Khamis, 7 November 2013

KEK RUSSIAN BLACK n WHITE


Assalamualaikum..
Ni bukan resepi asal Kek Russian Black n White yea..tapi ala2 gitu..Rujukan untuk membuatnya saya berguru di sini, di blog cida d Nuanza..Bolehlah terjah blog beliau untuk step by stepnya..

Kek coklat asas yang terhasil pula adalah bersumberkan dari kak izan myr [maaf sbb tidak besertakan link, sbb dulu2 lupa nk salin link].Saya pernah mencubanya suatu ketika dulu, boleh rujuk di SINI.Sedap kek ala2 ni...rugi tak cuba..hi2..
Kek Asas
MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber:
k.izan Myr [tiada  link]
Oleh :rohah

Bahan-bahan: (loyang 9''x3")
2 cawan tepung gandum     } diayak
2 sudu kecil baking powder} bersama
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanila

Bahan:(Bancuhan Koko/Pes Coklat)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair @ fresh milk


Cara memasak:
1.Untuk membuat bancuhan koko: Masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk.Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat.Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap.Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
2.Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4.Masukkan esen vanila dan gaul rata.
5.Masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata.Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180'C menggunakan api atas bawah.

GANACHE

Bahan untuk ganache [buat sehari sbelum guna]
100 gm whipping cream
250 gm coklat hitam
2 sudu besar mentega

Cara:
1.Campur semua bahan.
2.Masak secara double boil sampai coklat larut.
3.Biarkan semalam hingga ganache jadi pekat [boleh dipaipkan].

Bahan untuk cream cheese
500 gm cream cheese
250 gm butter
120 gm gula aising
1 sudu kecil serbuk nescafe [boleh letak lebih kalau rasa nak lebih]

Cara:
1.Campur semua bahan kecuali nescafe.
2.Mix sampai sebati dan gebu.
3.Selepas itu ayakkan nescafe.
4.Sebatikan.

Cara hias:
1.Potong kek kepada 4 bahagian
2.Ambil 1 lapisan kek, letak atas papan kek.
3.Masukkan adunan cheese dalam piping beg, paipkan ke sekeliling kek.Diikuti adunan ganache, berselang seli hingga habis.
4.Ambil sekeping kek, letakkan di atas, ulang step, paipkan adunan cheese dan ganache.Buat sampai habis semua 4 keping.
5.Pada lapisan kek yang ke-4, paipkan adunan cheese [sahaja] keseluruh kek kemudian ratakan.
6.Simpan kek dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

Salutan ganache:[masak lagi satu adunan ganache]-guna resepi tadi
1.Tak perlu biarkan semalaman
2.Cuma sejukkan ganache selama 15 minit.
3.Boleh terus tuang atas kek yang disaluti cheese tadi.

10 ulasan :

asyifamustaffa berkata...

Amboi kak...cantik...! Klassss u...hehe....
Msti sedap ni...geramnya....

ady berkata...

salam
the cake look so gorgeous! ...

Puan Ida berkata...

besnye
terliur ida
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no444

fazianbatrisyia berkata...

sedapnya...ada lg ke? bak sikit...ni antara kek yg sy nak buat belum terbuat sampai la ni...

Mel berkata...

Rupanya menggoda betul. Kot2 ada yang diet mau lupa terus bila tengok kek yang sedap ni.

ZalinZalina berkata...

Bila dah dipotong terserlah ketelitiannya :)

cheq da berkata...

Best..best..tiba2 rasa nk mkn kek

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

kira oklah tu walaupun ala2... tentu rasanya sedap juga bila tergabung coklat & cheese tu... akak bilalah nk mencubanya..

Mori Said berkata...

Asalamualaikum rohah.. Lama x singgah sini... Maveles sungguh russian kek tu.... Yummyy yummyy

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
kemain lagi kek nya omputih lg he hee cantik
akak duk perati je dari dulu org tayang he hee tak confident nak buatnya
mesti sedappp kan, tgk ganache nya tergugat juga keinginan ni