Rabu, 25 September 2013

BINGKA JAGUNG


Assalamualaikum...
Dah lama tak membingka..hari ni pun cadangnya nak membingka durian yang tinggal ciput tu, sekadar buat cemilan di petang hari.Itupun kalau sempat.
Bingka Jagung ni pulak saya buat sebelum bulan puasa tempohari.Lebihan dari jagung rebus.Saya sharekan di sini sebab hasilnya memuaskan selain dari mengelakkan pembaziran.Jadinya jika ada jagung rebus yang dah tak nak dijamah begitu saje, bolehlah buatkan bingka..sedap tauuu...
BINGKA JAGUNG
Oleh: rohah

Bahan-bahan:
1 tongkol jagung (telah direbus) -sisirkan isinya dan kisar halus
1 tongkol jagung (telah direbus) -disisir kasar, ketepikan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung kastad
1 1/2 cawan santan/ susu segar
2 biji telur
1/2 cawan minyak
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen jagung (jika ada)
Sedikit pewarna kuning (jika perlu)
Bijan untuk tabur

Cara:
1.Kisarkan jagung bersama santan.
2.Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan jagung yang disisir kasar, gula, garam dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
3.Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard.Kacau hingga rata.Perisakan dengan esen jagung, masukkan sedikit pewarna, minyak masak dan kacau lagi.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
5.Sapukan loyang  empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang.Taburkan bijan di atas adunan.Bakar selama 1 jam.

note:boleh tambah 3 minit pembakaran utk api atas sahaja jika mahukan sedikit kerak di atasnya.

Isnin, 23 September 2013

PSRA; SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN UNTUK KAMU...

[google]
google

Assalamualaikum..
UPSR telah berlalu, minggu ni pula semua murid tahun 6 di seluruh negeri Selangor akan menjalani peperiksaan PSRA [Penilaian Sekolah Rendah Agama].Sekali lagi mereka berjuang demi masa depan.

Semoga Allah permudahkan untuk anakanda Muhammad Irsyad dan anak2 sahabat semua agar dapat menjalani peperiksaan dengan tenang.Mudah-mudahan mendapat keputusan yang cemerlang.Amin.

Rabu, 18 September 2013

SUP CENDAWAN [MUSHROOM SOUP]


Assalamualaikum..
Sesekali hirup sup omputih ni sedap jugakkan..Beli je roti panjang yang dah siap tu dan sapukan mentega bawang putih.Kalau rajin, buat je sendiri mentega tu, sekejap je siap.Saya biasa guna resepi ni, memang sedap dan menjimatkan.Boleh lihat kat sini untuk resepi mentega bawang putih tu.Terselit juga kat situ resepi Mushroom Soup dengan versi yang sedikit berbeza dari resepi kali ini..beza sikit je...
Kali ni saya try resepi Mushroom Soup yang menggunakan ubi kentang sebagai bahan asasnya..Lebih pekat dan lemak..TQ buat Ustazah Norlida dan Khai yang sudi berkongsi resepi. 

SUP CENDAWAN [MUSHROOM SOUP]
Resepi; Norlida
Sumber; Khai

Bahan-bahan;
6-7 biji cendawan [cincang]
4 biji kentang  [rebus dan blend hingga halus]
1 tin evaporated milk/susu cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar kuning/ holland
Sedikit garam
1 kiub ayam
Isi ayam [cincang halus]

Cara memasak;
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan mengacaunya perlahan-lahan dengan api sederhana sahaja.

Selasa, 17 September 2013

ROTI KERCA


Assalamualaikum.
Apa khabar semuaaaaaa...sihat ye..Maaf la sebab asyik cak baa je nak ngupdate dan BW..harap2 lepas ni line clear insyaAllah.Walaupun Damai Qalbu cak baa2, tapi tuan tanah still masak hari2.Ni lah dia cerita menu sebelum bulan puasa tu hari lagi..uhhhhh,,, lama betul dan dah menimbun2 pun yang belum terusik.

