Tuesday, 29 January 2013

SIAKAP TOM YAM STEAM BATH


Assalamualaikum...
Bersiaran malam ni dengan resepi ikan yang dipanggang menggunakan kaedah Steam Bath pula.Percubaan yang tidak menghampakan...Harus dicuba ye rakan2 di luar sana..eheee..promote lah pulak...Tak salah kan??

Bila tengok pic2 ikan Siakap Tom Yam Steam Bath ni memang nampak kering dan tak lembap je kan, tapi jangan sangka ikan ni tidak sedap, malah sebaliknya..(macam angkat bakul sendiri la pulak..tak bermaksud gitu ye!..).Ternyata enak walaupun tampak kering dan tidak berkuah.Nampak je macam tu, tapi bila kita cuit ikan tu still lembut dan terangkat..hihi, sebab apa???Sebab berperencahkan pes Tom Yam tu lah..Saya hanya gunakan sepasang perencah Tom Yam yang berbeza.Tapi kalau nak lagi power, dicadangkan tambah lagi perencah Tom Yam tu...tapi adjustlah kat garamnya pulak, takut berlebihan masinlah pulaknya nanti..

Untuk resepinya yang mudah bolehlah lintas langsung di bawah tu...Jom sama2 try..Ingat tau, guna kaedah Steam Bath...Jangan lupa erkkk..
SIAKAP TOM YAM STEAM BATH
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (1kg+-)
1 labu bawang besar holland* | hiris
2 ulas bawang putih* | ketuk
1 biji tomato* | potong dadu
3 batang serai* | hiris
1 batang saleri* | hiris
6 helai daun limau purut* | hiris halus
1/2 batang lobak merah* | sagat
Cili api secukupnya* | belah 2
2 biji limau | ambil jusnya
1 paket perencah Tom Yam ADABI (Thai Tom Yam Paste)
1 paket serbuk Tom Yam Putih ADABI
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Loyang berisi air (1/2 sukatan loyang)

Cara:
1.Ikan dicuci bersih.Lumurkan ikan dengan jus limau, kedua2 perencah tom yam, garam dan gula.
2.Ambil loyang/ bekas tahan panas.Taburkan separuh bahan2 bertanda(*) pada dasar loyang.
3.Masukkan ikan dan letak di atas bahan2 taburan tadi.
4.Taburkan pula baki bahan bertanda (*) di atas ikan.
5.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
6.Masuk dan letakkan loyang berisi air ke dalam oven.Letak pada rak bahagian bawah sekali.Seterusnya letakkan pula loyang berisi ikan di bahagian tengah oven/rak tengah. (Kaedah Steam Bath).
7.Bakar menggunakan api atas dan bawah selama 30 minit atau sehingga ikan kelihatan masak.
8.Hidangkan.


9 comments:

Asyifa Mustaffa said...

mcm tu plak ye kak....apa pun...ikan nie...buat apa saje la kan...mmg sedap kan...!Mc

zana fahmi said...

Kakzana jarang beli paste tomyam yg dlm plastik tu. Selalu dlm botol punya. Sesekali boleh juga buat mcm rohah ni.

Amie said...

oooo menariknya masak ikan cara steam bath...patut dicuba ni Rohah...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak jarang stim ikan.. apalagi cara steambath ni lagilah tak pernah cuba.. tp bila sebut tomyam terus akak jadi kecur sbb akak mmg suka tomyam..

Marsita yahya said...

rajinnya Rohah mandikan ikan tu, dapat bayangkan sedapnya rasa dia...

Shiela said...

takper takper Rohah.. tkder salah masuk bakul angkat sendiri ker masuk lift tekan sendiri.. kita masak, kita pujilah kann.. hehehh.. tapi ikan tu mmg nampak mengancam.. bila nak jemput akk ni.. heee.. tak malunya kann.. :)

zila norazila said...

klu rohah kata sedap mmg btl la tue..akk tgok pun sedapp..:)

Zaliedana said...

Assalam kak,mmg nmpk sdp pon ikn tuh,walaupon kering2 gitu kan..Sy xnh lagi guna kaedah steambath tuh,pastu bru juga tau adabi de perencah tmyam putih,huhu ketinggalan sungguh...tq share kak..

rahel said...

Terasa segar makan ikan siakap yg di stim...ermmm dapat tengok jer...