Khamis, 11 Julai 2013

BUBUR ABANG: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KL Selangor)


Assalamulaikum..
Salam 2 ramadhan buat rakan muslim semua...Mudah-mudahan kita dapat menghadapi bulan barakah ini dengan penuh keikhlasan dan rasa ketaqwaan pada Pencipta kita, amin...

Mungkin dah ramai para suri yang mula berkira-kira dengan resepi  pilihan sebagai persiapan juadah berbuka puasa petang nanti.Pastinya juadah yang menjadi kegemaran keluarga yang akan terhidang di atas meja makan nanti kan.. 


Kali ini Damai Qalbu memperkenalkan hidangan pemanis mulut yang cukup terkenal dari masyarakat jawa Selangor, mungkin juga sama dengan negeri lain yang mempunyai majoriti/ minoriti keturunan jawa, misalnya negeri Johor atau negeri2 lain juga.

Kebiasaannya Bubur Abang atau dalam istilah melayunya yang membawa maksud Bubur Merah acapkali di masak untuk menzahirkan rasa kesyukuran seperti dalam majlis Hari Kelahiran dan meraikan kejayaan anak-anak dan sebagainya.Tapi ini bukanlah bermaksud mesti melakukannya, tapi sekadar meraikan dengan manisan mulut yang menjadi tradisi untuk di beri kepada sanak saudara dan jiran tetangga.

Dah lama saya tak jamah bubur ni sebenarnya.Selepas beberapa hari sihat dari demam hari tu, tekak teringin makan dessert sebenarnya, tetiba teringat pulak BUBUR ABANG yang mudah disediakan ni..rogerr terus.Untuk sukatan ni, agak besar jika sekadar nak jamu kita sekeluarga, so bolehlah adjust separuh sukatan jika ingin mencuba dengan sukatan yang berpatutan..Sedap tauu, lemak2 manis buah disulam sedikit rasa masin pada bahagian bubur yang bgerwarna putih tu..Bagi yang gemarkan lebih manis, bolehlah tambah sukatan gula untuk bubur yang berwarna merah.Terpulang pada citarasa ye..tapi berpada-padalah ye bila nak tambah gula tu..eheee...


BUBUR ABANG 
Oleh:Rohah

Bahan-bahan:(anggaran hidangan 15-20 orang)
Bahan A
2 cawan beras
10 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan B
1 biji kelapa parut (kisar bersama 8 cawan air di bawah)
8 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil garam (untuk dimasukkan ke dalam bubur yang telah diasingkan nanti)

Bahan C
2 1/2 cawan gula merah

Cara:
1.Satukan bahan A dalam periuk, dan masak beras sehingga kembang.Pastikan beras dimasak dengan api sederhana dan sesekali dikacau alih.
2.Setelah nasi mengembang menjadi bubur, masukkan santan (dari bahan B) dan garam.Kacau sekerap yang boleh sehingga bubur naik wap.Setelah itu, ambil 3 cawan bubur tersebut dan asingkan ke dalam periuk lain.Tambahkan 1 sudu kecil garam ke dalam bahagian bubur putih tersebut (bahagian bubur yang putih ini memang perlu terasa masinnya).Masak sekejap hingga naik wap/ sedikit mendidih.Matikan api.
3.Bubur yang selebihnya pula dicampurkan dengan gula merah dari bahan C (boleh juga bancuh gula merah terlebih dahulu dengan air, kemudian tapiskan ke dalam periuk berisi bubur).Teruskan memasak bubur tersebut dan kacau sehingga tanak.Matikan api.
4.Sendukkan bubur merah ke dalam mangkuk/ pinggan yang sesuai, kemudian sendukkan sedikit bubur putih ke atas bubur merah tadi.Sedia untuk dimakan.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

8 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

salam kak,
mak sy slalu buat ni dulu2...sbb sy orng banjar...:-)
banjar ngan jawa mkanannya kdang x jauh beza kan..
slalu klau sy mlas 2 warna tu...sy just buat yg putih je..sedap...! lemak2 kan...:-)s

Amie berkata...

Wah! Teko arek mangan bubur abang... wangi baunya ye Rohah, lama tak jumpa gula merah macam yang emak kita buat dulu-dulu.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

oh, akak baru tahu nama lainnya ialah Bubur Abang... akak tak pnah masak, selalunya mak yg masak & guna beras pulut.. sedap!!

WendyinKK @ Table for 2..... or more berkata...

nampak sedapnye....
Selamat berpuasa

Cendana Kasih berkata...

salam ramadhan

ni mcm bubur merah putih tu kan... pernah buat sekali jer

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

akak pernah mkn bubur ni rohah.. tp tak pernah buat sendiri.. akak ingatkan guna beras pulut.. rupanya guna beras biasa ye? mmg sedap ni.. manis2 lemak gitu..

CA berkata...

Salam rohah..

tenan banget kok.Iki bubur wong jowo selalu gaye..angger arek gawe syukuran la..entok anak...anak wes mari seko meriang gawe bubur abang...enakkk kannn... mak ku biyan selalu gawe...aku sing orak pernah...bocah2 orak patek mangan..mak 'e pun malesss laaa...hehehe

fazianbatrisyia berkata...

emmm...semalam baru buat utk buka..FIL mintak sy buatkan...boleh bagi kat jiran2 jugak..masak 2 cawan byk dpt...