Isnin, 24 September 2012

AYAM GORENG TAUCU



Assalamualaikum..
Bertemu lagi di sini, semoga kita semua dikurniakan kesihatan tubuh badan, emosi dan rohani.
Kali ini kembali saya bersiaran dengan perkongsian menu Ayam Goreng Taucu.Mudah saje, seperti kebiasaan kita masak ikan taucu.Cuma sedikit kelainannya resepi ni menggunakan gula merah dalam sajiannya.Selamat mencuba...

AYAM GORENG TAUCU
Resepi:Majalah SEDAP

Bahan-bahan: (anggaran 10 orang)
1 ekor ayam | dipotong 20 bahagian
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan air perahan limau nipis
6 biji bawang merah | dicincang halus
4 ulas bawang putih | dicincang halus
2cm halia |diketuk
3 biji cili padi merah | dihiris halus
5 helaidaun limau purut | dibuang tulangnya
2 sudu makan taucu manis
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula merah
350ml air
2 batang daun bawang | potong 1 1/2cm (saya tak bubuh)
1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.Lumur ayam dengan garam dan air perahan limau nipis.Perapkan selama 15 minit.
2.Goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak dan berkulit.Angkat dan toskan.
3.Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, limau purut dan taucu sehingga terbit aroma.Masukkan ayam.Kacau rata.
4.Masukkan kicap manis, garam dan gula merah.Kacau rata.Tuangkan air.Masak sehingga matang  dan pekat.
5.Masukkan daun bawang.Kacau rata.Hidangkan.

7 ulasan :

Shiela berkata...

pasti lazat ni kan Rohah.. akak ni mmg penggemar masakan tauchu.

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
sedapnya tu, akk suka taucu ni
lama x makan la he he selalu dulu2 mak buat taucu ikan keli goreng memang feberet adik beradik akkk lah cumanya x makan ikan keli je

ijayuji berkata...

Salam kak rohah! selamat pagiiiiii :D ayam goreng tauchu? tak pernah pulak buat biasanya ikan masak tauchu, kita ni kdg2 byk sgt menu2 mcm ni yg kita tak tahu ehehe...

Marsita Yahya berkata...

salam, ok ke Rohah, goreng cam ni...tak pnah cuba pun...

rahel berkata...

Selamat pagi Kak Rohah...
ni ayam semalam ker? hehehe....menu ala cina ni..i suke..

mamashikin berkata...

terima kasih resepi...ada masa boleh buat ni..

Furniture Online berkata...

penampakannya sangat menggugah selera...ayam taucu atau tauco ya...mirip2 sih. boleh dicoba nuh resepnya