Rabu, 9 Oktober 2013

BINGKA KELADI


Assalamualaikum..
Bila angin rajin sudah ke mari....ye ke rajin,..tak jugak.Tapi disebabkan banyak ubi keladi yg saya angkut dari kg tak langsai lagi, jadi terus je nak menerai bingka keladi..lepas ni apa pulak yg jadi kat ubi keladi tu pun saya tak pasti...Tapi tekak dah teringin mkn koci keladi..uuuihhhh..tekak ni mmg suka mengorder.Tapi rasanya bukan salah tekak...nafsu..ehhhh..Ya Allah, nafsu makan manusia ni memang tak boleh dibendung...uhhh astaghfirullah..


Sebenarnya try n error je sukatan untuk bingka keladi ni, tapi alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Lembut je dimakan.Selamat mencuba.

BINGKA KELADI
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
2 cawan isi keladi
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan santan
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Sedikit pewarna ungu 
Bijan secukupnya

Cara:
1.Kupas keladi, buangkan kulitnya, potong dadu dan rebus.Toskan.
2.Satukan isi keladi yang telah direbus bersama gula, telur dan santan ke dalam pengisar.Kisar halus.
3.Campurkan bahan kisar bersama tepung gandum dan garam.Kacau rata supaya tidak berketul.Titiskan sedikit pewarna ungu dan masukkan minyak masak.Sebatikan.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lengserkan acuan dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalamnya.Taburkan bijan.Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah.
5.Sejukkan dan potong.


8 ulasan :

Mel berkata...

Sedapnya keladi. Mel lama dah tak makan keladi. Ada je pokok keladi belakang rumah, dulu slalu amik wat sayur. Ada satu hari tu makan, sampai seminggu sakit kaki, bisa & lenguh, mel serikk dah..Mudah sangat masuk angin badan ni..Pantang makan la ni..uhuu...

ady berkata...

salam
wahhhh!!!sedapnye kuih bingka keladi..cantik warna bingka keladi ni...

Zaharah berkata...

salam..
sedapnya..nak cubalah..

ZalinZalina berkata...

Kak ina kalau makan bingka suka bahagian yang ada kerak tu :)

Bbwana adienia berkata...

salam rohah..

cantiknya kaler bingka keladi tu..x pernah lagi buat bingka keladi..mau try buat juga kalau ada stok keladi nanti..

kayumaniskorner563 berkata...

cntik dan sdp nampak.....kak ruby blum pernah makan lg ni...

Mamasya berkata...

Aslmkum Rohah

bingka keladi...menarik warnanya, bgh kerak atas tu yg sedap...

Dean Suma berkata...

Assalam.. Tumpng tanya.. 3/4 cwn gula tu klu pkai gram brapa yer..