Rabu, 9 Oktober 2013

KARI AYAM ACEH

Assalamualaikum..
Lama sungguh saya simpan gambar n resepi ni...bulan berapa pun dah tak ingat..Special kari ni, berasaskan nama negara jiran, memang resepi ori dari seberang.Cuba baca bahan2nya, mesti dah terbayang kelazatannya..kan kan..Bagi saya rugi kalau tak cuba kari yang sedap ni..ada keenakannya tersendiri..sila jamu matalah ye..


KARI AYAM [ACHEH]
Resepi;Majalah Sedap

Bahan-bahan;
1 ekor ayam, potong 8 bahagian
4 ulas bawang putih, hiris nipis
3 tangkai daun kari
3 batang serai, ambil putihnya dan ketuk
3 cm kayu manis
1/2 sudu teh serbuk pala
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji tomato merah, dipotong-potong
1/2 susu makan garam
3/4 sudu teh gula pasir
700 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
2 sudu makan marjerin untuk menumis

Bahan kisar;
1/2 sudu makan ketumbar
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 cm halia
5 biji cili merah kerinting
2 biji cili merah besar
3 biji buah keras, sangai

Cara membuatnya;
1.Lumur ayam dengan 1 sudu makan air asam jawa dan 1/2 sudu makan garam.Biarkan selama 20 minit.
2.Tumis bawang putih dan bahan kisar sehingga terbit aroma.Masukkan daun kari, serai, serbuk kayu manis, serbukpala, cengkih, buah pelaga dan tomato merah.Kacau rata.
3.Masukkan ayam.Kacau sehingga berubah warna.Masukkan garam, gula pasir dan santan.Masak sehingga matang dan menyerap.

7 ulasan :

asyifa mustaffa berkata...

menyelerakan...!
Penuh rempah ratusnya kari ni...msti sedap ye kak...

Amie berkata...

Makin suwi disimpen makin eksklusif pulak paparannya Rohah....

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

mesti sedap, umpama menikmati kari ayam nasi padang.. terliur plak akak..

Tina Othman berkata...

Oh guna rempah dgn serai, beza dgn kari biasa kan, nanti boleh lah try

Mel berkata...

biasanya kalau resepi dari seberang ni sedap..boleh cuba nanti ni

ZalinZalina berkata...

Banyak jugak rempahnya ye Rohah..nak makan kena pegi rumah awak ni :)

Fiza Lgk berkata...

Sedap ni...tengok gambar pun dah terliur.