Selasa, 29 Oktober 2013

KARI AYAM [tanpa santan] vs PULUT KUNING


Assalamualaikum...
Alhamdulillah bersua lagi...Kita layan kari ayam tanpa santan lah ye...Kiranya dah selalu buat kari ayam tak bubuh santan cuma untuk digandingkan dengan pulut kuning ni, saya bubuh air secukupnya [agak2] untuk mendapatkan lebihan kuah yang pekat supaya sedap dicicah dengan pulut.Caranya ialah renehkan kuah kari dengan api yang sederhana perlahan agar kuah pekat dengan cantik.
KARI AYAM [tanpa santan]
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 kilo ayam, potong kecil
1 labu bawang besar, cincang
1 labu bawang besar, kisar
5 ulas bawang putih, kisar
2 cm halia, kisar
3 biji buah keras, kisar
2 kuntum bunga lawang
4 cm kayu manis
6 sudu besar serbuk rempah kari,  bancuh dengan sedikit air [saya guna BABAS]
1 sudu besar serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
2 biji kentang, potong kecil
Air secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan;
1.Tumiskan bawang besar cincang, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.Masukkan bahan-bahan kisar diikuti rempah kari dan cili serbuk.Teruskan menumis sehingga pecah minyak.
2.Masukkan ayam, gaul sebati.Curahkan air secukupnya, masukkan kentang, daun kari dan tutup kuali.Gunakan api sederhana dan renehkan sehingga kuah agak memekat.[saya reneh agak lama]
3.Apabila ayam dan kentang hampir empuk, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.Setelah masak, tutup api dan hidangkan bersama pulut.

PULUT KUNING
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 cawan pulut* | rendam1-2 jam bahan bertanda (*)
1 keping asam gelugor*
Serbuk kunyit*
Air secukupnya*
2 cawan santan pekat**
1 sudu besar garam** | satukan bahan brtanda (**)
2 sudu minyak masak

Cara:
1.Rendamkan bersama bahan2 bertanda (*) selama 1-2 jam.Cuci bersih dan toskan.
2.Didikan air dalam periuk kukusan.
3.Alaskan kukusan yang berlubang dengan plastik yang telah dilubang-lubangkan.Letakkan pulut di atas plastik tadi.Ratakan dan kukus selama 20 minit.
4.Buka penutup kukusan, kacau gaul pulut tadi.Curahkan santan ke atas pulut dan gaul lagi supaya sebati.Sambung semula mengukus selama 20 minit.
5.Sudukan pula minyak ke atas pulut dan gaul lagi.Kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.
6.Pastikan pulut masak dan tutup api.

13 ulasan :

sHa AhM@d berkata...

sedapnya tengok kari tu...cicah pulut kuning pulak tu..my pebret ni...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

nilah antara makanan faberet.. susah org yg bnyk makanan feberet ni tau Roha, tak bleh nampak, nampak jer nak.. nampak jer nak.. hehehe..

oh, ya.. akak pun selalu masak kari takde santan..

mama sara nur berkata...

Assalam Rohah
Bagus ni tanpa santan tanpa kalori tinggi
Utk kesihatan
Cicah pulut kuning emmm sedap

Mel berkata...

gandingan yang memang sedap kat tekak ni. Tapi lama dah tinggal pulut2 ni, berangin badan..uhuu

fazianbatrisyia berkata...

sedapnya. MIL pon penah buatkan pulut kuning & kari ayam utk anniversary sy.

asyifa mustaffa berkata...

kak..nak dtng umh....ada lg x ni?? hahaha...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Dah lama akak cari resepi Kari tanpa santan ni Rohah.. nak cubalah nanti ;)

Amie berkata...

Sedap tu kari tanpa santan... nyong sukak banget! Suwi tahanney, orak lekas basi.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

walau tanpa santan, kari tetap nampak sedap... akak masih failed nak dptkan kari yg sempurna... hehehe...

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. bagus2, tgh cuba utk xmakan santan nih..

ummiaisyah berkata...

sy pon patut stat buat kari tak boh santan..bdan dh mcm labu sayong ni!!

Melly Octaviana berkata...

wah memang sedap sekali nih. tanpa santan lagi healtier kan kari nya.. ;)

Asmin Fahmi berkata...

Salam perkenalan. Izinkan saya cuba resipi kari ayam ni. Nampak menarik sangat. Jemput lawat blog saya http://alamwellness.blogspot.com