Isnin, 28 Januari 2013

SUP TULANG ALA CHEF WAN

Assalamualaikum..
Macam dah lama sangat tak bersiaran, walhalnya baru 3 hari tak mengupdate...rindu sudah pada blog ni walaupun tak secanggih blog orang lain..eheeee...

Jom try buat sup ni, warnanya memang nampak merah sebab ada tomato puree..Resepi asal dari Chef Wan, beliau mencipta resepi sup ni untuk sup ekor lembu sebenarnya..eemmmm, sedapnya kalau dapat makan sup ekor tu kan..tapi sebab tak ada ekor lembu, sama macam seperti Che Mat Gebu juga, saya gantikanlah dengan tulang lembu..Sedap tak terkata sup ni, memang wajib cuba tauuu...TQ kepada  Chef Wan dan Che Mat Gebu yang sudi share resepinya..

SUP TULANG ALA CHEF WAN
ResepiAsal:Chef Wan 
Sumber:Che Mat Gebu

Bahan-bahan:
1kg tulang rawan lembu (resepi asal 500gm ekor lembu)
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan manis
1 1/2 camca besar tomato puree
Air secukupnya
1 batang lobak merah | kupas & potong dadu
1 biji kentang | kupas & potong dadu
2 batang saderi |potong dadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Hirisan daun ketumbar (Saya guna daun bawang)
Bawang goreng

Bahan kisar halus:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai | hiris 
1 inci halia 

Bahan Tumis:
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara membuatnya:
1.Tulang lembut dicuci bersih dan toskan.Panaskan minyak dalam periuk, goreng tulang lembu tadi hingga perang, angkat dan toskan.Dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar halus, goreng hingga naik bau.
2.Tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, kacau 3-4 minit hingga harum.Tambah tomato puree.Masak sekejap dan masukkan tulang lembu tadi, gaul rata dan tuang air secukupnya.
3.Renehkan hingga daging pada tulang tadi empuk (kurang lebih 2 jam).Tambah kentang, lobak merah dan saderi, masak lagi hingga kentang empuk.Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam, kacau dan masak 2-3 minit.
4.Rasa dan jika ok boleh matikan api.Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.Sedap dimakan begitu saja atau bersama roti.Jika kelihatan minyak agak banyak, boleh dicedok keluar.





6 ulasan :

zila norazila berkata...

salam syg rohah,
akk pun rasa mcm dh lama x update h ehhee..tulang nie tunggu raya korban jew baru akk jumpa..klu beli sendiri mmg x pernah..sbb akk tak berapa rajin nk mgolahkanya..h ehhe..malas la tu kan..sedappp tgok semua masakan rohah ..bila la dapat rasa kan:)

hazila berkata...

Sedap man sup tulang macam ni dengan roti perancis tu. By the way, kat sini senang nak beli rempah kerutuk yg timbang tu. Kalau nak bagitau, akak bagi nanti.

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak..emmmm nampak pun sedapni...time nak mengorek2 isi kat tulang tulah part yang paling leka tu.....

Norzie hany berkata...

Nampak macam sedap sgt,bolehlah sis cuba nanti.Tq berkongsi resepi.

Tanpa Nama berkata...

alahai sedapnya, mmg peberet ni kalau sup2 ni

Marsita Yahya berkata...

Salam, pernah buat sekali resepi yg sama..tapi tak post rasanya..setuju ngan Hazila, sedap makan ngan roti perancis.