Rabu, 4 September 2013

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP

Assalamualaikum..
Biskut dah habis, baru nak keluar N3..Takpe la kot kan..Saya suka makan biskut ni, kalah kanak-kanak riang..Ramai blogger yang dah try resepi Chef ni, nampak mudah je bahan-bahannya, tu yang tak ketinggalan mencuba juga..Rangup hasilnya, alhamdulillah..Mekasih atas perkongsian resepi ni Kak Hanieliza..Mekasih gak utk Kak Norzie atas sumbernya..

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Sumber;Norzie hany

Bahan A;
125 gm butter
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila

Bahan B [gaul rata];
230 tepung gandum
20 gm serbuk koko [ayakkan]
100 gm coklat chips
50 gm white coklat chip [boleh gantikan dengan coklat rice]
50 gm badam cincang [roasted]
50 gm nestum

Cara;
1.Gaulkan butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau rata.
3.Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.[saya tambahkan kauntiti tepung secukupnya kerana adunan masih lembik]
4.Sudukan adunan kecil-kecil [besar guli] dalam loyang.
5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

5 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

nak cuba gak la resepi ni nnti...

ummiaisyah berkata...

ada lg tak? bole le sggh jap lagi...tuko ngan tat nenas...muhahahah

Fiza Lgk berkata...

Salam...masuk dalam listing dulu nih utk cuba nanti. Sedap nmpk cookies ni. Anak-anak mesti suka. Thanks 4 sharing ^_^

Tina Othman berkata...

Oh sedapnya

Raya tahun ni tak buat pun choc chip tak sempat

nadyra Azmi berkata...

Kuning telor tu berapa biji