Salam manis...
Dari kecil sampai besar memang tak jemu menikmati masakan taucu.Kalau jumpa kat kedai makan nampak masakan ni, memang lauk ni yang saya capai dulu..sama gak obsesnya dengan ikan keli, tak kiralah masak apapun.
Masak taucu memang tetap dihati...Sampaikan anak-anak pun dah terikut2.Versi saya simple je, maybe lain orang, lain caranya..
IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU
Resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
10 ekor ikan kembung kecil | goreng
1 labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | cincang halus
3 tangkai cili hijau | belah 2 tak putus
4 sudu besar taucu
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Cara:
1.Goreng ikan seperti biasa.Ketepikan.
2.Tumiskan bawang besar bawang putih dan halia hingga layu.Masukkan taucu, kacau rata.
3.Masukkan air dan renehkan.Masukkan ikan dan sesekali dikacau.Bolehlah perisakan dengan sedikit gula.Masukkkan juga cili hijau.Biarkan seketika.
4.Tutup api dan hidangkan.
8 ulasan :
assalam Rohah
aduhai sedapnya masak taucu, memang sedap nih he he
terasa pulak nk makan sb lama sudah x makan masak gini, adikberadik sy semua suka sb mak dulu rajin masak ni. kalau x ikan kembong ,ikan keli pun sedappp
As'salam Kak ...
uishhh ...!!! Sedap nyer! Antara menu fav Nina juga nie ~~
Memang enak ko angger masak taucu, kayane wes cukup lauk eh angger mangan kuah eh, iwak kembung memang my feveret... isi kembung lebih sedap berbanding iwak tenggiri seng anyep yo Rohah... tiba2 aku kepingin mangan kembung rebus!
gulai ikan kembong masak taucu ni memagn best la...tambah2 kalau tengah malas nak masak..lagi terasa kesedapannya..hehehhe
lma dh tak singgah sni.. apa kabar?
suke lauk gini, kalau mak suke tambah dengan timun. klau saya buat mesti tak sesedap air tngan mak. hehe
Wallaa..sedap ni..makan ngan nasi hangat...mengancam la..
Fav sis ni...mmg sedap makan dgn nasi panas2.
Tauchu tu basuh ke buang masin puan?
Catat Ulasan