Sabtu, 23 Mac 2013

BOTOK TELUR MASIN

Assalamualaikum..
Selamat bermalam minggu....Semoga dipermudahkan segala urusan.Cuti persekolahan pun dah bermula, mungkin ada yang sudah merancang untuk holiday bersama anak2 & family tersayang.Saya tak kemana, coz anak bersekolah tambahan untuk persediaan UPSR & PSRA.

BOTOK TELUR MASIN?? Ingatkan botok ni sesuai diguna pakai oleh orang je, kat telur pun boleh lekat nama ni jugak rupanya..aisshh!! tapi ingat, botox yg tu haram kan...melalut ke situ pulak dah..Ahaaa, mulanya pun agak berkata2 juga hati saya bila terbaca tajuk resepi ni di majalah, sebab unik sangat kot nama dia.Tapi pada masa yang sama, teringin nak mencuba..'malu tapi mahu'..Ada gitu!!! Adatlah tu kan.

Mungkin ada sesetengah orang kurang gemar makan telur masin...tapi saya tidak..lagi2 kalau ada masak lemak, memang sepadan sungguh.Tapi bukan satu amalan ye makan telur masin ni..boleh bilang dengan jari dalam setahun.

Botok Telur Masin ni, diapunya rasa??? SEDAP!!.Itu kata saya, orang lain saya tak tahu..kalau nak tahu kenalah cuba.Cuma series saya kata, agak sukar membungkus telur masin ni sepertimana membungkus tapai, sebab struktur telur ni cair, tambah santan lagi...memang tumpah..itu yang berlaku pada saya..habis hanyir baju masa tu terkena tumpahan telur ni..Tapi selesai masalah cara pembungkusan ala2 tapai ni jika melibatkan 2 orang, sorang pegang dan sorang lagi tolong lipat..fuhh!! Kebetulan ada my younger sister  masa tu, so selepas kejadian tumpahan telur untuk pembungkusan pertama, saya terpaksa memerlukan perkhidmatan beliau.Jadi saya cadangkan sesiapa yang nak mencuba, mungkin ada idea/ cara lain yang lebih mudah bolehlah dipraktikkan.Rugi tak cuba tau, sebab telur ni bila dah masak, macam2 aroma ada yang menyedapkan rasa..
BOTOK TELUR MASIN
Resepi:Majalah SEDAP

Bahan-bahan:
5 biji telur masin mentah
4 cm lengkuas | hiris nipis
5 helai daun salam
5 tangkai daun selasih | lurutkan dari tangkai
150 ml santan dari 1 biji kelapa (saya guna 100 ml santan kotak)
Daun pisang untuk membungkus (saya layur dulu supaya lembut)
Lidi 

Bahan Hiris:
8 biji bawang merah (saya guna 5 biji)
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah besar
3 biji cili padi merah
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir

Cara membuatnya:
1.Campurkan santan dan bahan hiris.Kacau rata.
2.Ambil sehelai daun daun pisang.Letakkan daun salam dan lengkuas.Pecahkan 1 biji telur masin.Curahkan 3 sudu makan campuran santan.
3.Taburkan daun selasih.Bungkus berbentuk bungkusan tapai dan kemaskan dengan lidi.
4.Kukus selama 25 minit dalam periuk kukus yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.

Nota rohah:kaedah pembungkusan seperti membungkus tapai agak sukar bagi saya, jika berkreativiti bolehlah dibungkus dengan cara lain.Tapi kalau nak mencuba juga, sememangnya tak menjadi kesalahan..



9 ulasan :

Azie berkata...

Telur masin kuning memang kegemaran saya, Cantik warna telur kuning tu

suryabil berkata...

Blm pernh buat sendiri ni kak..harus di cuba gak ni..:-)

ady berkata...

as-salambotok
wahh berselera botok telur masin tu..resepi yg terbaik ni..

adda syuhada berkata...

sedapnyaa..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Telur masin memang kesukaan akak ni, sil selalu buat sendiri. Tq share resepi blh dicuba nanti

ibundo berkata...

Buat penambat selera ni..

Melly Octaviana berkata...

Melly pun suka makan telur masin,menambah selera makan..apalagi kalo di buat botok pasti makin enak yah..nyam

Tanpa Nama berkata...

hoho tak dpt bayangkan mcmana nak bungkus telur mentah tu

tapi menarik lah resepi ni, biasa telur masin makan time sahur je

Noor berkata...

Menariklah resepi ni..nak try la nnt.