Khamis, 17 Januari 2013

BROKOLI BERSIRA DAGING


Assalamualaikum..
Mendung dan suram kelihatannya cuaca hari ni.Sama macam semalam.Seisi rumah telah diserang selsema.Semua mengadu tekak perit dan bersin2...Sok sek2 bunyi sedutan hidung..hi hi...Saya ingatkan tak berjangkit pada saya, sebab orang lain semua dah kena hanya saya sorang je yang belum.Meleset tanggapan tu, akhirnya terkena juga tempiasnya, kiranya saya orang yang last.Mungkin disebabkan faktor cuaca..Nasib baik mood nak turun dapur masih kencang..Itu yang penting..

Hari nak tayang menu sayuran pulak...Sedap ke idak?..Sedap sangat sebab ada tumisan daging kisar.Anak2 memang suka sayur ni, sayur lain slow je meternya....Tapi kalau asyik brokoli je, jemu la pulak kan.Buatnya pun mudah je asal bahannya cukup..Ok lah, terus tengok bahan2nya kat bawah tu..
BROKOLI BERSIRA DAGING
Resepi:majalah SEDAP

Bahan:
300gm brokoli | potong mengikut kuntum

Bahan Tumisan:
150gm daging cincang
4 keping cendawan shitake segar | dipotong2
1/2 biji lada benggala merah | potong panjang (saya guna cili merah)
2 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 labu bawang besar | hiris panjang
1 cm halia | dihiris
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap ikan
1/4 sudu teh serbul lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir
250ml air 
1 sudu teh tepung jagung & 1 sudu teh air | larutkan
1 tangkai daun bawang | potong serong
 1 sudu makan minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.Didihkan 1000ml air dan 1 sudu teh garam.Masukkan brokoli.Rebus seketika.Angkat dan siram di bawah air mengalir.Toskan.
2.Tumisan:Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga terbit aroma.Masukkan daging.Kacau-kacaukan sehingga berubah warna.
3.Masukkan cendawan shitake dan lada benggala.Tumis sehingga layu.Masukkan sos tiram, kicap ikan, serbuk lada sulah dan gula pasir.Kacau rata.
4.Tuangkan air.Didihkan.Pekatkan dengan larutan tepung jagung.Masukkan daun bawang.Masak sambil dikacau sehingga pekat dan meletup-letup.
5.Hidangkan brokoli setelah disira tumisan.

8 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

Moga cpt sihat kak.....bila flu nie....smua bnde nak masok tekak rasa x sedap....sbbnya...x de rasa....hihihi.....

Nmpk sedap plak brokoli buat gitu....ratah aje pun kira ok ni....cepat s

Shiela berkata...

Assalam Rohah.. Mmg akk suka sgt ratah sayur brocoli ni.. Lg pun sayur ni baik tuk kesihatan kann..

Amie berkata...

Menggodanya hidangan! Pepagi tengok gini dah lapar pulak nak makan tengahari.... sedappp!

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

anak2 akak pun sukakan brokoli... tp ada lagi beberapa jenis sayur yang mereka suka.. hehe.. akak memang suka paksa anak2 mkn sayur.. dia taknak pun suruh juga cuba & cuba.. kalau memang dia tak boleh nak terima barulah mengalah.. haha..

menarik juga sayur tu kan.. sesekali ubah selera sikit.. belum pernah lg msk cara mcm ni..

Nooriah Abdullah berkata...

brokoli mmg selalu ada je kat dlm petiais, habis beli beli habis hahah tapi akak selalu buat sayur campur je, or buat spaghetti lain kali boleh try yg ni pulak pasti menawan Qalbu

zila norazila berkata...

salam rohah
akk jarang campur dgn daging..biasanya celur mkn dgn sambal..atau tumis dgn tahu jew..buat camne sedap jgk kan..:)..smoga cepat sembuh tau..selsema nie perkara yg merisaukan buat akk ..sbb x suka sok sekk sokk sekk tue..h ehhee

rahel berkata...

Salam Kak Rohah...
Sedapnya rata2 brokoli ngan daging tu...menu sihat ni...

Fadzillah berkata...

Salam Rohah,
Sedapnya menu sayur brokoli ni. Biasanya brokoli masak sayur campur je.
Mesti kena cuba ni....