Khamis, 12 Januari 2012

MUFIN LABU KISMIS



Assalamualaikum...
Emmm...kabur dah biji mata ni dek mengantuk sangat nak meneruskan siaran..Tapi kalau ditangguh lagi banyak siaran tertunda gamaknya..Dalam hanyut2, nak gak teruskan misi ini..Demi Muffin Labu Kismis punya pasal, saya layan jugelah resepinya.. Tapi layan mufinnya laaagi sedap..nampak foto mufin & resepi ni kat majalah memang membuatkan hati saya tertarik nak membuatnya.Guaranty sedap memang patut diberikan pada rupa dan rasa..Jom cuba..



MUFIN LABU KISMIS
Resepi:Mufin Labu Kranberi (majalah rasa)

Bahan-bahan:
312.5gm tepung serbaguna* (saya ayak bersama bahan2 bertanda*)
1/2 sudu teh buah pala kisar *(saya guna serbuk buah pala)
1 sudu teh halia kisar*
1 sudu teh baking soda*
1/2 sudu teh garam*
1/2 cawan minyak sayuran (saya guna minyak masak)
187.5gm gula pasir (saya guna gula pasir halus)
2 biji telur
1 cawan puri labu
1 sudu teh parutan kulit oren
125gm buah kranberi kering | untuk  taburan atas (saya gantikan dengan 100gm kismis)
62.5gm biji labu (saya guna lebih kurang 30gm shj)

Cara menyediakan:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius (350F)
2.Potong labu separuh dan buang bijinya.Kemudian potong besar-besar bersama kulitnya.
*(saya potong labu sederhana besar & buang kulitnya kemudian rebus sehingga empuk & kemudian toskan)
3.Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga labu empuk.Angkat dan biarkan ia sejuk.
4.Koyakkan kulit labu dan kisar sehingga menjadi puri.
(saya kisar labu dengan sedikit susu segar)
5.Ambik mangkuk besar dan masukkan tepung, buah pala kisar, halia kisar, baking soda, garam dan gaul bersama.Letakkan ketepi.
6.Dalam mangkuk yang lain pukul telur,gula minyak sayuran dan parutan oren bersama.
7.Tambahkan puri labu bersama kanberi  kering dan gaul bersama.Tambahkan dengan adunan tepung tadi dan aduk sehingga sebati.
8.Di atas dulang pembakar letakkan mangkuk kertas, sudukan adunan tadi ke dalamnya sehingga 3/4 penuh.
9.Tabur kranberi dan biji labu di atasnya.Bakar 25-30 minit atau sehingga masak.




 

SUP TULANG LEMBU



Selamat malam buat semua yang masih ke udara..Kisah stock  daging atau apa2 komponen yang berkaitan dengan lembu dalam freezer saya masih belum selesai..Ada tulang lembu,,, jadi saya bikin sup tulang...Segarnya hirup sup nie..



SUP TULANG LEMBU
Resepi:Rohah

Bahan-bahan:
1kg tulang lembu
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 inci halia
1 bunjut sup tulang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 sudu kecil lada putih kisar
3-4 sudu besar rempah sup (saya guna rempah sup ADABI)
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan taburan:
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Cara menyediakan:
1.Rebus tulang lembu hingga empuk dengan air secukupnya.
2.Apabila separuh masak, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, sup bunjut, bunga lawang, kulit kayu manis dan biji pelaga. 
3.Masukkan pula gula dan garam apabila sup kelihatan sudah masak.Diikiuti pula dengan perencah sup dan lada putih.Kacau.
4.Tutup api dan hidangkan sup bersama bahan-bahan taburan.

Rabu, 11 Januari 2012

ASAM PEDAS IKAN DURI



Assalamualaikum..
Menu asam pedas yang ringkas untuk hidangkan atas meja makan.Slurrrppp..hirup kuah dulu baru naik selera nak makan..


ASAM PEDAS IKAN DURI
Resepi: Rohaisha


Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan duri | bersihkan dengan asam jawa
  • 5 ulas bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2 batang serai | ketuk
  • 5 inci halia | ketuk
  • 10 sudu besar cili kering kisar
  • Sedikit belacan | kisar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 kuntum bunga kantan | belah dua
  • Air + asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik minyak diikuti dengan serbuk serai, halia dan serbuk kunyit.
2.Masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa dan biarkan sebentar 
3.Masukkan ikan dan bunga kantan ke dalam periuk ,kemudian biarkan hingga mendidih sambil dikacau .Setelah hampir masak masukkan gula dalam garam secukupnya.
4.Matikan api dan hidangkan.