Sekilas pandang macam laksam masakan ni, tapi bukan...sedap Roti Kerca ni, kuahnya ala2 kuah spagetti, asyik nak cedok je masuk mulut..ehee.Tengok resepi ni kat kat fb Kak Ayu Jalinan Rasa.TQ kak, share resepi, dah lama teringin wat sendiri...makan tahun, 2013 baru jadi.He hee..
ROTI KERCA
Resepi;Scha Al Yahya [majalah Rasa]
Olahan; Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan;
1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
Sedikit garam
4 cawan air
Sedikit marjerin [utk sapu pd kuali]

Cara membuat roti;
1.Campurkan bancuhan tepung dengan air, telur dan garam.
2.Kisar hingga sebati.
3.Panaskan non-stick pan dan sapu sedikit dan marjerin.Tuangkan sedikit adunan.
4.Lenggangkan isi adunan dan biar berbentuk seperti lempeng.Lagi nipis lagi bagus.
5.Setelah masak, angkat dan gulungkan [macam buat kuih ketayap].Buat hingga adunan habis.Ketepikan.
6.Kemudian bolehlah mula membuat kuahnya.

Bahan kuah;
300-400 daging/ayam cincang
1 biji kelapa [sukatan 7 cawan air]
30 gm serbuk rempah kari daging [bancuh sedikit dengan air untuk dijadikan paste]
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200 gm tomato puri [1/2 tin besar]
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak kuah;
1.Tumbuk lumat bawang dan halia.
2.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk tadi, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga harum.
3.Masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan santan.Kacau hingga mendidih.
5.Akhir sekali masukkan daging/ ayam cincang, tomato puri, garam dan gula.
6.Tunggu hingga daging masak dan siap.Sementara menuggu kuah mendidih, bolehlah gunting serong kesemua gulungan tepung tadi.[gulung seperti membuat laksam].

Cara menghidang;
1.Ambil sedikit gulungan tepung tadi dan masukkan ke dalam pinggan.
2.Tuangkan kuah dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.Sedia untuk dinikmati.



Khamis, 12 September 2013

LOTUS PURPLE

Assalamualaikum...
Menyepi tapi rindu...
Sebagai pengubat rindu, LOTUS PURPLE menjadi  isu paparan hari ini..

Mula berputik pada bulan ramadhan yang lalu..sekarang daunnya dah penuh melebar dalam pasu.Tak putus berbunga, alhamdulillah...jadi penghibur mata.

Jumpa lagi....


Isnin, 9 September 2013

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN.....

gambar; google

Assalamualaikum...
Selamat menjalani peperiksaan dengan tenang buat anakanda Muhammad Irsyad dan semua calon2 UPSR 2013.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kalian...Semoga kejayaan menjadi milikmu nanti, amin.. 

sumber;shafiqolbu




Rabu, 4 September 2013

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP

Assalamualaikum..
Biskut dah habis, baru nak keluar N3..Takpe la kot kan..Saya suka makan biskut ni, kalah kanak-kanak riang..Ramai blogger yang dah try resepi Chef ni, nampak mudah je bahan-bahannya, tu yang tak ketinggalan mencuba juga..Rangup hasilnya, alhamdulillah..Mekasih atas perkongsian resepi ni Kak Hanieliza..Mekasih gak utk Kak Norzie atas sumbernya..

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Sumber;Norzie hany

Bahan A;
125 gm butter
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila

Bahan B [gaul rata];
230 tepung gandum
20 gm serbuk koko [ayakkan]
100 gm coklat chips
50 gm white coklat chip [boleh gantikan dengan coklat rice]
50 gm badam cincang [roasted]
50 gm nestum

Cara;
1.Gaulkan butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau rata.
3.Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.[saya tambahkan kauntiti tepung secukupnya kerana adunan masih lembik]
4.Sudukan adunan kecil-kecil [besar guli] dalam loyang.
5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Isnin, 2 September 2013

KEK BUAH KUKUS


Assalamualaikum..
Masih bersiaran lagi dengan kek lebaran 2013..Makin jarang pulak tuan tanah bersiaran, sibuk sangat tidak le, tapi senang cerita, ada banyak perkara lain yang lebih diutamakan dahulu..insyaAllah klu dah free over2..mahunya hari2 boleh ngupdate...haaaaa..

