Rabu, 20 Februari 2013

NASI LEMAK SERI PANDAN


Assalamualikum..
Lama tak buat nasi lemak.Hari tu ada buat nasi lemak pandan, tapi terbubuh banyak halba, anak2 tak berapa suka..Menyengat sangat aroma halbanya.Merungut juga mereka supaya tak buat lagi yang macam tu.

Minggu lepas teringin makan nasi lemak pandan, kali ni tak bubuh langsung biji halba sebab mahukan yang asli.Lagipun teringat rungutan anak2 tempohari..Takut tersekat lagi selera mereka.

Kali ni selain berlaukkan sambal ikan bilis, terajin pulaknya ehhh masak rendang ayam sekali..Tapi N3 untuk rendang tu menyusul kemudianlah, lagipun rendang biasa2 je.Walaupun semua orang dah terror masak nasi lemak, namun saya sisipkan juga resepinya di bawah sebagai rujukan.Begitu juga dengan resepi sambal ikan bilisnya.
NASI LEMAK SERI PANDAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan beras
3 cawan santan*
6 helai daun pandan* | kisar bersama bahan bertanda (*)
1/2 labu bawang besar | hiris
3 inci halia | hiris nipis.
2 batang serai | ketuk
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa

Cara:
1.Kisarkan santan bersama daun pandan.Tapis.
2.Cuci bersih beras.Masukkan santan /pati daun pandan,  hirisan bawang, serai, halia, sedikit pewarna hijau dan garam dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak nasi seperti biasa.Sesekali dikacau alih.Biarkan sehingga masak.

Bahan sampingan:
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Timun 
Telur rebus

Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
50gm ikan bilis | cuci, toskan
30gm cili kering | kisar
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah* | tumbuk bahan bertanda (*)
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Sedikit asam jawa
Air secukupnya
Garam
Gula
Minyak masak   

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bahan tumbuk dan cili kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ikan bilis dan kacau rata.Biarkan sekejap.
3.Masukkan Air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sekejap.
5.Tutup api.




SAMBAL IKAN BILIS



Sambal Ikan Bilis
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
50gm ikan bilis | cuci, toskan
30gm cili kering | kisar
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah* | tumbuk bahan bertanda (*)
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Sedikit asam jawa
Air secukupnya
Garam
Gula
Minyak masak   

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bahan tumbuk dan cili kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ikan bilis dan kacau rata.Biarkan sekejap.
3.Masukkan Air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sekejap.
5.Tutup api.

Selasa, 19 Februari 2013

KEK BLACK FOREST


Assalamualaikum..
Salam ceria, semoga semuanya dalam ketenangan dan rahmat Ilahi.Mendung hari ni sampaikan jam ni pun penulis tak menyidai baju lagi, terkesan dek suasana mendung yang belum kesudahan.Nampak gayanya baju bersidai dalam rumah je sebab sang mentari tak muncul ceria hari ni.Harap2 mood penulis tak begitu ..
Tayangan Kek Black Forest berdeco momot untuk hari ni...disebabkan whipping krim tak kental, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, semasa proses separuh jalan mendeco, kek pecah/terbelah/patah (banyaknya (/)..hi2) ketika di sejukkan dalam peti ais.Kononnya nak keraskan whipping krim sekejap, sebab leleh je ketika melepa.Kek jatuh sebab kedudukannya tak normal dalam peti ais..malu nak bg tahu kat sini, kesilapan yang seolah2 sudah ditempah..hi2..Nasib baik redha dan tenang untuk meneruskan aktiviti deco walaupun hati terkilan sebenarnya (memang patut pun, sebab salah sendiri kan..hhehhheh).Sabarnya penulis ketika itu...huhhhhh!!