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM




Assalamualaikum....
Sedapnya kalau makan ayam kicap walau sesimple manapun cara masaknya..tapi kalau ayam kicap ni dipenuhi dengan rempah ratus, diapunya rasa memang terangkat..membuatkan orang yang makan menambah-nambah  nasi.Kali cuba pulak ayam kicap stail kak Dayang Jack, terima kasih daun keladi..Minta izin pula dengan Kak Ummi di sini kerana saya copy resepinya yang dikatakan dicopy juga olehnya dr Dayang Jack..Semoga berkat ilmu yang dizahirkan untuk tatapan umum..Amin.


Untuk rempah2 dibawah tu, saya guna rempah biji...tersasul masa tu...maklumlah kelam kabut nak ambik anak sekolah.Sepatutnya pakai rempah yang dah siap kisar..Pastu saya gantikan daun sup dengan daun ketumbar(takde stock).Janji sedap..

AYAM KICAPBEREMPAH HARUM
Resepi:Dayang Jack (DJ) 
Sumber:Ummi Zaihadi
Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni)
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.

Selasa, 10 Januari 2012

FRUIT MOUSSE





Assalamualaikum...
Salam keheningan malam untuk semua yang masih berjaga...Saya ambil sedikit masa ini untuk mengentrikan dessert yang cukup mudah disediakan khususnya kepada penggemar2 aneka dessert diluar sana..Kalau sesiapa nak tahu apa rasa dessert ni, jomlah kita cuba resepinya...




 

FRUIT MOUSSE
Resepi:Majalah SAJI

Bahan-bahan:
250gm krim 
7gm gelatin
22ml air
125gm puri buah (saya guna buah strawberi)

Cara menyediakan:
1.Pukul krim sehingga kembang dan masukkan puri buah ke dalam adunan.
2.Rendam gelatin bersama air dan cairkan.Kemudian masukkan gelatin ke dalam adunan.Hidangkan.

note saya:- 
*saya rendam gelatin dengan air sejuk, kemudian masukkan dalam senduk dan panaskan atas api  dapur seketika sambil dikacau)
*setelah siap dimasukkan ke dalam gelas, saya sejukkan mousse dalam fridge.





Ahad, 8 Januari 2012

CARROT CAKE


Assalamualaikum...
Selamat malam buat semua yang masih jaga dan belum terlena.Kali ni masuk kali ketiga saya buat kek lobak merah ini menggunakan resepi yang sama, dan kali ni baru berpeluang untuk rakam pic di sini.Oleh kerana sebelum2 ni belum berhajat nak buka blog, so takdelah rakaman terperinci untuk siarkan pic2 kek lobak yang lepas2.Sebenarnya untuk sumber asal resepinya pun saya tidak pasti siapa..namun diucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi untuk tatapan umum..Cuma saya hanya catatkan nama Yatt sebagai kesinambungan resepi ini.





Hari ni merupakan hari ulangtahun buat my hubby, jadi saya hadiahkan Carrot Cake untuk memeriahkan & menyerikan lagi hidangan meja makan kami sekeluarga khususnya buat encik suami.Saya tahu, dalam banyak2 kek, kek inilah yang dikira QC pass untuk selera tekaknya..ehehe, jangan tak tahu, tak semua kek menjadi idamannya!!.sebab tu saya bikin ini kek...Cuma yang buat potong stim, kek yang dibuat kali ni agak lembik kerana kecuaian saya ; lupa nak perah parutan lobak merah tu rupanya...maknenye dah tertuang air parutan tu sekali dalam adunan...huhu..Sebelum2 ni saya sagat je...kek nampak lembap tapi kering gituuu.. *(sebelum2 ni walaupun resepi asal kata: "parut halus", saya sagat je.."), memang nampak cantiksss...apapun, kek ku ini boleh dijamah..tolak tepi sikit yang lembik kat tengahnya tu...Takde hal, itu semua tersilap langkah je, sendiri mau ingatlah kann...Kat sini saya olah sedikit tentang penggunan perkataan dalam resepinya..