Kek buah kukus yang agak Hot di alam maya untuk tahun 2013, ramai rakan2 yang dah berjaya menghasilkannya..Kini turn saya pula..alhamdulillah memang sedap, saya setuju dengan kemanisan yang tidak keterlaluan..Kelembapannya pun memang diperakui, lebih2 lagi bila dah banyak hari kek ni disimpan..thanks untuk penyumbang resepi asal,Chef Zubaidah Chepa.Seterusnya buat Kak Uteh dan Kak Sheila yang sudi berkongsi lagi...

KEK BUAH KUKUS
Resepi;Chef Zubaidah Chepa [Buku Steamed Cake]

Bahan-bahan;
225 gm mentega
340 gula pasir
50 gm air panas
500 gm mixed fruits/ Buahan campuran
3 biji telur [saya guna saiz A]
1 sudu teh Cream of Tartar [ayak]
2 sudu teh soda bikarbonat [ayak]
350 gm tepung gandum [ayak]
1 sudu teh serbuk Nutmeg/ Buah pala [ayak]
1 sudu teh Vanilla Extract/ Essence

Cara;
1.Masakkan gula pasir sampai perang [jangan sampai hangus pulak] dan tuangkan air panas perlahan-lahan.Guna api kecil sahaja.Masukkan mentega /marjerin dan biarkan cair.Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika.Ketepikan dan sejukkan sebentar.
2.Ayak semua bahan bertanda/ kurungan [..].Masukkan ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
3.Dalam bekas lain, pukul telur sebentar.[saya pukul mengunakan mixer].Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul-betul sebati.Di sini saya kacau dengan senduk kayu pula.
4.Masukkan adunan ke dalam bekas 4 segi bersaiz 7''x7'' dan kukus selama 4 jam dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya.Kek ni jika dikukus 2 jam pun dah masak, tetapi untuk mendapatkan kelembapan seperti ini, kukuslah 4 jam.Kukus dengan api yang sederhana pada2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir, kukus dengan api yang kecil.Jika mahu tambah air pengukus, pastikan  ditambah dengan air panas.
5.Alas tutup pengukus dengan tuala atau kain, supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang / bekas dengan aluminium foil semasa mengukus kek.Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
6.Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dahulu hingga sejuk.Jika terus angkat buah akan turun.Selepas itu bolehlah keluarkan  dari pengukus.Potong kek apabila benar-benar sejuk, lebih bagus biarkan ia semalaman dalam tudung saji.Pesan Kak Uteh lagi kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.






Khamis, 29 Ogos 2013

PINEAPPLE ROLLS


Assalamualaikum..
Masih dalam bulan syawal dan mood raya kan...Meh kuarkan biskut tart yang sangat sedap..lebih2 lagi bila disua ke mulut ketika masih suam2..Tq Rahel kerana sudi kongsikan resepi Chef Alan Ooi ni..berbaloi2 sedapnya..

Untuk inti jem nenas saya guna yang ready made,..sebab malas sangat time tu nak ngupas2 nenas..urmm..Next time try resepi lain pulak.Kiranya baru first time merajinkan diri menggulung sendiri tat ni, biasanya tunjuk je..

PINEAPPLE ROLLS
Resepi; Chef Alan Ooi
Sumber; Rahel

Bahan A
220 gm mentega
60 gm icing sugar [diayak]

Bahan B
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur [ambik yang kuning je mcm Rahel]

Bahan C
250 gm tepung gandum [kalau boleh ayak sampai 3x]
60 gm tepung jagung
30 gm tepung susu

Glazing; 2 kuning telur

Cara membuat;
1.Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi doh lembut.
2.Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur.
3.Bakar dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.

Inti Nenas
500 gm nenas
150 gm gula
2 kuntum bunga cengkih

Cara membuat;
1.Buang kulit nenas, potong kecil.Blend hingga halus.
2.Masak nenas, gula dan bunga cengkih sehingga pekat.
3.Biarkan sejuk, buat bentuk bujur.


