Jumaat, 18 Januari 2013

NASI DAGANG



Assalamualaikum...
Selamat petang dan bersua lagi.Teringin sangat makan nasi dagang, tapi beras khasnya tak ada, begitu juga dengan rempah untuk gulainya.Saya cuba google resepi yang senang nak dibuat, alhamdulillah jumpa iaitu resepi dari Kak Hanieliza.

Kalau ada beras untuk buat nasi dagang tu mesti lagi enak..Biasanya dapat makan yang orang bagi...Tapi dah alang2 beli ikan tongkol hari tu, ditambah pula dengan keinginan yang menebal nak makan dan mencuba  buat sendiri hidangan ni, maka terhasillah nyum2 ni..Sebenarnya mudah je kalau ikut step2nya..cuma dasar M je yang kadang2 buat kita serabut nak buat.Betul tak?? hehe..So, tq kak Hanieliza kerana sudi share resepinya..


NASI DAGANG
Resepi:Hanieliza

Bahan-bahan:
600gm cawan beras
100gm beras pulut
30gm halba (saya kurangkan)
400ml air
400ml santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan Untuk dimayang:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4cm halia

Cara membuatnya:
1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh.Rendamkan.
2.Toskan dan masukkan dalam kukusan yang berlubang.
3.Kukuskan sehingga naik wap.
4.Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
5.Siramkan dengan air dan kacau rata.
6.Masukkan semua beras dalam kukusan berlubang.
7.Taburkan hirisan halia dan bawang, kukus sekali lagi sehingga naik wap.
8.Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yang telah digaulkan garam.
9.Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar.

GULAI IKAN TONGKOL
Bahan:
1.5kg ikan tongkol 
50gm asam keping (saya kurangkan)
Garam secukupnya
60gm rempah kari ikan
10gm serbuk ketumbar
5gm serbuk jintan
80gm cili mesin (saya kurangkan)
4 ulas bawang kecil | tumbuk halus
3cm lengkuas | tumbuk kasar
500ml santan pekat
30gm gula merah
30gm kerisik
50ml air asam jawa
Minyak untuk tumis
Cili api dan belimbing buluh (tak letak)

Cara memasak:
1.Tumiskan bawang sehingga wangi.Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air asam jawa.Biarkan garing
2.Masukkan rebusan ikan dan santan.Biarkan mendidih.
3.Perlahankan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4.Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

ACAR TIMUN
Bahan:
100gm timun
100gm lobak merah
100gm cili merah dan hijau
50gm bawang besar
60ml cuka
30gm gula
Garam

**Air kapur secukupnya untuk merendam sayur

Cara:
1.Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya.Mayang halus seperti batang mancis.
2.Lobak merah, cili merah dan cili hijau dimayang halus seperti timun juga.
3.Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4.Rendamkan semua bahan yang direndam dsalam besen besar yang berisi air kapur selama 30 minit.Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5.Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6.Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka.Gaul rata.
7.Hidangkan bersama nasi dagang.



4 ulasan :

Mamasya berkata...

Aslmkum Roha
nasi dagang sedapnya...mmg padan dg gulai ikan tongkol.kegemaran akk sekeluarga ni.....tak kira versi Ganu mcm Roha masak atau beras merah yg Kel punya....sedapp..

Fadzillah berkata...

Assalamualaikum Rohah....
Sedapnya nasi dagang. Teringin nak cuba buat sendiri. Dah ada berasnya, kawan yg bagi. Tapi nasi dagangnya belum jadi. Nanti minta resepi gulai ikan tongkolnya.... ya.

Amie berkata...

Meiahnya nai dagang dia... pingin nggawe tapi arek nggolek beras abang ndisek,,,

mama sara nur berkata...

assalam Rohah
nak sepinggan ye he he
akak nasi dagang ni suker jugak cuma kena tukar lauknya heee suke mkn dgn ayam