.Dah terlalu lama, rasanya mencapai berbelas tahun saya tak membungkus kuih ni.Seingat saya, last saya bungkus2 kuih ni masa  bersekolah rendah dulu, sesaje tolong bonda saya..Bestnya masa tu kan..terlalu hampir kita dengan ibu kita..Namun masa dan keadaan telah mendewasakan kita mengikut putaran alam..
So, untuk resepinya, telah tercatat di bawah tu.Cuma, saya tak berani nak bubuh cili banyak2, nanti anak2 tak jamah..Semuanya ikut kebiasaan..terpulanglah kan...


PULUT PANGGANG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:-
Bahan pulut:
2 cawan beras pulut | rendam 2 jam dan kukus
1 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak


Cara:-
1.Rendamkan beras pulut selama 2 jam, cuci bersih dan toskan. 
2.Panaskan air dalam periuk kukusan.
3.Satukan beras pulut bersama air dan garam.Kukus selama 20 minit.Buka penutup periuk dan gaulkan pulut yang yang ditanak dengan minyak masak serata yang boleh.Sambung mengukus lima minit lagi, barulah  tutup api.

Bahan Inti:-
2 cawan kelapa parut 
2 tangkai cili kering | rendam air panas & tumbuk (boleh tambah)
3 ulas bawang merah | tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
5gm udang kering/geragau | tumbuk
2cm kunyit hidup | tumbuk
2 batang serai | hiris & tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara:-
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan pula kelapa parut dan kacau rata.Pastikan inti ini kerap dikacau agar tidak hangit.
2.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Apabila telah masak, matikan api. 


Bahan lain:
Daun pisang secukupnya | dilayur atas api sekadarnya.
Lidi untuk mengetip


Langkah2 menyediakan:
1.Ambil pulut secukupnya, dan leperkan di atas daun pisang dalam bentuk memanjang.Sudukan inti dan ratakan di atas pulut tadi.(jika nak mudah, buat leperan pulut atas plastik terlebih dahulu dan gulung menggunakan plastik itu juga, kemudian barulah diletakkan di atas daun pisang).*terpulang pada individu.
2.Gulung pulut yang telah berinti tadi menggunakann daun pisang, kemudian ketip bahagian tepi menggunakan lidi untuk kedua-dua bahagian,iaitu kiri dan kanan.
3.Buat sehingga habis dan panggang atas dapur ikut kebiasaan masing-masing.(asalkan jangan terlalu lama, kerana pulut akan keras dan agak berkerak)

6 ulasan :

Kek Kawin berkata...

Salam Rohah...Iza pun dah buat pulut panggang ni tapi tak masuk n3 lagi.Srsekali makan sedapkan...

Nina Mirza berkata...

As'salam Rohah ...

Nina pun suka pulut panggang tapi tak pernah nak buat. Selalu dok beli ajerrr~~~
hehehe . . .
nak rasa sikit Rohah punya pulut panggang boleh?
hik hik hikkk~~

quinnie berkata...

wahhh sampai terburai intinya....sedapnya makan inti byk kat dlm dia..saya dah bertahun tak makan ni rohah...nak buat sendiri asyik bertangguh je...huhuhu

Unknown berkata...

salam pagi jumaat Rohah..
nak minta lah pulut panggang tu akak belum bekfes lagi ni fav akak tu pulut2 segala..

ibundo berkata...

salam rohah. haritu nampak pulut panggang kat dapur shariah. Terus beli pulut petang tu gak tapi biasalah kan... tersimpan dulu belum berbuat2 lagi. pagi ni nampak kat rumah rohah pulak. Semangat dah berkobar2 balik dah ni.

asyifamustaffa berkata...

Salam kak,
sy copy resepi ye...berminat nak cuba....nmpk sedap plak tu ha....:)