Khamis, 5 Mac 2015

TELUR IKAN DURI MASAK KUNING


Assalamualaikum..
Inilah antara menu yang menjadi pebret saya..heheee.Dari sekecil-kecil telur ikan, sampailah segodang godang saiz..sedap diratah macam tu je.Telur ikan duri ni lemak2 gitu dan saya suka makan yang separa masak.Bila digigit boleh meletup lagi..heeheee.Apapun semua terpulang pada citarasa masing2.

Asal ada telur dalam perut ikan duri, adunan resepi ni lah yang saya gunapakai.Bagi saya teramat ringkas dan mudah.Mungkin ada resepi2 lain yang lebih meneyelerakan untuk penyajian telur ikan ni.Lain kali bolehlah dicuba untuk merasai kelainannya. 
TELUR IKAN DURI MASAK KUNING
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
500 gm telur ikan duri, kukus
4 biji bawang merah, tumbuk
2 ulas bawang merah, tumbuk
2 tangkai cili hidup, tumbuk
3 inci halia, ketuk
3 cm kunyit hidup, tumbuk
2 batang serai, ketuk
Air asam jawa
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara
1. Kukus telur dengan air mendidih selama 15 minit atau separuh masak.
2.Sediakan bahan tumbuk dan tumiskan bersama serai dan halia hingga layu.
3.Masukkan air dan renehkan seketika.
4.Masukkan telur yang telah dikukus, kacau rata.Bubuhkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
5.Teruskan mereneh dengan api yang perlahan.Tutupkan kuali dengan tudung periuk untuk beberapa minit.(pastikan telur  tidak dimasak terlalu lama kerana telur akan menjadi keras dan liat).
6.Tutup api setelah telur masak.

Rabu, 4 Mac 2015

APAM SNOW WHITE



Assalamualaikum..
Dah banyak kali buat apam ni sebenarnya.Rasanya masa mula2 berblog dulu saya dah buat N3 pasal apam ni, tp check2 balik dah tak ada, kemungkinan besar terdelete.Hurmmm.. tgk gambar2 kat Damai Qalbu yang lepas2 pun dah banyak yang hilang..Banyaknya keroje kalau nak tepek balik..

Semudah ABC kan buat apam ni....mentelahan ada nasi lebih je, idea mesti ke resepi apam ni..hasilnya pun berbaloi2, dapatlah kunyah banyak ketul.Kalau buat sebelah petang, boleh terus buat juadah sarapan esok paginya...Terlangsung jimat dari segi kos masa..heheee.

Apapun bagi saya apam ni memang the best..kenyal2 lembut, lagi lemak berbanding yang tak bubuh nasi...Resepi saya rujuk dari Kak Badaria..Tapi yang mula2 kenalkan apam ni pada saya ialah Kak Ayu Jalinan Rasa..Mekasih banyak2 eeiiii..Jumpa laagi.

APAM SNOW WHITE
Sumber; Badaria

Bahan-bahan
cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir [saya kurangkan]
1 paket mauripan/ ibu roti [11 gm]
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih tambah sedikit garam

Cara [olahan dari kak Badaria]
1.Masukkan semua bahan di atas kecuali nasi dan air ke dalam bekas.Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2.Kisar nasi dengan air sehingga ia betul2 hancur.
3.Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi ke dalam bekas tepung dan sebatikan.
4.Perapkan adunan selama sejam.Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/ tuala bersih.
5.Panaskan periuk kukus.Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus.Kukus dalam 3-5 minit.
6.Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan.Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda.
7.Kukus selama 10 hingga 15 minit dengan api yang sederhana kuat





Selasa, 3 Mac 2015

KEK MARBLE




Assalamualaikum..
Dulu zaman sekolah rendah selalu buat kek marble hasil tunjuk ajar arwah mak.Walaupun sukatan tak ikut resepi mana2, main sukat ngan cawan tapi alhamdulillah kek sentiasa menjadi.Sebab kek marble ni saya anggap macam basic untuk sesiapa yang baru berjinak2 untuk belajar membuat kek.

Bila dah tua2 ni [ehhh...dah tua ye..hihii] kalau tak beriya2, nak buat kek yang mudah pun kena ikut mood..tapi mood makan sentiasa ada..walahh haiii..huhuu.kontra betul kan..

Resepi kali ini berpeluang mencuba resepi Wendy Kor, antara insan terkenal dalam bidang masakan.Cuma saya dapatkan sumbernya dari Nadz, seorang yang aktif berbusiness juga kan...hehee..TQ byk2.
KEK MARBLE 
Resepi; Wendy Kor
Sumber;Nadz

Bahan-bahan
240 g unsulted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung halus*
1/2 camca teh baking powder *[*digaul rata dan diayak]
60 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
20 gm serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam [tak perlu garam jika guna salted butter]

Cara membuatnya
1.Panaskan oven pada suhu 175 darjah C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak [jika guna bund pan, sapu mentega rata-rata pada bahagian dalam tin kek dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung.Ketepikan.
2.Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
3.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.
4.Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
5.Sudukan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap.Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan.Bakar 50-60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2.



