Rabu, 25 September 2013

BINGKA JAGUNG


Assalamualaikum...
Dah lama tak membingka..hari ni pun cadangnya nak membingka durian yang tinggal ciput tu, sekadar buat cemilan di petang hari.Itupun kalau sempat.
Bingka Jagung ni pulak saya buat sebelum bulan puasa tempohari.Lebihan dari jagung rebus.Saya sharekan di sini sebab hasilnya memuaskan selain dari mengelakkan pembaziran.Jadinya jika ada jagung rebus yang dah tak nak dijamah begitu saje, bolehlah buatkan bingka..sedap tauuu...
BINGKA JAGUNG
Oleh: rohah

Bahan-bahan:
1 tongkol jagung (telah direbus) -sisirkan isinya dan kisar halus
1 tongkol jagung (telah direbus) -disisir kasar, ketepikan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung kastad
1 1/2 cawan santan/ susu segar
2 biji telur
1/2 cawan minyak
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen jagung (jika ada)
Sedikit pewarna kuning (jika perlu)
Bijan untuk tabur

Cara:
1.Kisarkan jagung bersama santan.
2.Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan jagung yang disisir kasar, gula, garam dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
3.Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard.Kacau hingga rata.Perisakan dengan esen jagung, masukkan sedikit pewarna, minyak masak dan kacau lagi.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
5.Sapukan loyang  empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang.Taburkan bijan di atas adunan.Bakar selama 1 jam.

note:boleh tambah 3 minit pembakaran utk api atas sahaja jika mahukan sedikit kerak di atasnya.

8 ulasan :

ady berkata...

salam
wow!!!!sedapnye bingka jagung.. nak sepotong..

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. sedapnyer bingka.. smlm makan bingka ubi kayu jiran kasik. dh lama x makan bingka, satu bekas kejap je tun pulun. hihi

cheq da berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
cheq da berkata...

Salam..kak rohah kalu guna jagung dlm tin bo ko tak?kemalasan nk menghadap tongkol jagung..he3

Rohah berkata...

Waalaikumussalam...boleh cheq da

Mamasya berkata...

Aslmkum Roha
suka apa2 saja kuih yg letak jagung.dah lama tak buat bingka...

mama sara nur berkata...

assalam Rohah
emmm sedapppnya
wat breakfas he hee bau jagung tu harum je kan comfirm x tolak kalu ada ni

rahel berkata...

wah..ada bingka jagung pulak sini...pos sikit ke Sabah ya kak rohah..