Rabu, 31 Julai 2013

BISKUT SUJI


Assalamualaikumm..
Saya percaya ramai rakan2 di luar sana yang dah buat biskut kan..macam2 biskut boleh kita try, cuma kemahuan je yang perlu diperintiskan, kalau tak betul2 memang M juga nak memulakannya.




tekun beriya nak tolong letak ceri kat sekut tu.. ;D

Berkisar kepada tajuk biskut hari ni, agak pelbagai juga resepi biskut suji untuk dicuba sebenarnya.Tapi kali ni saya berkesempatan untuk mencuba resepi ni..TQ buat penyumbang resepi.


BISKUT SUJI

Bahan-bahan;
250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus -ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara;
1.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Pukul lagi.
3.Masukkan semua jenis tepung dan gajus.Gaul rata.
4.Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
5.Kemudian bulat-bulatkan adunan.Bubuh ceri di atasnya.
6.Bakar hingga masak.

nota;oleh kerana adunan masih lekit dan lembik, saya tambahkan lagi tepung gandum bersulam tepung jagung untuk mendapatkan struktur yang tidak melekit.Agak-agaklah ye banyak mana tepungnya tu..

8 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

Lain plak resepi suji akak ni ye...sedap x kak...?

rahel berkata...

Wah...dah sebok buat sekut raya ar....

fazianbatrisyia berkata...

ada mcm2 resepi kan, pilih aje mana yg berkenan. rajin tolong ye..anak2 yg over excited kekadang tu kan...

Kak Nik Ja berkata...

knj punya MMMMM masih byk..tu lah pasal belum stat buat sekuk..nanti teringin nak terai resepi ni..ade kelainan yek! tq!

kayumaniskorner563 berkata...

lum terlambat kan rohah kak ruby ucapkan slmt berpuasa, sdp nampak biskut suji tu.....

Mamasya berkata...

Salam Rohah

comei assistant tlg ibu buat bsikut...baguslah abg. rasa tak biskut tu...hi...

NOOR AIN OSMAN berkata...

Layari web online saya,pelbagai supplemen kesihatan secara semulajadi no chemical.wsap@telegram 012 7646324
www.momstoreretail.blogspot.com

NOOR AIN OSMAN berkata...

Layari web online saya,pelbagai supplemen kesihatan secara semulajadi no chemical.wsap@telegram 012 7646324
www.momstoreretail.blogspot.com