Isnin, 2 Mac 2015

NASI LEMAK [Cara Mudah Dan Sedap]



Assalamualaikum
Jumpa lagi....
Sedapkan makan nasi lemak...Hari2 pun bole makan kalau tak takut ngan karbo..uhuuu.Tapi sebenarnya tak elok diamalkan untuk pengambilan setiap hari.Bole mengundang penyakit kronik.Takut bila kenang2....So, saya kalau buat pun jika rasa teringiinnn sangat nak makan.Kalau malas, beli kat gerai je..senang cerita..hihiii

First time buat sambal cara ini.Walaupun hampir serupa guna cili, gula merah bagai,, tapi bagi saya tak serupa hasilnya.Apa yang saya dapat, sambal style ini tak pedas, jadinya memang sesuai untuk anak2 yang tak gemar dengan rasa pedas dan sesuai bagi saya yang alah dengan kepedasan cili..Saya suka.Cuma untuk kurangkan kemanisan pada sambal, bolehlah adjust kuantiti gulanya.TQ ciktom kerana berkongsi resepi.

NASI LEMAK [Cara Mudah Dan Sedap]
Resepi; ciktom

Bahan A [untuk nasi]
3 cawan beras, dibasuh dan toskan
3 1/2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan, disimpul
Sedikit gula dan garam

Bahan B [untuk sambal]
1 labu bawang besar, dihiris
3 ulas bawang merah, dikisar
1 ulas bawang putih, dikisar
4 sudu besar cili giling
Sedikit asam jawa
1 inci halia, diketuk
2 helai daun pandan, disimpul
3/4 gula melaka
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara Masak Nasi Lemak
1.Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk
2.Tanak nasi seperti masak nasi biasa

Cara Membuat Sambal Nasi Lemak
1.Tumiskan bahan kisar sehingga wangi
2.Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa, dan daun pandan.
3.Tumiskan sehingga pecah minyak.
4.Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
5.Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
6.Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
7.Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur

Rabu, 25 Februari 2015

DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum...
Dah lama juga tak masak daging2 ni...Resepi yang di N3kan  kali ni dah lama buatnya...First time buat daging masak hitam...Tapi kalau masak kicap selalu ler..hihiii.Lebih kurang je kan..
Resepi saya jenguk di blog mamasya.Mekasih atas perkongsian.Memang sedap sangat..
Boleh tahan tone hitamnye tu..Penangan kicap..hihii

DAGING MASAK HITAM
Resepi asal;Majalah Mingguan Wanita
Sumber; Mamasya

Bahan-bahan
1 kg daging, potong nipis
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
Garam scukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering [saya kurangkan]
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara
1.Panaskan minyak masak.Tumis bahan hiris, bunga lawang, kayu manis hingga wangi.Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
2.Masukkan daging, air secukupnya, dan reneh sehingga daging empuk.Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam secukup rasa.Tambah aji jika suka.Biar kuah agak pekat dan secukup rasa.Bila daging cukup empuk,bolehlah hidangkan.[sekiranya daging tak cukup empuk, boleh tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kuah agak kering].

Selasa, 24 Februari 2015

MAKARONI TUNA BAKAR



Assalamualaikum
Hurmmm...tengok je gambar ni macam teringin terus nak makan...Tapi nak buatnya berkira2 la..Entahkan bila nak jadinya...Versi tuna yang saya adaptasikan masa saya buat ni sebab tak ada stock daging kisar, tp bahan2 lain ada...So, saya gantikan daging dengan tuna dalam tin.Mudah bukan, tak payah susah2 kan mikir..huhuu.Janji apa yang diidamkan dapat dinikmati.Tetap sedap dan menyelerakan.

Terima kasih atas perkongsian resepi dari blog djandchef.Untuk resepi asal, tak berlink sebab memang tak dapat nak cari.
Ok, sampai jumpa lagi di lain kelapangan...

