Rabu, 27 Jun 2012

NASI IMPIT GORENG



Salam petang...
Suram je cuaca petang ni.Alhamdulillah, syukur atas nikmatNya kerana di sebelah paginya dapat menikmati cuaca panas, kering juga pakaian diampaian...Sungguh besar nikmat yang Allah beri  itu kepada kita kan...
" 'Dia' tak minta diberi"..sebaliknya, " 'Dia' yang memberi"..
Terus kepada menu siaran kali ni, dapat juga saya buat nasi impit goreng.Biasanya saya makan had jiran hantar je, kali ni cuba buat sendiri dan berinspirasikan resepi kak Ayu Jalinan Rasa.Kebetulan ada lebihan nasi impit masa beli satay..keletang keletung, sekejap je siap.Ni pun guna stock yang ada kat dapur je.Alhamdulillah, seronok tengok habibi makan..


NASI IMPIT GORENG
Sumber rujukan:Ayu Jalinan Rasa
Sumber:rohaisha

Bahan-bahan:
1 1/2 bungkus nasi impit (saiz besar) | potong dadu
1 keping daging burger | cincang 
1 labu bawang besar | hiris
3 Ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu besar sos tiram
20gm udang kering* (rendam seketika) | kisar
1 tangkai cili besar* | kisar bersama (*)
1/2 cawan mix veggi
2 batang sosej | potong serong
1 sudu besar santan pekat (kotak)
3 sudu besar air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar sebentar.Masukkan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau diiringi daging burger, mix veggi dan sosej.Kacau agar sekata dan empuk.
2.Masukkan sos tiram, kacau rata dan masukkan pula hirisan ketupat.Kacau sekata perlahan-lahan agar nasi impit tidak hancur.
3.Bubuhkan santan pekat dan air.Kacau lagi.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.Setelah sebati dan masak, tutuplah api.
5.Hidangkan bersama hirisan daun sup.


9 ulasan :

zila norazila berkata...

sedapnya rohah..lama akk x buat mcm nie..biasanya tggu lps2 raya baru buat..sbb ada lbih2 nasi impit..:)

quinnie berkata...

sedap je tengok nasi impit awak ni rohah..saya tak pernah cuba..byk kali nak cuba tapi takut bila goreng sendiri jadik tak sedap..hahahah..apa punya alasan la kan..kekekek

nasi mandy kat bawh tu....walllahhhh sedapnyaaaa..sukaaaa!!!

inahar ali berkata...

salam rohah..akak x pernah try lg goreng nasi impit cenggini..nk tumpang mamam kt sini..ada lg belen x?

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

As'kum Rohah cayang waduhh nasi impit goreng lama tak makan berzaman dah rasanya hehee.. nampak menyelerakan.. kecur tak sudah ni ada lagi tak???

rahel berkata...

Sedapnya nasi impit goreng ni..dah lama tak buat..tapi kadang makan kat kedai cina je..

Amie berkata...

Kabare mbakyu.... kepingin pula nak cuba buat nasi himpit goreng, arek tak jajal yo angger ada masa.

Norzie hany berkata...

Kalau ada baki nasi impit...selalu juga sis goreng mcm ni,anak2 mmg suka.

Unknown berkata...

as salam kak.... dtg sini lewat mlm cnfirm nasi impit ni dah habis... :)

Kek Kawin berkata...

Nampak sedap,boleh try ni...