Selasa, 19 Mac 2013

SERIMUKA PANDAN


Assalamualaikum...
Selamat malam dan selamat beristirehat..Mungkin dah ada yang terlena dibuai mimipi2 indah.Semoga esok hari menjanjikan suasana tenang dan dapat meneruskan aktiviti harian dengan lancarnya.

Kuih Serimuka Pandan ke udara malam ni, buatnya minggu lepas.Banyak kali dah buat menggunakan resepi ni, tapi tak sempat nak diabadikan fotonya.

Saya memang penggemar tegar kuih serimuka, dapat pulak resepi yang enak macam ni, memang ulang2 buatlah gamaknya.TQ untuk Chef Asma atas resepinya, juga kak Bdaria yang sudi memanjangkan resepinya.
SERIMUKA PANDAN
Resepi:Chef Asma
Sumber:Bdaria

Bahan-bahan:(Loyang 10x10x2")

Bahan Lapisan Bawah:
500 gm beras pulut
250ml santan pekat (asal 300ml)
250 ml air (asal 300 ml)
1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:
1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)
2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.
3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat.
6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas:
Bahan A
250 gm gula kastor/ 200 gm gula pasir (asal 300 gm)
80 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B
3 biji telur | dipukul rata (asal 5 biji)
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:
1.Satukan semua bahan A dan kacau rata.
2.Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.
3.Tapis dan masukkan ke dalam periuk.Masak sehingga naik wap.
4.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Nota rohah:Saya sapukan loyang dengan minyak dan lapikkan dengan plastik.




17 ulasan :

suryabil berkata...

Waduhhh kak..terasa2 kat tekak ni..mlm2 pulak tu..lama dh x buat..prnh gak guna resepi ni.

zila norazila berkata...

Cantik btl warnanye rohah..akk yg malas tang buat pulut tu jew..tp klu mkn lajuuu jew..

Yatie berkata...

kuih kegemaranku...pepagi tngk serimuka ni wat terliur je...sedapnya..

ady berkata...

as-salam
sedapnye serimuka...cantik warna hijau tu..

asyifamustaffa berkata...

terjah sini plak...! tdi da tgk kat pesbuk....geram la...! nak bli la ptng kang....terliur plak tgk kuih peberet ni....nak buatnya....sy ngan asben je mkn nnti...anak2 x berapa laju mknnya kak...

Marsita Yahya berkata...

feveret feveret....tapi kalau makan lebih sikit mesti pening kepala hu hu...cantik serimuka Rohah geram tengok.

kak ruby berkata...

rohah, cntik berseri seri, btul cntik sngt.....mesti sdp niiiiiii...

Unknown berkata...

Favourite akak juga ni, dah lama tak mengukus.
Nampak cantik dan kemas je serimuka Rohah.

Unknown berkata...

kemas tul kuih kak roha ye..sedap nye tgk dr jauh ni..ubat demam je..hihihi

FnF Simple Life berkata...

cantik sgt potongan nye... suka mkn kuih ni.

fnf simple life

Unknown berkata...

cantikhya serimuka Rohah tebal lah mesti kenyang makan seketoiii tu kan kalau dkt nk minta lah tapi syang lah jauh sngttttt

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

resepi ni memang antara resepi serimuka yang sgt sedap.. paling penting... dpt potongan yg sgt kemas & kastard tu mmg cun.. tak lembik & tak keras.. kita pun suka resepi chef asma ni...

SeYha berkata...

sedapnya kuih serimuka ni cik kak ooiii....potongan kuih tu pun cantik,kemas dan memang tak terkatalah ....sempurna skali..

Tanpa Nama berkata...

tried this recipe, excellent!

Fiza Nordin berkata...

singgah sini sbb tliur tgk seri muka tu... cantik, pasti sedap :)

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya kenapa kuih sri muka saya gelembung tak rata

Unknown berkata...

lagi kelakar saya buat kueh serimuka tak jadi kueh serimuka sudahnya saya ubah jadi kueh lain ....sebab tak paham cara sebenar masak kueh serimuka tuh ....tapi tak apa kita try sekali lagi