Walaupun kek terbelah 3 disebalik topping yang memang momot tu, tapi kek tetap sedap..Saya gunakan resepi kek span oleh Chef Noraini Zakaria.Resepi boleh tengok SINI.Dah banyak kali membuat adunan kek span menggunakan resepi beliau, memang gebu.Begitu juga tips untuk menghias kek Black Forest ni,saya sisipkan sekali di bawah untuk rujukan, walaupun tak semua skil saya aplikasikan ketika menyediakan kek ni.Selamat mencuba..
KEK BLACK FOREST
Resepi:Noraini Zakaria

Bahan A:
1 biji kek span berukuran 8 inci

Bahan B (hiasan):
1 liter krim putar (non-dairy whipping krim)
100gm coklat masakan | dihiris nipis
10 biji ceri marachino
10 keping hiasan coklat (tak letak)
1 tin ceri hitam (saya guna filling bluberi dlm tin)
Sedikit jus oren (tak letak)

Cara membuat:
1.Kek span coklat dihiris dua bahagian.Ketepikan.
2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit  sehingga kembang dan gebu.Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci.Renjis jus oren di atasb lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar dan sapukan atas kek tadi.Susun buah ceri hitam di atasnya.
4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Renjis jus oren dan sapu krim putar pada permukaan dan tepi kek.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
5.Guna beg piping dan bentukkan rosette dikeliling kek.Hias denagn ceri marachino dan coklat hiris.

KEK SPAN COKLAT

Assalamualaikum..
 Kerap saya mengadun kek span hasil resepi Noraini Zakaria.Hasilnya memang gebu dan menjadi.Sesuai dijadikan sebagai kek asas dalam mendeco kek.Saya catatkan resepinya di sini sebagai rujukan.

KEK SPAN COKLAT
Resepi:Noraini Zakaria (Buku KOMPILASI HIDANGAN KEK)

Bahan-bahan:
150gm gula kastor (saya kurangkan)
110 tepung kek*
20gm serbuk koko*
1 sudu teh serbukpenaik* | ayak bahan bertanda (*bahan A)
75gm minyak masak
15gm ovalette
5 biji telur gred A
60gm air**
1 sudu teh emulco** | satukan bahan bertanda (**)

Cara  membuat:
1.Griskan acuan kek.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada sushu 180 darjah celcius.
2.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur sebiji -sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
4.Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan kembang dan gebu.
5.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air emulco coklat.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi.
6.Masukkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
8.Keluarkan kek dari ketuhar dan terlangkupkan.Setelah 5 minit, pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya  kek tidak mendap.
9.Hiaskan kek.

Isnin, 18 Februari 2013

GETUK UBI @.....ISABELLA???

Assalamualaikum...
ISABELLA??? Glamournye name kuih ni? Saya dapat tahu kuih ni dipanggil Isabella selepas saya kahwin, MIL saya yang menyebutnya...First time saya dengar.Tanggapan saya mungkin nama kuih ni telah mengalami  era modenisasi.Selama ni, sejak kecik lagi saya kenalinya dengan "GETUK UBI" je.

Bila sebut getuk ni, teringat pulak nenek saya dulu rajin buat Getuk Pisang..Dah kira makanan asasi diorang, terutama untuk dibuat sarapan atau minum petang.Ada keenakan tersendiri bila cakap pasal Getuk Pisang ni.Sekarang ni memang dah tak jumpa orang buat Getuk Pisang.Tapi kalau Getuk Ubi ni, masih ada orang yang menjualnya digerai2 minuman/makanan walaupun tak banyak.

Getuk ubi ni sangat sedap bila kelapa parutnya banyak, menjadikannya ia terasa lemak2 di mulut.Begitu juga dengan kemanisannya, tapi janganlah over sangat gulanya.Sebab ubi ni sedia maklum memang tawar.Apapun terpulang kepada penggemarnya.

GETUK UBI
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu putih/kuning | kupas kulit, rebus, lenyek
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 1/4 cawan gula

Bahan salutan:
Tepung gandum
Air secukupnya
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning (boleh juga guna serbuk kunyit)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1.Kupas kulit ubi, rebus hingga empuk dan toskan.
2.Lenyekkan ubi hingga lumat ketika masih ubi masih panas lagi.
3.Gaulkan ubi yang telah dilenyek tadi dengan gula dan kelapa parut hingga sebati.
4.Kepal/ bulatkan ubi.Buatsehingga habis.
5.Celupkan bebola ubi getuk tadi ke dalam bancuhan tepung.Goreng hingga salutan masak.