MAKARONI TUNA BAKAR
Sumber asal;dayang@myresipi.com
Sumber adaptasi;djdanchef [MAKARONI BAKAR]

Bahan-bahan
250 gm makaroni
5 biji telur gred A
1 tin kecil tuna [resepi asal ialah daging]
2 biji bawang besar, potong dadu
2 ulas bawang putih, potong kecil
3 sudu minyak, untuk memasak
Garam dan serbuk perasa
Sedikit lada sulah

Untuk bahagian topping [atas]
Sos cili
Tomato puri [resepi asal sos tomato]
Mayonis dan keju
Keju cheddar yang diparut [resepi asal mozarella]

Alatan
Loyang bulat atau loyang 4 segi

Cara Memasak Makaroni
1.Pertama sekali, rebus makaroni sehingga empuk.Kemudian basuh dan toskan.Ketepikan.
2.Panaskan minyak di kuali.Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
3.Kemudian masukkan tuna.
4.Masukkan makaroni yang direbus tadi.
5.Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
6.Masukkan telur.Gaul semua sehingga bercampur.Ketepikan.
7.Sapu loyang dengan marjerin dan tuang semua adunan makaroni tadi ke dalam loyang.
8.Tabur keju shingga menutupi makaroni.
9.Kemudian picit sos cili, tomato puri dan mayonis di atasnya.
10.Bakar dengan suhu 180 darjah C selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni masak.
11.Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.

Isnin, 23 Februari 2015

BUBUR SUM SUM PANDAN


Assalamualaikum..
Dah puas bercuti ke semua sempena CNY.....Mudah-mudahan percuti anda sangat2 bermanfaat dan sentiasa dalam kemanisan...rasanya ramai yang pulang ke kg kan...meriah kan dpt bertemu wajah2 kesayangan terutama yang masih mempunyai ibu bapa tercinta..

Bubur sum sum pandan ni sedia maklum saya dah lama simpan gambar2nya..Memang berderet je tengok senarai menunggu untuk saya buatkan N3 walaupun ringkas.Seringkas resepi Bubur Sum Sum Pandan ni...hiihiiii.Sebelum ni saya dah pernah N3 kan resepi Bubur Sum Sum biasa di Damai Qalbu.Resepinya sama, cuma resepi kali ni saya tambahkan air kisaran daun pandan dalam adunan..Memang sedap disantap terutama ketika cuaca panas macam sekarang ni.

Ok..Selamat mencuba, dan sampai jumpa lagi ye...

BUBUR SUM SUM PANDAN
Oleh:rohah

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan, kisar bersama sedikit santan dan tapis
1 helai daun pandan, simpul
Pewarna hijau, jika mahu

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke  dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.


Air Gula merah/ Sirap
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.

Rabu, 18 Februari 2015

PURI


 Assalamualaikum..
Nampak puri, teringat pada arwah Bonda.Semasa hayatnya arwah suka buat puri untuk hingangan kami anak2..Tapi arwah dengan style dia, hasil purinya tebal tapi rapuh.Macammana dia buat, macam tu juga saya ikut.

Kali ni, ikut resepi oleh Sara yang saya temui dalam blog Kak Ita....Saya gandingkan dengan kuah Kari Sardin sebagai pencicah bagi mnggantikan kuah kari biasa atau dal..BIla makan puri ni pastikan di makan ketika masih panas2, memang sedap..jika tidak, puri agak liat untuk dijamah setelah sejuk pada suhu bilik.

PURI
Resepi;Sara
Sumber;Azlita Masam Manis

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak

Cara
1.Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar.Masukkan juga garam
2.Tuangkan air sedikit sedikit.Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan.
3.Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan.Uli lagi hingga doh lembut.
4.Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit.
5.Ambil sedikit doh sebesar guli.Canai doh nipis.Buat sehingga semua adunan habis.[Bentuknya tak kisah, kalau nakcantik, buat bulat-bulat]
6.Bila dah siap, goreng.



KARI SARDIN
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
1 tin sardin 
3 ulas bawang merah, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
3 inci halia, ketuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempak kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
2 sudu besar santan kotak
1 cawan air atau secukunya
Sedikit asam gelugor
Garam
Sedikit gula

Cara
1.Tumiskan bahan tumbuk, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan rempah kari dan kacau sekata sehingga tampak  garing.
2.Masukkan sardin dan kacau rata.Bubuh air dan renehkan.
3.Tuangkan santan dan asam gelugor.Renehkan lagi sehingga kuah kelihatan agak pekat.
4.Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Matikan api dan hidangkan.

Isnin, 16 Februari 2015

KEK MINYAK



 Assalamualaikum
Interframe gambar kek lama dalam ni.Jadinya memang dah habis lama tau..hiiiii.Nampak kek ni gebu moist dalam blog Kak Nik.Geraaammm je.Jawapannya kena buat lah klu dah macam tu tahapnya..hrrrrr

Tak sia2,...laju masuk mulut sepotong demi sepotong bila dah siap.Anak dara pun siap bawak bekal ke sekolah.Request lagi...Tapi sampai dibuat N3 ni belum buat lagi utk kali ke-2.Sabarlah ye...
OK, JUMPA LAGI..

