Khamis, 1 Ogos 2013

NESTUM RANGUP


Assalamualaikum..
Untuk penggemar biskut berasaskan nestum, bolehlah cuba resepi ni...Sedap rangup dan less sugar.Mudah cair di mulut.Mesti pak pak kita yang dah tak ada gigi suka, sebab kemam je biskut ni dah mudah lerai dalam mulut dia..ehee..


NESTUM RANGUP
Resepi;Majalah SAJI

Bahan-bahan;
2 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
2 biji telur [kuning]
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan nestum [asal tak ada]

Bahan Hiasan;
Nestum secukupnya
Ceri merah

Cara menyediakan;
1.Putar mentega bersama telur kuning sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.Masukkan juga nestum.
3.Canai adunan yang telah siap,sapu kuning telur dan tabur nestum. beserta ceri merah di atasnya.
4.Akhir sekali, bakar adunan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.[saya guna suhu 180 darjah  celcius selama 18 minit]

6 ulasan :

EmbunRosaliza berkata...

Assalam Rohah, sedapnya biskut nestum, dah byk ke ngukis

Asyifa Mustaffa berkata...

Biskut sepanjang zaman...:-) s

fazianbatrisyia berkata...

sedapnya biskut nestum. bahan semua ada, masa tu ada ke tidak nak buat...

Amie berkata...

Iki ke besekot seng didandani mambengi Rohah.... ayu, menger2 nak ginconan he hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sedap nampak kukis nestum tu rohah... mesti harum bau nestum kan..

rahel berkata...

Cantek biskut nestum itew....