Selasa, 27 Ogos 2013

SELAMAT HARI ULANGTAHUN ANAK2 UMMI DAN KEK SPAN BLUEBERRY



Assalamualaikum..
3 in 1...sebiji kek untuk 3 orang sekali.Acapkali saya meraikan hari kelahiran mereka dalam satu masa kerana tarikh dan bulan kelahiran mereka begitu hampir iaitu Si Abang 25 Julai, Si Kakak 20 Julai dan Si Adik 20 Ogos.Untuk 3 tahun kebelakangan ni tarikh lahir Si Abang dan Si Kakak jatuh pada bulan puasa, Si Adik pula jatuh pada minggu pertama syawal, jadi memang umminya tak pikir panjang untuk meraikannya sekaligus secara sederhana.

Memang pada awalnya Si Kakak minta dibuatkan sebiji kek pada tarikh 20 Julai lalu yang kebetulannya dalam bulan ramadhan, tapi ummi minta tunda dan macam biasa akan buat/ himpunkan  pada tarikh lahir Si Kecik.Alhamdulillah dia setuju.Kek yang dapat saya siapkan ialah sebiji Kek Span Blueberry yang diadaptasikan dari resepi Kek Span Vanila oleh Noraini Zakaria, insyaAllah tetap menjadi sebab dah berulangkali saya membuat kek span menggunakan resepi ni.Resepi boleh dirujuk dibawah..Untuk sebiji kek ni, saya menggunakan 1 1/2 adunan dari resepi asal di bawah.

KEK SPAN BLUEBERRY
Adaptasi dari;Kek Span Vanila
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
120 gm gula kastor [saya kurangkan]
10 gm ovalette
4 biji telur gred A
130 gm tepung kek* | ayak 
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak
40 gm air
60 gm minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila [saya tukarkan kepada perisa blueberry secukupnya]

Cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2.Satukan gula kastor, ovalette, telur dan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.[bergantung pada oven]
6.Setelah masak, terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
7.Hiaskan dengan krim mentega.

Krim Mentega
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
150gm mentega
350gm marjerin krim well
180gm sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Pewarna

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi sehingga sebati.
3.Bancuh dengan pewarna mengikut keperluan.

Bermohon pada Mu Ya Allah, semoga anak2 ku ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Mu.Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan solehah, sejahtera di dunia dan akhirat.Amin...

Khamis, 22 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI serta MAAF ZAHIR dan BATIN

Assalamualaikum..
Salam lebaran buat semua..alhamdulillah bertemu lagi di bulan syawal yang barakah ini.Terlalu lama rasanya saya menyepi walau 2 minggu cuma, namun belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan salam aidilfitri.

Mengambil kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan salam lebaran, diiringi jutaan kemaafan buat rakan2 yang mengenali saya di Damai Qalbu atau walau di mana jua anda berada.Maaf dipinta jika ada keterlajuan bicara dan perlakuan yang kurang selesa selama kita berwasilah di sini..

Jumpa lagi...


Khamis, 1 Ogos 2013

NESTUM RANGUP


Assalamualaikum..
Untuk penggemar biskut berasaskan nestum, bolehlah cuba resepi ni...Sedap rangup dan less sugar.Mudah cair di mulut.Mesti pak pak kita yang dah tak ada gigi suka, sebab kemam je biskut ni dah mudah lerai dalam mulut dia..ehee..


NESTUM RANGUP
Resepi;Majalah SAJI

Bahan-bahan;
2 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
2 biji telur [kuning]
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan nestum [asal tak ada]

Bahan Hiasan;
Nestum secukupnya
Ceri merah

Cara menyediakan;
1.Putar mentega bersama telur kuning sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.Masukkan juga nestum.
3.Canai adunan yang telah siap,sapu kuning telur dan tabur nestum. beserta ceri merah di atasnya.
4.Akhir sekali, bakar adunan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.[saya guna suhu 180 darjah  celcius selama 18 minit]