KEK MINYAK
Sumber;Kak Nik

Bahan-bahan [5-6 orang]
5 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalet
1 st esen vanila
Pewarna
Sedikit garam

Cara
1.Ayak tepung dan baking powder.Ketepikan.
2.Pukul telur, gula, ovalet sampai gebu.
3.Masukkan susu pekat dan esen.Masukkan minyak dan pukul lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
5.Bahagikan ikut pewarna.Selang selikan adunan dalam loyang sampai habis.
6.Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah C hingga masak.Selamat mencuba.

Selasa, 10 Februari 2015

RED VELVET



Assalamualaikum
Jumpa laagiiii....Publish kek red velvet yang sedap sangat.Abaikan ketidakkeruan gaulan kek yang terhasil tu ye..HIIHII..Belang2 sudah macam zebra, tak cukup rata kot tukang masaknya masa mengadun kek ni..erghhhh..

Apapun tq buat kak Azie atas resepi yang dipanjangkan dalam blognya.Saya tak bole lama2 ngadap lappy, keadaan tak mengizinkan..jumpa laagi ye..bye bye..

RED VELVET
Sumber; Azie

Bahan-bahan
2 1/2 cawan all purpose flour
1 sk garam
2 sudu besar cocoa powder [resepi asal 1sk]
1 1/3 cawan vegetable oil [resepi asal 11/2 cawan]
1 cawan buttermilk- suhu bilik [atau 1 sb jus lemon tambah 1 cawan susu]
2 sudu besar red food colouring
1 sk vanila extract
2 biji telur gred A, suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster [resepi asal 11/2 cawan]
1 ski white distilled vinegar
1 sk baking soda

Cara-cara
1.Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
2.Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
3.Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
4.Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung [masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki].
5.Dalam 1 mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda.Campuran akan berbuih atau berbusa.Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
6.Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah C selama 20-30 minit.[Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang]
7.Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang 10 minit.Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
8.Akhir sekali balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.[tak ikut langkah ni pun tak apa]

BEST EVER CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan
8 oz cream cheese, sejuk
5 sudu besar butter, lembut [70.8g /2.5oz]
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan gula aising, ayak

Cara
1.Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
2.Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai
3.Simpan di adalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya.Boleh disinpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari

Khamis, 29 Januari 2015

NASI AYAM n AYAM GORENG MADU LADA HITAM


Assalamualaikum
Nasi ayam yang sedap sentuhan dari FAZIAN...ni pun saya buat dah lama, ternanti-nanti untuk di kongsi kat sini..Masa tu, pandang je gambar nasi ayam Fazian, esoknya terus saya buat.Macam tu lah kalau dah jatuh hati...ke....SELERA yang dah tak terbendung..kikiiii.Serupa tapi macam x sama, entahlah...
Yang bestnya nasi ayam ni sebab guna beras Basmathi.Puasss hati makan...ayam pun menyerlah kepekatan rasa dan warnanya, memang terasa bila diratah..Apa lagi kan...tambah jangan tak tambah..

Jumpa laagi.... 
NASI AYAM n AYAM GORENG MADU LADA HITAM
Resepi;Fazian

Nasi Ayam
4 cawan beras basmathi, cuci dan toskan
6 cawan air [saya air rebusan ayam]
1 1/2 inci halia, hiris
1 labu bawang besar, hiris
7 ulas bawang putih, hiris
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar butter
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning

Cara
1.Panaskan minyak dan butter.Tumis rempah 4 sekawan.Masukkan bawang, halia, daun pandan dan kiub ayam, tumis hingga bawang kekuningan.Tambahkan sedikit pewarna kuning.
2.MAsukkan beras dan gaul rata dengan rempah.Tambahkan air dan garam.Biarkan nasi masak sempurna.

AYAM GORENG MADU dan LADA HITAM
1 ekor ayam, cuci bersih dan toskan
2 inci halia, tumbuk
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit madu
Sedikit garam

Cara
1.Perapkan ayam dengan semua bahandi atas lebih kurang 1 jam atau semalaman.
2.Panaskan minyak dan goreng hingga masak dan toskan.

SUP AYAM
Ayam cincang [saya tak letak]
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
Rempah 4 sekawan
1/2 kiub pati ayam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Daun sup atau daun bawang'
Sedikit lobak merah

Cara
1.Panaskan minyak,tumis rempah 4 sekawan, masukkan bawang, halia, kiub pati ayam sekali.
2.Masukkan ayam, tumis dan gaul rata.Masukkan juga lobak merah.Tambhakan air, biarkan mendidih.
3.Tabur dau8n sup dan bawang.

SOS CILI
6 biji cili merah, buang biji
3 biji cili Thai, [tak bubuh]
1 biji tomato, buang kulit
3 ulas bawang putih
Sedikit sos cili thai
Garam/gula, ikut kesesuaian

Cara
Blend kesemua bahan kecuali garam dan gula.Tambahkan gula/ garam dan masak sehingga pekat.

SAYUR/ ULAM
Daun salad
Tomato
Timun