CARROT KEK (Kek Lobak Merah)
Sumber asal resepi:tidak pasti
Sumber:Yatt

Bahan-bahan:
1 cawan (100gm) pecan/ walnut | dibakar dan dicincang kasar
2 1/2 cawan (340gm) carrot mentah | diparut halus
2 cawan (280gm) tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
4 biji telur saiz besar
1 1/2 cawan (300gm) gula halus
1 cawan (240ml) minyak sayur (saya guna minyak masak)
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren sunkist

note:kalau nak kek lebih lembab, boleh bubuh 1/2 cawan nenas (sejat dulu airnya) atau applesouce ke dalam adunan, tapi kene tambah time masa bakar nanti.

Cara:
1.Panaskan oven 180 darjah celcius, sediakan loyang dan sapu mentega..Ketepikan.
2.Bakar kacang lebih kurang 8 minit, lepas tu sejukkan..Then cincang kasar-kasar.ketepikan.
3.Kikis kulit carrot dan parut halus-halus.Ketepikan.
4.Dalam mangkuk besar, satukan tepung, kulit kayu manis, garam,baking soda dan baking powder.Gaul sebati ketepikan.
5.Ambil mixer dan pukul telur sampai kembang (dalam 1 minit), lepastu bubuh gula sikit-sikit.Pukul lagi sampai pekat dan putih (3-4 minit).Selepas itu tambahkan minyak dalam adunan.Pukul lagi dan tambah vanila pula, pukul.
6.Last sekali bubuh tepung sedikit demi sedikit dan pukul sekejap sahaja sampai sebati.
7.Guna spatula/senduk, masukkan carrot dan kacang, gaul sedikit semua bagi rata.
8.Bubuh dalam tin/ loyang pembakar, masukkan oven selama 45 minit hingga 1 jam.

Untuk toppingnya saya gandakan dari sukatan asal dan boleh rujuk resepi dibawah... 
CreamCheese Frosting:
Resepi  asal:1001 resepi
Sumber      :CMG
                    Noor Masri

Bahan-bahan:
100gm mentega (saya guna krimwell)
125 cream cheese
1 camca teh jus limau
2 camca besar gula aising

Cara:
Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan jus lemon, terus memutar hingga gebu dan halus.Gunakan kelajuan sederhana..Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.




Jumaat, 6 Januari 2012

KIWI PANNA COTTA





Assalamualaikum...
Terpanggil pulak hati ni nak buat Kiwi Panna Cotta.Stock kiwi memang dah ready..apalagi nak ditunngu??Jomlah alas tekak dengan panna cotta yang sejuk2 gitu di kala cuaca panas begini.Saya salin je resepi ni dari K.Nor untuk dikongsi di sini..Terima kasih ye kak, semoga mendapat keberkatan...



KIWI PANNA COTTA
source :
Gert (Mango Panna Cotta)
diolah :
K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:

9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:

1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

** updated:
K.Nor lupa nak mention yg K.Nor ada masukkan 3 sudu besar gula masa blend kiwi.
Ni supaya puri kiwi yg dihasilkan tak terlalu masam.



POTATO BREAD




Assalamualaikum..
Berhajat nak buat roti asyik tertangguh je..alhamdulillah dah tercapai.First time sebenarnya membuat roti ni, so jangan ketawa ye bila tgk rotiku ini..ehehe.Thanks untuk Tulip kerana berkongsi resepi, juga buat Mas yang sudi teruskan perjuangan Tulip..Asal resepi ni adalah resepi roti keledek, tapi saya gantikan dengan kentang..Izinkan saya copy dan share resepinya di sini..


Kalau nak tahu, saya perap adunan ni dalam oven yang telah di'on'kan suisnya dengan memasang lampu oven, memang cepat dia naik.Dapat skil dari kak Nana Oshin (rakan FB).
   
POTATO BREAD
Resepi asal:SWEET POTATO BREAD (Tulip77@myresepi.com)
Sumber:Mas
  • 300g tepung gandum (saya guna tepung high protein)
  • 3 sudu kecil emplex @ bread softener
  • 2 sudu kecil bread improver (saya gantikan dgn Dough Softener)-alkisahnya baru perasan bread improver dah abis time nak mengadun
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar butter (saya guna marjerin)
  • 60 gram ubi keledek (saya gantikan dengan kentang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1 biji telur-pukul sedikit dan ambil sedikit kuning telur ni untuk disapu dipermukaan roti
  • 130 ml air sejuk 
Inti Kastard :
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil butter
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat inti kastard :
  • Satukan susu segar, tepung kastard dan gula dalam periuk dan sebatikan. Kemudian masak menggunakan api perlahan hingga sos kastard pekat. ( sentiasa kacau menggunakan whisk ) Masukkan butter dan esen vanila dan sebatikan, apabila butter cair dan sebati, tutup api dan biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas paip..



