Assalamualaikum..
Siaran tertunda...dah lama habis..heheeee.Suka sangat hirup kuahnya.Dulu pernah saya buat hidangan ni, tapi menggunakan ayam...Yang ni tukar pulak dengan ikan talapia...Tang kuah tu, meeeemang asyik nak hirup je..segerrrr deh..
Adaptasi;AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
Resepi:majalah RASA
Bahan-bahan:
4 ekor talapia | potong
15 biji cili padi | kisar (saya kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air/ secukupnya
Cara memasak:
1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ikan, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.
7 ulasan :
Manakan boleh mel cari tempoyak di sini?Kena tunggu balik semenanjung baru leh buat resepi2 gini..uhuu
Sedapnya...
hidop tempoyak!!!!
sy pon hantu tempoyak..siap hirup2 lagi...kalo stail perak..selalunya boh timun...
sedapnya bau tempoyak kak...aromanya...mmbangkitkan...!
dah habis ke kak?baru nak datang rmh akak bawa sepinggan nasi..hikhik..
mmng sedap ni, kak ruby pun suka tempoyak gak.......
konon2 ada simpan sikit durian dlm peti sejuk...jadi tempoyak kot
Ikan masak tempoyak gini mmg sedap sangat dan antara hidangan yg x boleh nak tolak.Mmm...bertambah2 nasi di buatnya.
Catat Ulasan