Selasa, 17 September 2013

ROTI KERCA


Assalamualaikum.
Apa khabar semuaaaaaa...sihat ye..Maaf la sebab asyik cak baa je nak ngupdate dan BW..harap2 lepas ni line clear insyaAllah.Walaupun Damai Qalbu cak baa2, tapi tuan tanah still masak hari2.Ni lah dia cerita menu sebelum bulan puasa tu hari lagi..uhhhhh,,, lama betul dan dah menimbun2 pun yang belum terusik.

Sekilas pandang macam laksam masakan ni, tapi bukan...sedap Roti Kerca ni, kuahnya ala2 kuah spagetti, asyik nak cedok je masuk mulut..ehee.Tengok resepi ni kat kat fb Kak Ayu Jalinan Rasa.TQ kak, share resepi, dah lama teringin wat sendiri...makan tahun, 2013 baru jadi.He hee..
ROTI KERCA
Resepi;Scha Al Yahya [majalah Rasa]
Olahan; Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan;
1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
Sedikit garam
4 cawan air
Sedikit marjerin [utk sapu pd kuali]

Cara membuat roti;
1.Campurkan bancuhan tepung dengan air, telur dan garam.
2.Kisar hingga sebati.
3.Panaskan non-stick pan dan sapu sedikit dan marjerin.Tuangkan sedikit adunan.
4.Lenggangkan isi adunan dan biar berbentuk seperti lempeng.Lagi nipis lagi bagus.
5.Setelah masak, angkat dan gulungkan [macam buat kuih ketayap].Buat hingga adunan habis.Ketepikan.
6.Kemudian bolehlah mula membuat kuahnya.

Bahan kuah;
300-400 daging/ayam cincang
1 biji kelapa [sukatan 7 cawan air]
30 gm serbuk rempah kari daging [bancuh sedikit dengan air untuk dijadikan paste]
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200 gm tomato puri [1/2 tin besar]
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak kuah;
1.Tumbuk lumat bawang dan halia.
2.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk tadi, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga harum.
3.Masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan santan.Kacau hingga mendidih.
5.Akhir sekali masukkan daging/ ayam cincang, tomato puri, garam dan gula.
6.Tunggu hingga daging masak dan siap.Sementara menuggu kuah mendidih, bolehlah gunting serong kesemua gulungan tepung tadi.[gulung seperti membuat laksam].

Cara menghidang;
1.Ambil sedikit gulungan tepung tadi dan masukkan ke dalam pinggan.
2.Tuangkan kuah dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.Sedia untuk dinikmati.



8 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

ala2 roti jala gak bncuhan tu ye kak...nnti bole cuba ni...:-)

fazianbatrisyia berkata...

ala lapar la pulak ptg2 ni...bila nak try ni...kalau akak mkn tahun...sy bila la agaknya

Mamasya berkata...

Aslmkum Rohah

dah lama resepi ni masuk senarai tak terbuat2. nampak Rohah hidangkan ni sedappp....

Amie berkata...

kuwilaaaa... ingatkan laksam tapi tengok kuah macam gelap sikit warnanya, rupanya aku yang jakun heeeeee

zana fahmi berkata...

Salam Roha. Lama tak bw sini, sihat ke? hehe...kakpb yg tak sihat sbnrnya:( kiranya ni mcm roti jala kuahnya mcm laksa johor versi daging/ayam kot. boleh dicoba ni...hihi..ntah bila agaknya.

rahel berkata...

Waa...ngancam...nampakmcam laksam kan...tapi yg ni mesti sedap...boleh try ni

Tina Othman berkata...

Rasanya roti kerca ni popular kat utara kan ala2lempeng tp menarik tu makan dgn kuah spagetti

kayumaniskorner563 berkata...

mesti sdp ni rohah, k ruby blum pernah mkn lagi......