Sabtu, 16 Februari 2013

IKAN BAWAL 3 RASA Ala Thai


Assalamualaikum..
Selamat bermalam minggu bersama keluarga.Jumpa lagi malam ini, alhamdulillah.

Macam biasa, menu ni dah lama habis, berbaris panjang menanti giliran.Layan je lah kan.Walaupun resepi 3 rasa ni biasanya mudah untuk disediakan, tapi teringin juga mencuba resepi dari rakan2 maya yang lain.Boleh jadi serupa tapi tak sama diapunya rasa.Kali ni mencuba resepi dari Haida MyR, sedap bila dinikmati.Anak2 saya memang suka ikan bawal dimasak macam ni, tak payah pikir nak dimasak apa ikan ni, mereka dah request awal2.Memang selalunya ikan bawal kat rumah ni bermandikan sos...selain limpahan kuah kari dan kurma.
IKAN BAWAL 3 RASA Ala Thai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal saiz besar
3 ulas bawang putih | ketuk
2 tangkai cili padi | ketuk
3 sudu besar sos cili thai
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 hiris air asam limau nipis
Gula dan perasa


Bahan untuk hiasan:
1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
1 inci halia | dimayang halus
Cili merah | dipotong
Hirisan daun ketumbar
Buah nenas | potong dadu (sy ganti dengan tomato/potong dadu)
Boleh juga masukkan timun yang  dibuang biji dan dipotong dadu

Cara:
1.Ikan diperap dengan sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit.Goreng dengan minyak yang banyak.
2.Tumisan bawang putih dan cili padi, seterusnya masukkan kesemua jenis sos.
3.Masukkan sedikit air, jika suka masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.(saya tak letak)
4.Masukkan gula dan perasa.Tutup api dan masukkan bahan untuk hiasan.Kemudian curahkan sos tadi ke atas ikan dan perahkan limau nipis ke atasnya.Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 15 Februari 2013

BATANG KELADI TUMIS TEMPOYAK


Assalamualaikum...
Sayur batang keladi ni biasanya saya masak asam rebus.Baru2 ni balik dari kampung macam biasa kalau ada hasil keladi, memang saya angkut.Alhamdulillah dapat cabut empat rumpun pokok keladi sebab ubinya dah nampak tua, cuma tak berapa besar je ubinya tu.Semuanya adalah hasil tanaman mak.Sejak dari saya kecil lagi memang bonda saya tak pernah ketinggalan biakkan pokok2 keladinya, sampailah sekarang.Alhamdulillah hasilnya bolehlah buat makan2 keluarga time semua adik-beradik balik kampung.

Kali ni saya cuba tumiskan batang keladi ni dengan mencampurkan tempoyak.Bubuh cili api banyak sikit, memang beruap je makannya.Sebab anak2 tak makan pun sayur ni, jadi beranilah nak bubuh cili api tu over sikit, kalau tak, tidak berpeluang juga.Jomlah sama2 mencuba.Resepinya di bawah tu ye...

BATANG KELADI TUMIS TEMPOYAK
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
8 alur batang keladi | siat kulit & potong pendek
1 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah* | tumbuk bahan bertanda (*)
1 ulas bawang putih*
8 tangkai cili api*
Sedikit belacan*
15gm ikan bilis*
Sedikit air (sedikit sahaja)
Garam
Gula 
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Siat nipis kulit batang keladi.Potong pendek, cuci dan rebus seketika (jangan sampai layu).Toskan.
2.Tumiskan bahan tumbuk sehingga layu, masukkan tempoyak.
3.Tuangkan sedikit air, kacau dan reneh sekejap.
4.Masukkan batang keladi yang telah direbus tadi.Perisakan dengan garam dan gula.Kacau gaul hingga rata dan biarkan seketika.
5.Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Khamis, 14 Februari 2013