Rabu, 4 Januari 2012

RENDANG MASAM MANIS IKAN DURI



Assalamualaikum..
Bermulanya tugas memasak seawal pagi yang mungkin coz hari persekolahan telah bermula...Ikan dah ada..tapi nak masak apa pulak ye??? Jengok kat fridge, tengok bahan mentah yang patut dibuat perencah....mmm, inilah yang jadi...Rendang Masam Manis Ikan Duri..Simple je..


RENDANG MASAM MANIS IKAN DURI
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 1kg ikan duri
  • 1 labu bawang besar| kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 1 biji tomato | kisar
  • 2 cm halia |  kisar
  • 3 tangkai cili besar hijau | kisar
  • 3 tangkai cili besar merah | kisar
  • 3 -4 cawan air bancuhan asam jawa | (asam jawa) secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya (saya lebihkan sedikit)

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bahan kisar dan serbuk kunyit hingga naik minyak, dan masukkan ikan sambil digaul rata perlahan-lahan.Biar sebentar.
2.Masukkan bancuhan air asam jawa bersama gula.Tutup kuali dan biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit.
3.Perasakan dengan garam dan matikan api apabila ikan telah kelihatan masak.

HATI LEMBU MASAK BALI


Assalamualaikum...
Kali ni memang nak perabihkan stock hati lembu yang berbaki dari raya korban itu hari...Gali2 resepi, terjumpa resepi ni yang dirasakan sesuai untuk masak hati lembu nie..Tq buat Hana untuk resepinya.Cuma saya tukarkan daging untuk resepi asalnya kepada hati lembu ..Janji termasak hati lembuku yang dah agak lama membeku..
HATI LEMBU MASAK BALI
Resepi:Hana (DAGING MASAK BALI)

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging | rebus dan hiris (saya gantikan dengan hati lembu)
*6 tangkai lada merah @ cili kering (saya guna 2 sudu besar cili kisar)
*5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih 
*3 biji buah keras
*1/2 inci kunyit hidup
*1 inci lengkuas
*1 inci halia
*1 sudu kecil jintan manis, jintan putih dan ketumbar
2 batang serai | ketuk
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 sudu makan air asam jawa
1 biji tomato | belah 4 @ cincang
2 sudu besar kicap manis
Garam dan gula merah @ gula melaka

Cara -cara:
1.Tumbuk bahan yang bertanda *.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik minyak.Masukkan tomato dan air asam.Kacau.
2.Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, daun salam, daun limau purut, serai, kicap manis.Masak sehingga kuah agak kering sedikit.
3.Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan gula merah secukup rasa.
4.Hidangkan dengan nasi hangat.
5.Untuk bumbu nih, leh tukar dengan ayam, telur rebus dan ikan.(kalau ikan, goreng biasa dulu).

Selasa, 3 Januari 2012

IKAN BAWAL SOS LIMAU PURUT

 


Assalamualaikum...
Setiap kali beli ikan bawal mesti terpaksa intai2 blog sahabat di luar sana coz nak cari resepi yang enak2 untuk disantap.. tapi biasanya kalau buzy sangat saya buat masak masam manis versi sendiri je..Kali ni dapat satu resepi yang dirasakan 'up' camtu bila tengok bahan-bahannya yang mudah dan dibabayang-bayangkan sedap apabila selesai dimasak..ehehe..itulah saya punya data dalam kepala setiap kali tengok blog sahabat2..Tapi sememangnya tak mengecewakan...berbaloi ape...Thanks untuk tuan punya resepi asal iaitu Dr Liana..untuk resepinya yang dijamin sedap ni.Apapun thanks juga buat Kak Yatie & dapur basahnya yang menjadi rujukan saya mendapatkan resepi yang terbaik ni...Sedappp ape!!



IKAN BAWAL SOS LIMAU PURUT
Resepi asal:Dr Liana (IKAN SIAKAP SOS LIMAU PURUT)
Sumber:K. Zai
Sumber:K.Yatie

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (saya guna ikan bawal mas)
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | cincang
1 inci halia | hiris halus
4 sudu makan cili boh (saya letak sikit je)
4 sudu sos ikan Namphla
3 sudu sos tiram
4 helai daun limau purut (saya guna limau nipis & kurangkan kuantitinya)
4 sudu besar jus limau kasturi
tepung jagung untuk goreng ikan
1/2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ikan bilis maggi (saya guna kiub bilis knor)
6 biji cili padi | hiris halus (saya letak sikit je)

Cara-cara:
1.Cuci ikan dengan air asam jawa hingga bersih untuk hilangkan hanyir ikan.
2.Lumur ikan dengan garam dan tepung jagung secukupnya.
3.Goreng dalam minyak panas hingga garing.Ketepikan.

