Selasa, 27 Ogos 2013

SELAMAT HARI ULANGTAHUN ANAK2 UMMI DAN KEK SPAN BLUEBERRY



Assalamualaikum..
3 in 1...sebiji kek untuk 3 orang sekali.Acapkali saya meraikan hari kelahiran mereka dalam satu masa kerana tarikh dan bulan kelahiran mereka begitu hampir iaitu Si Abang 25 Julai, Si Kakak 20 Julai dan Si Adik 20 Ogos.Untuk 3 tahun kebelakangan ni tarikh lahir Si Abang dan Si Kakak jatuh pada bulan puasa, Si Adik pula jatuh pada minggu pertama syawal, jadi memang umminya tak pikir panjang untuk meraikannya sekaligus secara sederhana.

Memang pada awalnya Si Kakak minta dibuatkan sebiji kek pada tarikh 20 Julai lalu yang kebetulannya dalam bulan ramadhan, tapi ummi minta tunda dan macam biasa akan buat/ himpunkan  pada tarikh lahir Si Kecik.Alhamdulillah dia setuju.Kek yang dapat saya siapkan ialah sebiji Kek Span Blueberry yang diadaptasikan dari resepi Kek Span Vanila oleh Noraini Zakaria, insyaAllah tetap menjadi sebab dah berulangkali saya membuat kek span menggunakan resepi ni.Resepi boleh dirujuk dibawah..Untuk sebiji kek ni, saya menggunakan 1 1/2 adunan dari resepi asal di bawah.

KEK SPAN BLUEBERRY
Adaptasi dari;Kek Span Vanila
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
120 gm gula kastor [saya kurangkan]
10 gm ovalette
4 biji telur gred A
130 gm tepung kek* | ayak 
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak
40 gm air
60 gm minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila [saya tukarkan kepada perisa blueberry secukupnya]

Cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2.Satukan gula kastor, ovalette, telur dan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.[bergantung pada oven]
6.Setelah masak, terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
7.Hiaskan dengan krim mentega.

Krim Mentega
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
150gm mentega
350gm marjerin krim well
180gm sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Pewarna

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi sehingga sebati.
3.Bancuh dengan pewarna mengikut keperluan.

Bermohon pada Mu Ya Allah, semoga anak2 ku ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Mu.Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan solehah, sejahtera di dunia dan akhirat.Amin...

7 ulasan :

ummiaisyah berkata...

salam aidilfitri roha...hppy bday utk anak2 yg cumil cam upin ipin tu..puas hati buat kek sendiri kan!!

fazianbatrisyia berkata...

selamat hari lahir adik2. lamanya tak baking kek....lum rajin le

tun_telani berkata...

happy birthdayyyy.. semoga menjadi anak2 yg soleh dan solehah.. cantik kek akak..

Sweet red cherry berkata...

wah bestnya sambut bday anak sekaligus..happy birthday ya..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

heppy besdayyyyy
seronoknya sambut sama2 ni kan

sama tarihk ank dara akak 20 ogos he hee tplepas upsr baru celebrate

dZana berkata...

smga anak2 rohah mjadi anak2 yg soleh n bijak pandai.. seronoknya tgok anak2 gembira..dgn deco kek yg cantik lagi.. puas rasa hati mcm ni..

kak ruby berkata...

best nyer tngok mesti anak2 rohah seronok kan, smbut hari lahir ramai2.....semoga anak2 rohah berjaya dlm dunia masing2......