KARI TELUR


Assalamualaikum..
Selamat malam rakan2 maya yang dikasihi.Bersiaran lagi malam ini.Alhamdulillah, kita masih dapat lagi mengecapi sebahagian nikmat yang Allah beri.Semoga bermanfaat.
Sesiapa yang gemarkan kari, pastinya apa jua hidangan berasaskan kari tidak akan menjadi hal.Cuma bezanya, olahan air tangan seseorang dengan yang lain mungkin ada perbezaan, walaupun tak banyak, sedikit pasti ada.Tak kisahlah kan, asalkan kita berpuas hati dengan apa yang kita hasilkan.
Minggu lepas mengidam makan kari telur..opppss!! bukan mengidam betul, mengidam sebab teringin makan je, sebab dah laaaaaama sangat tak buat kari telur.Lagipun anak2 memang suka makan kari, tak kiralah kari apapun.Cuma saya lebih gemar masak kari menggunakan susu cair/ sejat.Resepinya pun biasa2 je, semua orang boleh bikin maaa..Lintas langsung resepinya di bawah ye..
KARI TELUR
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
6 biji telur
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Sedikit udang kering*
1 tangkai cili merah* |  kisar semua bahan (*)
1 labu bawang besar | cincang
1 biji tomato | belah empat
1 tangkai cili hijau | potong dua
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 sudu besar serbuk kari ikan | bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil cili giling
Daun kari secukupnya
2 cawan air
1/2 cawan susu cair (kalau tak suka boleh guna santan pekat kotak)
Sedikit air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar,  daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga terbit aroma.Masukkan bahan kisar dan cili giling.Kacau dan dimasukkan pula serbuk kari.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan air dan bancuhan air asam jawa.Renehkan.Dengan api yang perlahan, masukkan susu cair.Perisakan dengan garam dan gula.Biarkan mereneh sekejap barulah dipecahkan telur satu demi satu.Teruskan mereneh, masukkan hirisan tomato dan cili besar hijau sambil dikacau sedikit kuahnya.
3.Biarkan sehingga  telur masak.
4.Tutup api dan hidangkan.

Rabu, 13 Februari 2013

PAI BLUBERI


Assalamualaikum...
Beberapa hari ni alam maya terasa agak sunyi, maklumnya ramai yang mengambil peluang bercuti balik ke kampung halaman masing2 sempena Tahun Baru Cina, mungkin juga segelintirnya bercuti makan angin bersama keluarga.

Pai ni baru minggu lepas saya buat sebab nak clearkan stock filling bluberi.Dah lama terperam..Dalam angan2nya sebelum ni memnag banyak cadangannya yang nak dibuat dengan filling bluberi ni, kiranya inilah yang tercapai salah satunya.

Untuk resepi Pai Bluberi ni saya ambil sumbernya dari koleksi buku yang saya ada seperti yang tercatat di bawah tu.Resepi asal adalah Pai Buah Pic, saya hanya tukarkan buah pic kepada filling bluberi dalam tin yang ada buahnya sekali tu sebab kat sini susah nak cari stock buah bluberi yang fresh..Yang penting dapat buat pai ni dan merasai dengan nikmatnya kan....pastrinya pun lembut je..

PAI BLUBERI
Sumber:(BUKU KOMPILASI SAJIAN PAI/majalah Karangkraf)
Adaptasi dari:Pai Buah Pic 
Olahan:rohaisha

Bahan pastri:
125gm mentega
60gm gula aising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar air sejuk dari peti ais

Bahan Filling Kastad
Bahan A:
50gm tepung jagung
120gm gula halus (saya kurangkan)
120ml susu sgar
250ml air
2 biji telur
40gm susu tepung
Sedikit esen vanila
1biji telur (ambil kuning sahaja)

Bahan B:
25gm mentega

Bahan hiasan:
Filling bluberi (dalam tin)

Cara membuat:
1.Filling Kastad:Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk.Dengan membuka api sederhana, kacau sehingga sebati dan menjadi pekat.(Saya sejukkan kastad sekejap, kemudian masukkan kastad ke pipping bag barulah picitkan ke atas adunan pastri yg sudah siap dibakar)
2.Apabila pekat, tutup api dan masukkan ke dalam bahan B.Kacau sehingga berkilat.
3.Pastri:Gula aising dan tepung gandum disatukan.
4.Masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
5.Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air sejuk.
6.Gaul sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit.
7.Canaikan doh di dalam acuan pai.
8.Bakar pada suhu 150 darjah celcius hingga 160 darjah celcius sehingga masak.
9.Apabila sudah masak, masukkan filling kastad tadi ke atas pastri pai.Tuangkan pula filling bluberi.