UntukSos:
1.Tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau.
2.Masukkan cili boh, tumis sampai garing.
3.Masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla dan sos tiram.Kacau sebati.
4.Masukkan cili padi yang dihiris.
5.Perasakan dengan garam, gula, kiub ikan bilis maggi.
6.Masukkan air.
7.Lastly masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
8.Bila kuah pekat, boleh angkat dan tuang atas ikan yang sudah digoreng.
Nota dr Dr Liana:
*If tak nak guna cili pun boleh, nanti sos ni jadi warna kuning-kuning macam tu...sedap jugak.Rase dia same je cuma warna dia je lain.




Isnin, 2 Januari 2012

PUDING MANGGA


Assalamualaikum..
Salam buat semua...Macam biasa sy entrikan resepi lama dalam ni.Enak puding mangga ni tau...sesuai sangat buat pencuci mulut... 


PUDING MANGGA
Resepi: Majalah SAJI (Adaptasi resipi Puding Coklat)
Sumber/Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
1 biji mangga masak (kisar)
200 gm cawan gula (saya guna 150 gm shj)
650 ml air
10 gm serbuk agar-agar
1 sudu tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
1/2 tin susu cair
1 biji telur

Cara:
1-Masak air bersama agar-agar dan gula sehingga larut.
2-Kemudian satukan telur, tepung kastard, susu cair, mentega, esen vanila dan puri mangga.Pukul sedikit agar sebati.
3-Masukkan adunan tadi ke dalam bancuhan agar-agar tadi sehingga larut dan sebati.
4-Tapis dan sedia dimasukkan ke dalam acuan. Sejukkan di dalam peti ais.

SOTONG GORENG TEPUNG




assalamualaikum...
Bagi penggemar sotong goreng tepung...jomlah try resepi simple ni...



SOTONG GORENG TEPUNG
Sumber:Rohaisha

Bahan-bahan:
6 ekor sotong
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kentucky
1 biji telur
Lada sulah secukupnya
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1-Sotong di potong cincin.
2-Toskan sotong yang telah dibasuh untuk keringkan airnya.
3-Gaulkan sotong dengan garam dan lada sulah.Kemudian pecahkan telur dan gaul hingga rata.
4-Dalam bekas lain, satukan tepung gandum dan tepung kentucky.
5-Ambil sotong satu persatu kemudian golekkan ke dalam tepung tadi dan terus goreng.
6-Goreng sotong hingga warna kekuningan sedikit dan tidak perlu digoreng lama.
7-Angkat dan hidangkan.

Ahad, 1 Januari 2012

Salam 2012...

SALAM 2012...
AHLAN WASAHLAN 2012......

Salam buat semua... Mulai detik dan saat ini bersama-sama kita melangkah tahun baru dengan penuh harapan dan cita-cita.Sudah tentu "harapan demi harapan" telah disandarkan untuk 2012....Pastinya langkah yang akan bakal kita lalui itu bermula dengan niat, azam dan tekad yang besar, hanya masa sahaja yang menentukan segalanya...Hanya yang kita harapkan adalah yang terbaik di kalangan yang baik-baik....harus jua kita ingat, segala sandaran ini kita pasrahkan selebihnya kepada Pencipta kita: Rabbul Izzati yang merupakan Pencipta Maha Agung yang lebih berkuasa atas makhluk2 ciptaanNya.

Allahhu Rabbi....

Moga setiap langkah demi langkah yang bakal dilalui akan bersama jua sinar-sinar kebahagian buat ku,
Moga setiap kebahagiaan yang ku cari, ada jua bersamanya keredhaan dari orang-orang yang kusayangi,
Moga setiap saat umur yang bakal ku lalui diisi dengan amal soleh dan kebajikan,
Moga ada petunjuk dan hidayah disetiap jejak langkah yang bakal ku tempuh,
Moga ada redha disegenap masa yang kuluangkan untuk Mu ya Allah,
Moga Kau beri aku kekuatan, kesihatan rohani dan jasmani untuk aku melalui kehidupan ini ya Allah...

                                "Amin Ya Rabbal A'lamin..."