Selasa, 5 Mac 2013

APAM BERAS


Assalamualaikum..
Selamat malam dan beristirehat.
Lama sudah saya tidak mengapam..Tapi bila tengah gian nak mengapam je, boleh katakan hampir setiap bulan mesti  buat apam, lagipun hubby memang suka kuih muih macam ni.

Bercerita tentang apam beras ni, memang dan berulang2 kali membuatnya, tapi versi yang tak ada serbuk ENO.Hari tu nampak kak Hazila buat apam ni, terbaca diapunya resepi yang menggunakan ENO, teringin pulaklah nak buat juga, sebab nampak apamnya mekar2 tersenyum riang..kata kak Hazila, bikin stress je kalau apam yang dibuat tak senyum/merekah..Ingatkan saya sorang je yang rasa macam tu kak..heheeee..


Sebelum2 ni biasanya ikut resepi ni je.Asal ada nasi yang lebih2 je akan diolah buat apam beras ni.Cuma yang tak ada ENO ni sedia maklum tak tersenyum girang...tapi still sedap, rasa tetap sama dan tak ada beza.Jadinya TQ kepada kak Hazila, sebab menemukan saya kepada resepi apam beras yang merekah..

APAM BERAS
Sumber:Hazila

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (saya kurangkan)
1 3/4 cawan air
1 sudu kecil yis segera
1 paket kecil ENO
Acuan 
Sedikit minyak masak (untuk sapu di acuan)

Cara:
1.Kisar nasi dengan air hingga halus.Kemudian masukkan tepung beras, yis dan gula.Kisar hingga sebati.
2.Perap adunan lebih kurang 3-4 jam.Kemudian masukkan serbuk ENO dan kacau perlahan-lahan hingga sebati dan biarkan seketika.
3.Panaskan kukusan dengan api besar.Tutup tudung periuk dengan tuala dapur.
4.Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan apam supaya senang untuk keluarkan apam nanti.
5.Tuang adunan apam ke dalam acuan 3/4 penuh.Letakkan di dalam periuk pengukus.
6.Setkan masa selama 15 minit, jangan buka penutup periuk sebelum 15 minit habis.
7.Selepas 15 minit, buka penutup pengukus, keluarkan apam dan biarkan ia sejuk sebentar sebelum keluarkan dari acuan.
8.Apam beras sedap dimakan bersama kelapa parut yang dikukus sebentar dan perasakan dengan garam halus.

20 ulasan :

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) berkata...

birunya apam dia...
suka3...

Shiela berkata...

wahhh.. biru mata hitamku.. hehee.. jangan marah yer adeq manis.. saja jer nak gurau gurau manja.. apapun kombinasi warna yg menarik.. gambar pun semakin mantopp.. :)

Marsita Yahya berkata...

cantikkkk

asyifamustaffa berkata...

sy mmg buat apam ni pun guna eno kak....lembut gebu merekah.....mmg cantik....:-)

lama x mknnya....teringin plak nak mengapam....hehe....

Mori Said berkata...

anak mori suka apam gini...

Melly Octaviana berkata...

apam nya happy semua jadi nya mekar kan .. lempar 5 ketul kat sini .. hehe

suryabil berkata...

Cantek apam nya..mekar semekar nya..x lh tensionkn tgok yg mekar tu..lama dh buat apam ni..:-)

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum...Nampak gayanya tuan punya apam dah mampu tersenyum bila apamnya dah cantik merekah

Tanpa Nama berkata...

ENO tu masukkan sepeket habis ke..

Taman Syurga berkata...

Tq..sbb bg resepi hazila...dah try mmg gebas-gebus...kepada tuan rumah pun tkasih kerna update resepi baguih...hehe!"

Intan Nabila berkata...

Blh x klu xletak Eno?

Unknown berkata...

Sukanya tgok pic apam ni...nk buat esok pg utk mak mentua la..mesti dia suka..heeee

Unknown berkata...

Sukanya tgok pic apam ni...nk buat esok pg utk mak mentua la..mesti dia suka..heeee

Unknown berkata...

Sukanya tgok pic apam ni...nk buat esok pg utk mak mentua la..mesti dia suka..heeee

Zalindazalin berkata...

Suka tengok warna warni apam ni.....

Dalila yusof berkata...

warna warni kuih apamnya...

amie falah berkata...

Sedapnya nti says nak try buat la..sila lawati blog saya

amie falah berkata...

Sedapnya nti says nak try buat la..sila lawati blog saya

Unknown berkata...

Mabeles. Nyam nyam nyam

Unknown berkata...

Memang sedap apam. Best buat..mkan time hujan, minum air kopi panas..

Jom lawat blog saya

www.sihatnatural.blogspot.my